Thursday 23 June 2011

JANGAN TERPEDAYA HASUTAN PEMBANGKANG



AMANAT...Dato’ Sri Nasir (berdiri kanan) menyampaikan amanat di Majlis Bersama Rakyat sempena rakaman Dokumentari Syahadah RTM dKg Bangau-Bangau, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato’ Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menasihatkan rakyat di kawasan luar bandar agar tidak cepat terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda yang disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengelirukan pemikiran rakyat.

Katanya, rakyat seharusnya bersyukur dengan pelbagai pembangunan yang telah dan sedang disalurkan kerajaan kepada semua rakyat memerlukan khususnya di kawasan luar-luar bandar tanpa mengira fahaman politik, sukubangsa mahupun anutan agama.

Nasir berkata, kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat dan akan tetap meneruskan agenda Tradisi Membela Rakyat berdasarkan konsep 1Malaysia.

SOKONGAN....Sebahagian daripada penduduk Kampung Bangau-Bangau yang turut memeriahkan majlis itu di Semporna.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Bersama Rakyat bersempena rakaman Dokumentari Syahadah RTM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) di Kg Bangau-Bangau.

Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat kawasan Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kanan JAKIM Sabah, Ustaz Shamsuri Ghazali; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin serta kakitangan UPKR Senallang.

Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,menyarankan rakyat sentiasa berkerjsama kepada pemimpin-pemimpin peringkat kampung dan daerah memberikan maklumat mengenai keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat di kawasan mereka.

10 comments:

  1. Jangan mudah terpedaya oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  2. Perlu bijak menilai setiap yang didengari, dibaca atau dilihat.

    ReplyDelete
  3. setiap rakyat perlu bijak menilai sesuatu pekara. jangan mudah terpengaruh...

    ReplyDelete
  4. semuanya terletak di tangan rakyat. pilihlah siapa yang anda patut sokong.

    ReplyDelete
  5. Don't easily jump into a conclusion.

    ReplyDelete
  6. Rakyat harus bijak menilai dan jangan percaya bulat2 tentang apa yang disampaikan kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. ya.. rakyat harus bijak dalam menilai dgn jgn mudah terpedaya dgn kata2 dan hasutan pembangkang.

    ReplyDelete
  8. rakyat tidak akan mudah terpengaruh sekiranya kerajaan benar2 melakukan tugas mereka membela rakyat.. sekiranya kerajaan yakin bahawa mereka telah melakukan tugas mereka dengan baik, yakinlah bahawa rakyat juga akan terus menyokong kerajaan tanpa sedikitpun terpengaruh dengan apa sahaja agenda pembangkang.

    ReplyDelete
  9. rakyat tidak keliru dengan apa-apa agenda daripada pembangkang, Rakyat sekarang keliru dengan tindak-tanduk BN terutamanya mengenai konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan tapi masih banyak rakyat yang merana, tanah dirampas, kemasukkan rakyat asing yang melimpah tanpa penyelesaian, pemberian MYKAD kepada rakyat asing..semuanya terbukti dan disamping itu rasuah terang-terangan oleh BN..orang buta, pekak,tuli pun boleh tau???

    ReplyDelete
  10. Rakyat boleh memikirkan yang sendiri tetang kata-kata pembangkang. Jangan percaya segala apa yang diperkatakan. Kerana tidak mustahil semua itu adalah untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    ReplyDelete