Sunday 5 June 2011

MENUMBOK, PEKAN PERSINGGAHAN YANG MALANG?



Saudara Pengarang,

MENUMBOK merupakan sebuah daerah penting kerana menjadi penghubung kepada Wilayah Persekutuan Labuan dan tanah besar Sabah; tetapi hanya menjadi saksi kepada kezaliman Kerajaan Barisan Nasional yang menafikan hak penduduk daerah ini untuk menikmati kemudahan asas yang selesa.

Malangnya keperluan asas untuk penghuni Pulau Labuan akan melalui daerah ini tetapi bekalan elektrik dan air yang sering terputus menyebabkan Menumbok terus kekal sebagai ‘Pekan Persinggahan’ untuk pelancong membuang air kencing dan menghilangkan haus dahaga dengan air dalam botol.

Mungkinkah kerana Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing sering mabuk, maka beliau tidak sedar rakyat perlukan air bersih untuk minum dan bukannya ‘Bir Sepuluh Tiga’? Tetapi agak mustahil Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Haji Ukim juga mabuk sehingga tidak sedar bahawa Menumbok hanya mempunyai tiang elektrik tetapi bekalan sering terputus.

Salam Hormat,

FIRDAUS WONG

No comments:

Post a Comment