Sunday 19 June 2011

MANGSA AH LONG ‘SOS’ POLIS



Saudara Pengarang,

SAYA berhutang RM80,000 dengan seorang Ah Long, bernama AH LAN (bukan nama sebenar) tetapi nombor telefon beliau ialah 016-7112488 atau 0167180344 di Klang, Selangor.

Walaupun saya pinjam RM80,000 tetapi Ah Lan hanya menyerahkan RM67,200 kerana beliau telah memotong bunga sebanyak RM44,800. Kini perniagaan saya semakin teruk, jadi saya meminta beliau agar memotong bunga, tetapi dia bertegas tidak boleh.

Ah Lan kemudiannya mengarahkan seorang Gangster (Taiko) bernama Kan Tui Bu yang menggunakan telefon 0192605678 dan 01119208768 dan tinggal di Jalan Klang off Jalan Kapar untuk mengugut dan mengacau perniagaan saya.

Saya tidak berani membuat laporan polis kerana samseng ini akan datang dan rosakkan perniagaan saya. Saya bertambah takut kerana mereka adalah Gangster Gen21 yang beroperasi di Klang.

Saya mohon agar polis tolong selamatnya saya kerana saya tidak dapat pergi mana-mana, terutama ke Balai Polis kerana mereka mengikuti saya ke mana saya pergi. Tolonglah saya sebelum mereka menghantar saya ke neraka!

Terima Kasih.

MANGSA AH LONG YANG MINTA TOLONG

9 comments:

  1. Jangan berhutang dengan Ah Long berhutang la dengan bank.

    ReplyDelete
  2. Mengapa kamu mesti pinjam daripada Ahlong?

    ReplyDelete
  3. Kalau setakat mahu memperkembangkan bisnes, rasanya bank boleh meminjamkan duit kepada anda.

    ReplyDelete
  4. Jangan sesekali meminjam wang daripada Ah Long. Ambil iktibar daripada kejadian2 lepas.

    ReplyDelete
  5. Ah long bukan penyelesaian yang baik bagi memastikan duit senang dapat. Fikir masa depan sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  6. meminjam wang dari Ah Long mungkin mudah kerana tidak perlu melalui proses-proses tertentu tapi perlu diingat meminjam wang dari Ah Long umpama menggadai nyawa.

    ReplyDelete
  7. dah diketahui bahaya meminjam wang dari ahlong, kenapa nak pinjam juga.

    ReplyDelete
  8. sudah banyak kali dinasihatkan jangan pinjam dengan ALong.. sudah banyak kali didedahkan tentang keganasan Along.. tapi orang awam masih tidak serik2 berurusan dengan agensi haram ini.

    ReplyDelete
  9. sudah banyak kejadian ngeri yang melibatkan Along tapi masih ada yang mahu meminjam dari mereka. harap pekara ini akan menjadi pengajaran kepada semua.

    ReplyDelete