Sunday 26 June 2011

USAHA TANAH JANA EKONOMI NEGARA



SALAM...Dato’ Sri Nasir (tengah) bersalaman dengan sebahagian jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Nur Islam Kampung Mantaritip Zon Pegagau, Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menyarankan rakyat negeri ini terus berusaha membangunkan tanah mereka yang terbiar dengan tanaman pertanian untuk menjana ekonomi keluarga di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Nasir berkata, kerajaan melalui pelbagai agensinya sentiasa prihatin menyalurkan bantuan yang diperlukan masyarakat petani seperti bantuan baja, peralatan pertanian dan subsidi.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang berkata demikian sempena program Pemimpin Turun Padang bersama rakyat dan solat Jumaat di masjid Nur Islam Kampong Mantaritip Zon Pegagau di sini.

Hadirsama, Pengurus Ladang Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Rancangan Pegagau Mantaritip, Abdullah Majid; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat (UPKR) Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Imam Daerah, Haji Isthial Danial; Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah; Ustaz Losman Linjal; Pen.Pegawai Tadbir Masjid Jheains, Haji Hamad Mokthar dan Pegawai Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Roslan Jalaludin.

Nasir menjelas, rakyat hendaklah merebut peluang-peluang yang disediakan kerajaan dengan menceburi bidang pertanian yang kini diiktiraf sebagai salah satu bidang perniagaan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada golongan petani, peladang dan nelayan.

No comments:

Post a Comment