Monday 27 June 2011

MP BN GELABAH HILANG KUASA



Saudara Pengarang,

SAYA merujuk kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew dan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi dan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang secara terbuka menentang Perhimpunan Aman Bersih pada 9 Julai nanti di Kuala Lumpur.

Persoalannya, kenapa mereka menyatakan sikap penentangan terhadap ‘Tuntutan 8 Perkara’ yang dikemukakan oleh BERSIH bagi memulihkan demokrasi dan sistem pilihanraya yang adil.

Pada pandangan peribadi saya, jika V.K.Liew dan Raime Unggi pemimpin Sabah yang tulen dan berjuang untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, apa masalahnya untuk kerajaan menerima tuntutan BERSIH?

Apakah menuntut untuk diperbetulkan suatu sistem yang pincang dan berat sebelah itu sebagai zalim atau mendiamkan diri di atas sesuatu kezaliman itu lebih baik bagi V.K.Liew dan Raime supaya boleh terus mengekalkan kuasa dan bergelumang dengan kemewahan di atas kesengsaraan rakyat?

Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah wajar setelah rakyat melihat semua saluran aduan dan pandangan tentang demokrasi dan pilihanraya yang tidak adil kepada pembangkang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

V.K.Liew dan Raime tidak perlu mengamalkan 'Denial Syndrome' (DS) kerana ketidakadilan SPR dalam mengendalikan sesuatu pilihanraya telah didedahkan oleh bekas-bekas tentera dan pegawai-pegawai SPR sendiri. Sesungguhnya warna sebenar SPR sebagai alat dan perkakas kepada pemerintah; sudah menjadi ‘open secret’ kerana banyak peraturan-peraturan yang dibuat oleh SPR hanya untuk menimbulkan kesulitan kepada parti pembangkang.

Contohnya, pada pilihanraya 2008, SPR menetapkan agar semua calon menandatangani borang penyata perbelanjaan pilihanraya yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dikemukakan pada hari penamaan calon. Tetapi, apabila ramai calon-calon BN gagal mematuhi peraturan tersebut, Pengerusi SPR sekelip mata memutus untuk membatalkan peraturan tersebut kerana bimbang ramai calon UMNO/BN hilang kelayakan untuk bertanding!

Begitu juga pada pilihanraya 2004, Pengerusi SPR telah memanjangkan tempoh pembuangan undi di Selangor kepada jam 7 malam, melebihi 2 jam dari peraturan biasa. Tujuannya ialah supaya pengundi hantu dari Selangor yang mengundi di Trengganu bagi menjatuhkan kerajaan PAS di sana, dapat kembali mengundi untuk kali kedua di Selangor.

Inilah antara kedurjanaan SPR yang mesti diperbetulkan dan kita sedia maklum semua ini berlaku kerana perlantikan Pengarah SPR itu sendiri dibuat dengan ehsan Menteri UMNO bukan melalui Parlimen.

Menentang tuntutan pilihanraya yang adil dan bersih, bererti membiarkan SPR meneruskan sistem yang kotor terus bermaharajalela. Membiarkan sistem yang kotor dan korup terus menguasai negara ini bererti mengekalkan kemenangan calon yang kotor, pembohong, penipu, kaki rasuah dan kaki betina.

Mereka inilah sebenarnya musuh kepada rakyat Malaysia yang dahagakan sebuah pemerintahan yang dipelopori oleh pemimpin yang dinobatkan melalui sistem pilihanraya yang bersih dan adil!

Salam Hormat,

IBNI ABDULLAH

14 comments:

  1. Apa saja boleh berlaku sebelum himpunan tu. Mungkin diteruskan, mungkin juga dihalang/dibatalkan.

    ReplyDelete
  2. Hope that all goes well.

    ReplyDelete
  3. saya hanya berrharap pilihan raya umum akan datang dapat dijalankan dengan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  4. entah apa akan tejadi bila perhimpunan itu berlangsung nnti. carilah jalan untuk selesaikan tuntutan tersebut.

    ReplyDelete
  5. BUkan apa perhimpunan sepeti ini hanya akan memalukan dan memberi kesan negatif kepada pelbagai area.

    ReplyDelete
  6. Keselamatan dan kesatuan yang kita dahulukan bukan pertelingkahan.

    ReplyDelete
  7. perhimpunan akan memberikan imej yang kurang baik apabila pelancong asing melihatnya nanti.

    ReplyDelete
  8. Tuntutan Bersih memang ramai yang setuju tapi kami tidak bersetuju jika perhimpunan yang bakal dibuat ini hanya akan menyebabkan pergaduhan/kekasaran.

    ReplyDelete
  9. BN tidak risau pun dengan semua ini. tapi MP lebih risau akan keselamatan para perhimpunan dan juga orang awam pada masa itu. Kita lebih mengutamakan keamanan dan bukan kekecohan.

    ReplyDelete
  10. Selesaikan masalah ini dengan berhemah. Bawa ke meja rundingan. Walaupun dalam akta membenarkan perhimpunan secara aman, tetapi dengan keadaan begini adakah ia pasti akan berjalan dengan aman?

    ReplyDelete
  11. Hal ini harus ditanggani dengan bijak. Pertimbangkan sewajarnya sebelum melaksanakan sesuatu.

    ReplyDelete
  12. Apapun terpulanglah pada penilaian individu masing-masing. Fikir secara matang dan buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  13. semua tuduhan2 itu hanya gimik politik parti pembangkang. atas pentas pandai belakon kononnya BN bawa pengundi hantu, belakang pentas cakap semua itu hanya gimik sambil ketawa terbahak2.. pembangkang buat laporan, tapi bila siasatan dijalankan tidak ada apa2pun yang berlaku malah tidak ada bukti kukuh.. kemudian mula la dicakapnya spr, sprm, polis menyebelahi BN.

    ReplyDelete
  14. semua tuntutan Bersih sudah dijawab oleh Raime. SPR juga sudah mempelawa penganjur Bersih untuk berbincang, tapi kenapa penganjur Bersih tolak? bermakna perhimpunan Bersih ini mempunyai agenda lain iaitu cuba merampas kerajaan dengan cara yang paling tidak demokratik. saya harap jika ada apa2 berlaku pada 9 julai nanti, semua penganjur Bersih bertanggungjawab sepenuhnya.

    ReplyDelete