Monday 13 June 2011

MALING KUNDANG MENGGANAS, PDRM CEMAS



Saudara Pengarang,

MALIN Kundang adalah kisah Legenda yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. berkisah tentang seorang anak yang derhaka pada ibunya dan dikutuk menjadi batu; tetapi di Sandakan, Maling Kundang ialah satu kumpulan mafia dan kongsi gelap yang bergerak bebas tanpa terdaya dikekang PDRM.

Kumpulan Mafia ini diketuai oleh Abdulla @ Ola, kini semakin bermaharaja lela dengan melaksanakan kegiatan pinjaman wang (along), pelacuran, pemerdagangan orang, mesin judi jackpot dan terkini membuka gelanggang sabung ayam, serta judi Wahui.

Amat malang sekali kerana PDRM terutama Ketua Polis Sandakan menutup mata berhubing kegiatan jenayah Maling Kundang.

Saya adalah salah seorang warga Sandakan yang pernah menjadi mangsa Ola kerana beliau pernah menghantar orang suruhannya, TUMING, memeras ugut saya semata-mata kerana saya tidak mampu membayar kadar bunga yang terlalu tinggi.

Dalam keadaan terdesak, saya diperkenalkan kakitangan Ola agar meminjam RM2,000 daripada Ola dan dipaksa membayar balik RM4,000. Saya pernah berusaha membuat laporan polis tetapi ‘Kabel’ Ola amat hebat kerana polis berkenaan enggan menerima laporan sebaliknya memanggil kakitangan Ola datang ke balai sehingga saya terpaksa melarikan diri kerana bimbang dicederakan.

Dalam hal ini di manakan peranan PDRM? Apakah mereka cemas kerana sebahagian mereka menerima habuan daripada Ola. Apakah PDRM mahu menunggu saya menjadi mayat terlebih dahulu sebelum mereka mengambil tindakan terhadap Maling Kundang, terutama Ola yang kini semakin hebat menjalankan kegiatan pengedaran dadah dan pemerdagangan orang?

Salam Hormat,

MANGSA ALONG

11 comments:

  1. kegiatan mafia dan gengterism harus kita banteras, pihak PDRM seharusnya harus ambil tindakan terhadap mafia2 tersebut.

    ReplyDelete
  2. The police should not allow their thugs to do as they pleased.

    ReplyDelete
  3. Macam mana perkara sebegini boleh terjadi? Kegiatan mafia ini perlu dibendung. PDRM perlu lebih tegas dan berani.

    ReplyDelete
  4. Budaya gangsterisme seperti inilah yang akan mengancam keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  5. jika benar seperti yang dikatakan tindakan yang sewajarnya harus diambil.

    ReplyDelete
  6. hebat juga kumpulan Mafia ni..adakah pihak polis pun takut kumpulan ni sehingga tindakan tidak dibuat untuk menghalang kegiatan mereka?

    ReplyDelete
  7. jenayah paling berat ialah salah guna kuasa dikalangan pihak berkuasa. disebabkan salah guna kuasa mereka, maka jenayah di negara ini bermaharajalela.. sebab tu jenayah sentiasa berlaku..

    ReplyDelete
  8. Tidak ada guna PDRM kalau macam itu. Mana kekuatan kecekapan pihak polis. Dalam gerak khas bukan main lagi PDRM hebat. Tapi kenapa di Sandakan PDRM seperti ayam mati. Takut dengan Maling kundang ini.

    ReplyDelete
  9. Dia lari pi kl kunuknya..selain malin kundang tondekan pun nama kumpulan dia juga...klu budak2 moto dipasar sandakan tu orang2nya lah....bos admin knp ko nda kasi masuk gambar si tuming skali,mau jg kami ni kenal ahlong yang memalukan bangsa bugis ni..biasanya cina yang layak di gelar ahlong..

    ReplyDelete
  10. malin kundang is the bast.....!!
    malin kundang for Enrekang.!

    ReplyDelete
  11. bodoh , MK RUBBISH .. KRK AKRHO KASI LANGGAR LAH KALAU BERANI !

    ReplyDelete