Oleh : WONG SANG LEE
DAKWAAN saya melalui artikel ‘LDP, Parti Hamba Abdi?’ 300 peratus tepat kerana tidak seorangpun ahli atau Majlis Tertinggi LDP membuat penafian atau membidas kenyataan saya; sebaliknya seorang ahli UMNO, Saiful Ridzal Nasharrudin diupah untuk menyuci tandas LDP selepas semua pemimpin LDP membuang najis di kancah politik Sabah.
Walaupun saya dilahirkan di dalam keluarga Sino-Hakka, tetapi sebagai rakyat Sabah tulen yang bergaul dengan anak negeri, saya bukan sahaja fasih berbahasa Malaysia dengan baik, malah boleh menguasai lebih lima bahasa etnik di Sabah.
Nama saya Wong Sang Lee, diberi nama oleh Datuk saya, seorang ‘Sino-Native’. Sang Lee bermaksud ‘Cahaya Mahatari’ dan semua adik beradik saya juga boleh berbahasa Sungai dan Dusun kerana status mereka juga ‘Sino-Native’.
Pada mulanya saya tidak mahu menjawab pelbagai tuduhan palsu yang dilemparkan kepada saya oleh ‘Pencuci Najis’ LDP ini, tetapi setelah memikirkan bahawa LDP tidak mempunyai pengaruh langsung kerana semua pemimpin yang mewakili LDP adalah Bidan Terjun dari ‘Langit’; maka saya memujuk diri saya untuk membuat sedikit penjelasan agar LDP tidak menggunakan ‘Anjing’ untuk menjilat najis di punggung mereka kerana tidak ada ‘pencuci tandas’ yang mahu membersihkan tandas LDP.
Dalam artikel saya ‘LDP, Parti Hamba Abdi’ saya tidak memfokuskan kritikan saya kepada Presiden LDP, Datuk V.K.Liew; sebaliknya menilai untung nasib sebuah parti yang ditubuhkan untuk tujuan tidak lain tidak bukan hanya untuk menjalankan fungsinya sebagai Hamba Abdi kepada Pemimpin Kerajaan Persekutuan.
Jika dahulu, LDP akur kepada ‘titah perintah’ Tun Dr Mahathir Muhammad, tetapi kini LDP dipergunakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengumpan pemimpin LDP, termasuk V.K.Liew dengan ‘Najis Projek’ yang diberikan melalui runding harga atau tender tertutup.
16 NKRA di Sabah baru-baru ini adalah bukti nyata pemimpin LDP bertambah gemuk dan boroi dengan projek lebih RM300 juta yang diperolehi kroni dan dilaksanakan oleh Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin selaku ‘Political Reject’ melaksanakan agenda ‘menanam bibit perang dingin’ di persada politik Sabah untuk melumpuhkan kuasa politik Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Dalam artikel saya, ‘LDP, Parti Hamba Abdi’ saya sekadar menjawab artikel Lim Kim Hoi bertajuk ‘Musa Terperangkap Di Papan Catur Politik?’ yang dibuat berdasarkan pengetahuan ceteknya dalam politik Sabah.
Tetapi saya tidak menyangka Lim Kim Hoi yang berbangga dengan kedudukan subsidinya dalam Majlis Tertinggi LDP mengupah ‘Gurkha UMNO’ untuk menjawab kritikan saya dengan menumpukan budi dan jasa V.K.Liew, ahli politik amatur Cina yang belum terbukti kematangan politiknya, selain pengalamannya sebagai Pemandu teksi dan peguam yang tidak ternama.
Saya rasa tidaklah perlu menjawab pertanyaan atau kritikan ‘Pencacai Najis V.K.Liew’ iaitu Saiful Ridzal Nasharrudin kerana beliau bukan ahli LDP atau masyarakat Cina; apatah lagi beliau tidak tahu apa-apa melainkan ‘Mendewa-dewakan V.K.Liew’ yang baru dikenalinya empat tahun lalu.
Sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab berhubung hal ehwal undang-undang dan PATI di Sabah, apakah V.K.Liew masih mempunyai ‘dua biji telur’ seperti mana yang dimiliki oleh Tan Sri Chong kah Kiat untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah?
Sebaliknya, Sandakan menjadi ‘Kubu PATI’ dan merupakan ancaman kepada negara sedangkan V.K.Liew mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah ini, terutama menangani kes perbicaraan yang tertunggak di Mahkamah Sandakan.
Sebaiknya, V.K.Liew atau Chin Su Phin yang memberikan jawapan atau ulasan kepada artikel saya dan bukannya budak hingusan yang hanya tahu menilai kewibawaan V.K.Liew kepada jambatan simen?
Tidak kira macam mana pun, harap semua parti komponen BN akan berusaha menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.
ReplyDeleterakyat lebih mengetahui mengenai jasa dan sumbangan pemimpin mereka.
ReplyDeletesaya fikir isu seperti ini sengaja diperbesarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..
ReplyDeleteNampaknya penulis2 ini saling balas-membalas. Tidak tahu siapa di pihak benar dan sebaliknya. Apa2 pun, janganlah saling menjatuhkan.
ReplyDeleteterpulanglah kepada rakyat untuk menilainya. saya pasti rakyat/penduduk di bawah pimpinan VK Liew ni lebih mengetahui tentang kepimpinan VK Liew yang sebenarnya.
ReplyDeleteJika ada perselisihan faham, selesaikannya. Spekulasi2 negatif hanya akan menjejaskan imej parti/pemimpin.
ReplyDeleteTeringat suatu ketika dulu semasa Chong Ka Kiat menjadi KM. Beliau benar2 serius tentang isu PATI ini. Kalau semua pemimpin mempunyai semangat seperti beliau, isu PATI ini mungkin boleh dikurangkan.
ReplyDeletekenapa pula tanya V.K.Liew, tanyalah jabatan imigresen..
ReplyDeletekenapa nak saling memburukkan satu sama lain. setiap pemimpin ada peranan mereka dalam pembangunan negeri Sabah.
ReplyDeleteTapi LDP langsung tidak mengambil endah apa yang dikarang oleh wong kerana bagi LDP mereka tidak kisah apa yang akan ditulis, yang penting mereka memberikan yang terbaik untuk rakyat. LDP langsung tidak memberik respon.
ReplyDeletecukup2 la tu bergaduh bro...jangan lagi mencurah minyak gas ke dalam api yg mau mati sudah...
ReplyDeleteSya rasa konflik di dalam BN sudah selesai bah kerana Chin sudah tidak lagi buat kenyataan2 negatif selepas dilantik sebagai senator...
What's happening in LDP now?
ReplyDeleteMungkin penulis merasakan perjuangan LDP di semenanjung hanya sekadar melepaskan batuk di tangga saja.
ReplyDeleteLDP is the oldest party in Sabah.
ReplyDeletebiasa lah dalam politik...bagi sikit, mahu banyak..bagi banyak, mahu lebih...bagi lebih, mahu lagi..
ReplyDeleteisu PATI di sabah harus diselesaikan secaa konkrit dan agresif..bukan saja VK liew tetapi semua YB2 harus memainkan peranan membersihkan sabah dari PATI..bukannya menambahkan dan menghalalkan PATI melalui pelan 6P..
ReplyDeletetidak kisah sama ada parti politik paling tua atau baru..yang menjadi ukuran ialah apa yang telah dilakukan oleh sesebuah parti itu untuk kesejahteraan rakyat dan negeri sabah..
ReplyDeletesekarang Chin senyap sudah sebab sudah jadi senator..sebelum ini bising tidak bertempat..
ReplyDelete