Saturday 25 June 2011

212 MENARA TELEKOMUNIKASI DI SABAH



PROJEK pemasangan 212 menara di seluruh Sabah akan dimulakan tahun ini dengan kelengkapan aplikasi 3G, sekali gus memenuhi capaian jalur lebar yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Proses itu sedang berjalan dan sebaik proses tender selesai ia akan dilaksana secepat mungkin, katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Komputer 1Malaysia di Dewan Sri Antenom, di sini Jumaat. Turut hadir ialah anggota Parlimen Tenom Datuk Raimi Unggi.

Beliau berkata seramai 1,400 pelajar di kawasan pedalaman itu menerima kemudahan komputer 1Malaysia dalam fasa kedua ini.

"Walaupun capaian jalur lebar di kawasan pedalaman masih rendah namun kemudahan komputer berkenaan mampu membantu dan memudahkan pelajar dalam pembelajaran," katanya.

Salang berkata Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) juga mengenal pasti lapan kawasan kampung WiFi di Tenom termasuk urusetia Daerah Tenom dan Daerah Kecil Melalap yang akan menjadi perintis pusat jalur lebar yang antara lain bertujuan memudahkan orang ramai khususnya pelajar yang menerima komputer 1Malaysia untuk melayari internet.

Sehingga kini sebanyak 130 pusat jalur lebar dan kampung WiFi telah diwujudkan di Sabah dan ia meliputi pelaksanaan enam kampung WiFi di Nabawan, 36 kampung WiFi di Kunak dan tiga di Tongod yang terletak di tengah-tengah Sabah.

Ia merupakan antara 300 lokasi yang dicadangkan untuk tujuan itu di negeri ini, tambah beliau. (BERNAMA)

7 comments:

  1. Selepas kenyataan teguran yang dibuat oleh Datuk Yee, 212 menara telekomunikasi akan dipasang di Sabah. Ini adalah berita baik untuk penduduk di sini. Diharapkan projek ini berjaya dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga pemimpin Sabah akan lebih proaktif dan tegas dalam menyuarakan keperluan orang Sabah.

    ReplyDelete
  2. Hope that the project goes smoothly.

    ReplyDelete
  3. harap capaian jalur lebar akan bertamabah baik dan memberi manfaat yang besar kepada penduduk di Sabah. apapun, jangan ada pula yang yang salahguna jika ada kemudahan wiFi disediakan.

    ReplyDelete
  4. Harap semuanya berjalan lancar nanti.

    ReplyDelete
  5. bgslah.. harap dgn ini, tahap komunikasi dan jalur lebar di Sabah akan semakin baik.

    ReplyDelete
  6. Bguslah kalau mamca itu. Harap perkara ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada dugaan yang menghalangnya.

    ReplyDelete
  7. memandangkan masalah ini bakal diselesaiakan tidak lama lagi. saya harap pembangkang berhenti mempolitikkan isu ini dan mungkin tidak salah kiranya pembangkang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.:)

    ReplyDelete