Wednesday, 22 June 2011

UMNO LINDUNGI PEROMPAK?



Saudara Pengarang,

SAYA menyokong mana-mana parti yang memperjuangkan hak-hak rakyat dan melindungi hak kewarganegaran rakyat di negeri Sabah tercinta ini. Tetapi bagaimanakah cara kita mengatasi masalah ini? Sedangkan UMNO yang memerintah di Sabah dewasa ini melindungi ‘perompak-perompak ini’. Pada pandangan saya, jika sekiranya ingin perubahan, kita mesti menukar kerajaan memerintah di Sabah.

Salam Hormat,

LAN

11 comments:

  1. Harap kerajaan akan melakukan apa yang betul untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  2. menukar kerajaan pun belum tentu menyelesaikan masalah, mungkin menjadi lebih teruk lagi. maka, sebaiknya jangan asyik menyalahkan tapi sebaiknya menyumbang bagaimana untuk menyelesaikan permaslahan.

    ReplyDelete
  3. masalah ini harus segera ditangani. jika tidak, rakyat juga yang susah.

    ReplyDelete
  4. Bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam kadar masa yang singkat. Kalau ada kerajaan baru pun tetapi keadaan sama saja, adakah ini pun dikatakan perubahan?

    ReplyDelete
  5. Adakah 47 tahun masih cukup singkat pada pandangan anda wahai pemerhati? Jika ya, tanya kerajaan ummno-bn, berapa lama lagi masa mereka perlukan utk buat semua perkara menjadi teratur di sini. jika mereka perlu tambahan 47 tahun lagi, saya rasa umur kamu pun belum tentu mencecah 50 tahun sebelum kamu mati kerana kencing manis atau diabetes. saya andaikan umur kamu sekarang adalah 30 tahun ditambah dgn 47 tahun, semuanya 77 tahun. pastikah kamu umur ini kamu boleh capai utk melihat semuanya teratur? commonla..

    Pasal persoalan tentang keboleh harapan jika kerajaan ditukar, apa asas dan justifikasi pemerhati dan fazlin utk menolak bahawa menukar kerajaan adalah usaha yg silap utk mencari penyelesaian ke atas kerumitan yg kita hadapi di negeri&negara ini.? pepatah melayu juga yg mengatakan "belum cuba belum tahu". budak tadika juga tahu maksudnya. sekurang-kurangnya cara itu boleh dicuba sebelum semuanya sudah terlalu lambat utk diperbaiki. sudah terlalu banyak kerosakan yg kerajaan umno-bn lakukan terhadap sistem dan polisi negara ini. jika kamu tak nampak, kamu ternyata buta. pembangunan yg sedikit ini masih belum cukup utk dijadikan ukuran kejayaan terhadap pencapaian umno-bn yg diagung-agungkan oleh penyokong tegar umno-bn. apatah lagi mengira pemberian zink, plywood atau beras sekampit yg ternyata terlalu murah utk dijadikan bukti.FIKIR-FIKIRKAN. Jika bukan sekarang, bila? jika bukan kita, siapa? kalau nak memperbetulkan sesuatu bukankah ianya elok utk bermula dari sekarang? kerana at least biarpun pada tahun2 akan datang nyawa kita sudah melayang, tetapi anak2, cucu2, cicit2 kita masih sempat merasa akan pembetulan yg kita buat. jangan nanti tulang yg sudah putih menjadi tempat utk mereka meludah.

    ReplyDelete
  6. apa yang dirompak?? Sabah tetap akan dirompak walaupun Sabah ditadbir oleh parti lain. untuk melaksanakan pembagunan, kena guna tanah juga, mesti ada usaha menarik pelabur luar untuk melabur di Sabah.. untuk minyak, Kelantan masih lagi 5% walaupun ditadbir oleh pembangkang. kerajaan tidak rampas tanah malah diberikan kepada rakyat.. jika betul kerajaan rampas tanah, mahkamah tidak akan memihak kepada penduduk kampung seperti kes2 sebelum ini.

    cuba senaraikan parti yang benar2 bersih dan terbukti mampu mentadbir negara dengan baik..

    ReplyDelete
  7. PALANUK.. Fazlin dan Pemerhati tidak menggunakan pendekatan simpati untuk menyokong pembangkang. sudah tentulah pembangkang boleh cakap apa sahaja seolah2 mereka itu jauh lebih baik dari kerajaan yang sedia ada, kerana mereka hanya bercakap bukannya melaksana..

    mungkin juga mereka tidak melihat sebarang kesungguhan dipihak pembangkang untuk membela rakyat di negeri ini melainkan kesungguhan untuk mendapatkan jawatan kabinet.

    SAPP pernah memerintah Sabah tapi apa yang disumbangkan? PKR terlalu banyak masalah dalaman dan bersifat tamak setiapkali pilihanraya. PAS, sampai sekarang kelantan tidak maju2. DAP banyak menindas kaum Melayu di Pulau Pinang. ini hanya sebahagian kepincangan yang wujud dalam parti pembangkang..

    saya hanya akan tukar kerajaan jika ada parti baru yang lebih baik..

    ReplyDelete
  8. tiada perompak yabg dilindungi. jika tukar kerajaan adakah jaminan keadaan akan makin baik?

    ReplyDelete
  9. Perompak apa?
    Kalau benar mahu menukar kerajaan pastikah parti yang baru lebih baik?

    ReplyDelete
  10. sabah adalah antara negeri yg pernah bertukar kerajaan. banyak buruk dari kebaikan. sabah ketinggalan jauh berbanding negeri lain sebab polisi kerajaan yg pernah memerintah berlainan. sekarang boleh tengok bagaimana pembangunan yg ada jauh kedepan berbanding dahulu.

    ReplyDelete
  11. masing-masing ada pendirian tersendiri tetapi walau apapun, rakyat mempunyai hak untuk menukar kerajaan baru jika kerajaan yang sedia ada tidak menjalankan tugas mereka seperti apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

    ReplyDelete