PERGERAKAN Puteri UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan penggunaan sistem biometrik bagi proses pendaftaran pada hari pengundian.
Ketuanya, Musliati Moslimin berkata langkah tersebut diyakini dapat meningkatkan lagi kredibiliti perjalanan pilihan raya negara yang sebelum ini banyak dikritik oleh pemimpin parti-parti pembangkang khususnya di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh calon mereka.
Menurut beliau, pendekatan baru itu diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi kelancaran pada hari pengundian sekali gus memantapkan lagi perjalanan proses demokrasi di negara ini.
"Puteri Sabah amat mengalu-alukan langkah SPR untuk turut melaksanakan sistem biometrik semasa hari pengundian sama seperti yang dilaksanakan bagi merekod identiti warga asing di negara ini.
"Apa yang penting dalam pelaksanaan itu ialah SPR dapat menutup mulut pemimpin pembangkang yang sering mempertikaikan proses perjalanan pilihan raya itu sendiri, meskipun telah terbukti calon mereka juga banyak yang menang sehingga mampu memerintah di empat negeri sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Bilik Gerakan puteri di sini Ahad.
SPR baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan sistem biometrik dalam merakam identiti pengundi pada pilihan raya akan datang.(BERNAMA)
Hope that the biometric system works.
ReplyDeleteHarap2 sistem tersebut memberi kesan positif kepada rakyat.
ReplyDeletejangan ada warga asing yang mengundi sebagai pengundi hantu lagi.
ReplyDeleteTak sabar nak tengok sejauh mana keberkesanan sistem biometrik ini
ReplyDeletesistem ini amat baik, semua rakyat sabah pasti menyokong sistem ini.
ReplyDeleteSukar nak tentukan sejauh mana sistem biometrik ni berkesan. Namun jika tak dicuba sampai bila pun kita memang tak tau kan. hehhe
ReplyDeleteSemoga sistem ini nanti dapat menjanjikan sesuatu yang positif :)
ReplyDeleteMungkin sistem ini baik. Tengok saja sampai sekarang tidak ada pembangkang menjadikan sistem ini sebagai isu mereka dan tidak ada tentangan.
ReplyDeletejika sistem ini baik..maka ia wajar dilaksanakan.
ReplyDeleteinilah masanya pemimpin2 parti pembangkang membuat bantahan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan sistem ini.. jangan pula ketika sistem ini digunakan atau selepas PRU baru sibuk membantah..
ReplyDelete