Tuesday 14 June 2011

RAKYAT SABAH SOKONG YEE ‘LUDAH’ RAIS



Oleh : SHAIMON S JUMADI

NAMPAKNYA Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai marah betul dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Mohd Rais Yatim sehingga berani mencemoh “Rais Buat Janji Kosong’ seperti yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan di Sabah.

Tindakan Yee mengkritik menteri berkenaan kena pada tempatnya dan mendapat pujian daripada segenap lapisan rakyat Sabah atas keberaniannya menyuarakan dan mengherdik Rais demi kepentingan rakyat Sabah.

Dalam penyelidikan Sabahkini Net mengenai pergeseran antara Yee den Rais, sesetengah orang bersetuju dan selebihnya tidak setuju kerana akan menjadikan ‘Perang Dingin’ yang dibimbangi selama ini benar-benar wujud.

Majoriti rakyat Sabah menyokong tindakan Yee meludah muka Rais, namun mengharapkan lebih daripada itu termasuk menelanjangkan Rais dengan mendesak SPRM menyiasat siapa yang mendapat kontrak Jalur Lebar, membekal laptop dan penyelenggaraan, sebagaimana yang didedahkan blogger Rocky Bru sebelum ini.

Seorang aktivis politik, Ahmad Ismail menyatakan, tindakan Dr Yee menegur sikap Rais yang tidak menepati janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam beberapa hal, membuktikan pemimpin di peringkat persekutuan tidak begitu ikhlas untuk membangunkan negeri Sabah dalam beberapa aspek yang diperlukan.

Kata Ahmad lagi, rakyat Sabah bukan ‘Anti Semenanjung’ atau ‘Anti Kerajaan Persekutuan’ tetapi Menteri Pusat tidak berlaku adil dalam pengagehan projek pembangunan dan gagal menaiktaraf kemudahan asas di Sabah, termasuk kemudahan ICT.

“Wahai Rais yang lembut gigi dari lidah, mana sudah perginya Jalur Lebar ke negeri Sabah? Jangan terlalu banyak menabur janji kerana rakyat Sabah sudah serik dipermainkan menteri tidak jujur seperti Rais,” ujar Ahmad Ismail lagi.

Baru-baru ini, kata Ahmad, menteri berkenaan ada memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Masjid Kampung Air Sandakan melalui program Nadwah Suara Rakyat.

Derma tersebut disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah jabatan berkenaan, Abdul Manap Lakariba kepada Pengerusi Masjid Mussin Yasin.

Kata Abdul Manap, bagi pihak Rais, dalam ucapan ringkasnya derma ini adalah atas simpati Rais kepada penduduk kawasan Batu Sapi dan ia juga merupakan sebahagian daripada menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Batu Sapi semasa pilihanraya kecil Parlimen kawasan berkenaan tahun lalu.

“Bukankah semua ini sandiwara semata-mata untuk mengaburi pandangan mata rakyat di kawasan Batu Sapi sahaja. Janganlah percaya pemimpin lidah bercabang seperti Rais ini,” ujar Naib Ketua Cabang Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Tegas Zainuddin, pemimpin seperti Rais hanya layak menjadi ‘Badut Sarkas’ kerana mempunyai rekod politik yang buruk dan kini sering mendatangi Sabah kerana namanya sudah tidak laku lagi di Semenanjung.

Bagaimanapun, kata Zainuddin, keceluparan Rais berjanji dan memungkiri janji kerana ramai rakyat Batu Sapi terpedaya dengan janji manis BN agar mereka memilih calon BN untuk meneruskan pembohongan.

Dalam pada itu, Sabahkini.Net sebentar tadi menerima maklumat daripada seorang bapa kepada murid sekolah di Kuamut, Baino Kangkulad, berpendapat bahawa ‘Rais kencing di kepala mereka’ melalui pemberian laptop percuma kepada anaknya.

“Anak saya dan kawan-kawannya kini banyak membuang masa dengan bermain ‘game’ dengan laptop yang diberikan kerana tidak ada kemudahan jalur lebar di Tongod dan Kuamut,” ujar Baino yang kesal kerana Rais mempersenda rakyat Sabah seperti dalam filem Do Re Mi, ‘ada macis tak ada rokok, mencece mencece mencece!’

24 comments:

  1. Rais should cooperate with Sabah Minister to make the Broadband penetration a success.

    ReplyDelete
  2. Berbincang adalah cara yang terbaik menyelesaikan isu ini. Kedua dua pihak harus bekerjasamaa untuk menyelesaikan isu berkenaan.

    ReplyDelete
  3. kritikan ini diharap memberi kesedaran kepada Rais dan semoga beliau cuba untuk perbaiki kelemahan yang tidak disedarinya.

    ReplyDelete
  4. Tindakan berani YMC menunjukkan yang pemimpin Sabah bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  5. Diharap RY dapat menerima teguran/kritikan ini secara postif kerana ini bukan berniat untuk menjatuhkannya.

    ReplyDelete
  6. Semoga tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi masalah ini dan harap isu teguran ini tidak diprovokasi lagi.

    ReplyDelete
  7. perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu yang berlaku perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  8. pakcik, bersyukur la anak pakcik dapat laptop.. tidak semestinya laptop itu tidak berguna tanpa jalur lebar.. kalau anak main game tu salahkan lah diri sendiri kerana gagal mengawal aktiviti anak sendiri.

    ReplyDelete
  9. dalam hal ini, Yee dan Rais kena berbincang dan mencari penyelesaian bagaimana untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. ada laptop tapi tiada jalur lebar..wireless yang diwar-warkan pun tiada..

    ReplyDelete
  11. saya setuju dan sokong dr. yee atas isu ini..

    ReplyDelete
  12. rakyat sabah berhak mendapatkan khidmat jalur lebar yang terbaik..

    ReplyDelete
  13. Dr Yee memperjuangkan hak rakyat Sabah dengan meminta jalur lebar yang luas. Harap Dr Yee akan dapat melakukannya.

    ReplyDelete
  14. Perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu memastikan permintaan ini dapat ditunaikan atau tidak. Media bukan cara yang betul untuk semua ini. Harap Yee memcuba yang terbaik.

    ReplyDelete
  15. Bikin geli tengok gambar ilustrasi tu oo. hehe

    ReplyDelete
  16. Memang patut kena tegur pun. Tengok sajalah apa yang berlaku sekarang??? Masih belum ada perubahan. huhu

    ReplyDelete
  17. Jadi walaupun pedas Rais haruslah terima perkara ini dan buat apa yag patut. Jangan asyik menabur kata2 manis saja nanti akhirnya tukar jadi pahit pula.

    ReplyDelete
  18. Harap hal ini akan dapat perhatian lebih serius lepas ni. Tak bestlah kalau laptop ada tapi jalur lebarnya entah ke mana.. huhu

    ReplyDelete
  19. Apapun, semoga hal ini dapat diselesaikan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  20. Jangan perbesarkan masalah ini.

    ReplyDelete
  21. The Ministry of Information, Culture and Communication should provide a well reason for this matter.

    ReplyDelete
  22. Now the ministry promised to give 50% of penetration in Sabah.

    ReplyDelete
  23. I hope this problem will be put to rest.

    ReplyDelete