Sunday 19 June 2011

GUGURKAN PEMIMPIN YANG BERMASALAH



BERSEMANGAT ..…. Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi oleh Lajim, Isnin serta barisan kepimpinan Umno Bahagian Beaufort menaikkan bendera Umno sejurus tiba untuk merasmikan persidangan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

UMNO perlu mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti itu yang boleh menjejaskan tumpuan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, ini kerana ada beberapa pemimpin di semua peringkat yang membawa masalah kepada Umno sehingga ada kalanya boleh merosakkan imej dan perpaduan dalam parti itu sendiri.

“Saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden Umno supaya mengambil tindakan secara drastik kepada pemimpin yang bermasalah kepada parti sebelum menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata demikian dalam ucapannya pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Baru, Beaufort, kelmarin.

“Ini kerana jika pemimpin yang bermasalah ini masih ada lagi dalam parti maka ketika menghadapi parti pembangkang pada PRU ke-13 ini, mereka ini juga akan menjadi musuh dalam selimut,” katanya.

Menurut Lajim, mereka akan terus menimbulkan masalah kepada parti dan pemimpin tertinggi parti sehingga boleh menjejaskan tumpuan kepada strategi parti untuk memenangi PRU ke-13.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan bahawa beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya atas cadangan itu.

“Jika pada perkiraan pucuk pimpinan parti saya juga akan tergolong daripada pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti, saya bersedia menerima dengan hati yang terbuka serta dengan keikhlasan menerima apa sahaja tindakan yang diambil oleh parti kepada saya,” ujarnya.

Menurut beliau ada pemimpin tidak dapat membudayakan konsep kerja berpasukan di peringkat bahagian termasuk menjalin hubungan serta kerjasama dalam setiap program yang diatur oleh parti dimana keadaan ini juga boleh menjejaskan kekuatan parti .

HIDUP UMNO…… Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said, Lajim wakil perhubungan Umno Sabah Datuk Masidi Manjun dan Timbalan ketua Umno Bahagian Isnin berdiri dan melaungkan hidup Umno sebelum majlis perasmian persidangan di mulakan.

Dalam pada itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, hampir RM1 bilion telah disalurkan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajan Negeri bagi tempoh lima tahun sehingga sekarang di kawasan Parlimen Beaufort.

Peruntukan ini, kata Lajim, semata-mata bagi melestarikan program pembangunan di kawasan itu, antaranya ialah projek pembinaan rumah PPRT yang bernilai RM3.6 juta di Beaufort dan RM3.2 juta di Kuala Penyu, Projek Jalan Luar Bandar dianggarkan RM207 juta dan Projek Menaik Taraf Bekalan Air bernilai RM30 juta.

“Beberapa projek akan dibina dalam jangka masa terdekat ini, seperti Sekolah Menengah Agama Islam bernilai RM40 juta,” katanya.

11 comments:

  1. Ya, jangan bagi satu titik nila merosakkan susu sebelaga.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang bermasalah sememangnya patut digugurkan supaya tidak menjejaskan prestasi parti.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin yang bermasalah mengundang kepada pelbagai provokasi dan imej negatif. Ambil tindakan ke atas mereka sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. Itu sudah pasti, kepada mereka yang bermasalah dalam parti perlu digugurkan bagi menjada nama baik parti itu sendiri. Jika tidak, hanya kerana seorang itu satu parti buruk namanya. Jadik kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku.

    ReplyDelete
  5. pemimpin yang tidak menerima teguran setelah melakukan kesalahan patut diberi amaran dan jika masih tidak memperbaiki kelemahannya dia patut digugurkan.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin yang bermasalah ini umpama gunting dalam lipatan. Orang yang talam dua muka sukar untuk dipercayai dan akan mengambil kesempatan pada bila2 masa saja.

    ReplyDelete
  7. pemimpin yang bermasalah harus digugurkan dan tidak dicalonkan semula sampai bila2..

    ReplyDelete
  8. pemimpin yang tidak perform dan menjalankan tugasnya dengan baik untuk rakyat harus disingkirkan juga..

    ReplyDelete
  9. pemi9mpin yang bermasalah dan tidak dpt jalankan tugas lebih baik digugurkan, mereka inilah yg menjejaskan parti.

    ReplyDelete
  10. cadangan itu sememangnya tepat dan amat dialu2kan. tetapi mampukah umno melaksanakannya?? apa yang kita lihat selama ini, pemimpin yang bermasalah bukan setakat mendapat pembelaan, malah mendapat jawatan yang lebih baik dari sebelumnya.. kalaupun semua ini hanya mainan media, saya harap pucuk pimpinan tidak memandang remeh kewujudannya dan dapat melaksanakan cadangan Lajim untuk kebaikan parti..

    ReplyDelete
  11. pemimpin yang bermasalah memang wajar digugurkan.

    ReplyDelete