Tuesday, 14 June 2011

BENARKAH BALAN-BALAN WUJUD?



Oleh : SHAIMON S JUMADI

KUCING berbulu hitam pada keseluruhan tubuh badannya dikatakan boleh membawa malapetaka jika tersilap hari bulan.

Menurut cerita orang tua-tua di era 50-an, kucing hitam atau disebut ‘Kucing Janggi’ jika melompat melangkah mayat (Orang Mati), mayat tersebut boleh bangkit dan kemudian merobek-robek tubuh badan manusia dan setelah itu melarikan ke hutan menjadi hantu Jerangkong, sebagaimana yang diadaptasi ke dalam wayang ‘Hantu Jerangkong’ lakonan Datuk Aziz Satar.

Sama ada cerita ini benar atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kerana sejak saya lahir pada 1954 sehingga kini, belum pernah berlaku kejadian tersebut di Sandakan, entahlah kalau tempat lain.

Memang sudah menjadi lumrah masyarakat kita, setiap kali ada orang meninggal dunia, mayat tersebut mesti dijaga semalaman kerana bimbang dilangkahi kucing hitam dan bimbang mayat tersebut dirasuk syaitan atau dimakan oleh balan-balan (sejenis hantu).

Berkisar mengenai cerita Balan-Balan, ia berasal dari manusia biasa yang bertukar menjadi siluman. Terdapat dua jenis balan-balan iaitu kalau berjalan di waktu malam untuk mencari mangsanya dengan badan-badannya sekali, berbeza dengan yang satu lagi yang dinamakan sebagai Penanggalan.

Penanggalan pula hanya keluar di waktu malam, biasanya bermula jam 8.00 malam dengan meninggalkan tubuhnya di satu tempat dan hanya kepala serta isi perutnya yang terbang terawang-awang mencari mangsa sebelum matahari terbit.

Balan-Balan atau Penanggalan bukan spesis hantu atau jin; tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam sehingga turun temurun.

Balan-Balan dan Penanggalan pernah ditemui di Kampung Pampang, yang dihuni oleh kaum Kagayan di Batu 10, Jalan Sungai Batang sehingga kampung berkenaan dinamakan Kampung Bal-balan sebelum kerana menjadi sarang dan lubuk persembunyian makhluk tersebut.

Menurut cerita orang daripada suku kaum inilah memang 20 peratus adalah keturunan Balan-Balan, yang suka menghisap darah orang beranak (bersalin) dan juga suka memakan mayat.

Bagaimanapun setelah Kampung Pampang dihuni oleh pelbagai kaum termasuk Suluk, Bajau, Jawamapun, Tidung dan sebagainya, kisah Balan-Balan tersebut mula lenyap, namun bagi penduduk asal kampung berkenaan, banyak misteri yang bermain di fikiran mereka, terutama ketakutan yang bersarang di hati pada waktu malam kerana bimbang diserang Balan-Balan.

Namun kisah seorang jururawat keluar taring (siung) di mulutnya apabila terlihat darah yang berlaku di Hospital Besar Tawau sekitar tahun 1982 dijaja dari mulut ke mulut sehingga ke Semporna, Lahad Datu dan akhirnya sampai ke Sandakan, namun akan diceritakan di episod akan datang.

15 comments:

  1. We don't really know whether its true or not.

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil kerana orang2 dulu banyak pagan dan mengamalkan ilmu2.

    ReplyDelete
  3. Jika balan2 ini wujud, apa petua yang boleh dilakukan jika bertembung dengan makhluk ini?

    ReplyDelete
  4. Kisah ini sudah lama didengar dari turun temurun. Mungkin juga benar sebab dari dulu2 lagi sudah ada cerita ini dan sampai sekarang masih lagi diceritakan. Mungkin saha sekarang ni sukar dipercayai sebab sudah modern kan.

    ReplyDelete
  5. majoriti masyarakat sekarang sudahpun beragama dan ramai yang sudah tidak mempercayai cerita-cerita tentang kewujudan hantu.

    ReplyDelete
  6. bagi masyarakat Dusun, balan-balan dipanggil 'babalan' manakala Penanggalan dipanggil 'kumokodong'. ada orang yang mengatakan jika berjalan pada waktu malam membawa daging atau sesuatu yang mempunyai darah, mereka berasa takut kerana walaupun daging yang dibawa tidak berat tetapi akan terasa berat. ini kerana mereka percaya ada sesuatu yang menarik daging itu. jadi untuk elakkannya, seseorang itu harus memberi(membuang) sedikit daging tersebut kepada 'hantu' itu.

    ReplyDelete
  7. benar atau tidak kita pun tidak tahu. namun cerita mengenai makhluk ini sudah lama didengar.

    ReplyDelete
  8. jika jin dan Iblis mmmg wujud, tapi kalau balan2 ni tak tau pula.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga cerita balan-balan ini. Apa pun setiap orang ada kepercayaan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  10. Ini hanyalah rekaan dan khayalan Shimon sumadie,..

    ReplyDelete
  11. I read that Balanbalan is most famous in Kota Belud, Sabah. Can you give me more in depth about the balan, can you tell me which part of kota belud is famous for balanbalan, and why is kota belud famous for its balan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe kota belud masih ramai pengamal & balan2 ni. Sy ada experience nampak balan2, memang scary jg la

      Delete
  12. Şaya tidak tahü berita itü şünğğühan ataü hanya mitöş belakanğ

    ReplyDelete
  13. Memang pernah nampak pun d dpn mata lg. . .

    ReplyDelete