Wednesday 1 June 2011

MPS HALALKAN PATI BERNIAGA DI SANDAKAN?



DESAK....Hj Osman desak PDRM, JPN, Imigeresen dan MPS buat serbuan mengejut terhadap penjaja PATI.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

UNIT Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) digesa supaya melakukan pemeriksaaan mengejut terhadap PATI yang berniaga di Pasar Lantai, Tanah Merah Sandakan.

Seorang Aktivis Masyarakat, Haji Osman Nelly (gambar sisipan) memberitahu Sabahkini.Net kelmarin mendakwa terdapat 10 gerai lantai berlesen kepunyaan orang tempatan telah disewakan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan kadar bayaran sewaan RM10 sehari

“Saya telah menerima aduan daripada beberapa penjaja tempatan semasa saya membeli ikan di pasar tersebut dan mereka mendakwa 10 meja gerai menjual ikan dan sayur-sayuran disewakan kepada PATI yang tidak mempunyai dokumen atau kad pengenalan yang sah,” jelasnya.

Hj Osman mendakwa, beberapa orang Unit Penguatkuasa MPS telah menyedari senario ini tetapi tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap penjaja haram terbabit, malahan dibiarkan begitu saja sehingga PATI menjadi begitu berani kerana dibela oleh peniaga tempatan.

“Jika masih ada undang-undang di Malaysia, saya menggesa agar Jabatan Imigeresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Penguatkuasa MPS supaya membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut,” kata Hj Osman yang kesal kerana kejadian ini telah lama berlaku.

Siasatan Sabahkini.Net mendapati ramai peniaga tempatan yang tidak berpuas hati kerana PATI melakukan ‘Harga Potong’ iaitu menjual ikan di bawah harga pasaran sehingga perniagaan mereka terjejas.

Menurut Hj Osman, beliau bersedia memberi keterangan jika tetapi menggesa agar Presiden MPS mengarahkan para pegawainya untuk memanggil 10 orang pemilik asal lesen gerai tersebut sebelum menarik balik lesen berkenaan kerana telah melanggar peraturan-peraturan penyewaan.

“Ramai peniaga tempatan berminat untuk berniaga tetapi sukar mendapat lesen. Yang mendapat lesen pula ialah orang politik yang menyewakan lesen mereka kepada PATI untuk mengaut untung segera,” kata Hj Osman lagi.

16 comments:

  1. Lihatlah..orang tempatan juga yang membela PATI2 ni.

    ReplyDelete
  2. lesen pemilik asal gerai tersebut memang patut ditarik balik sebab sudah menyalahgunakannya dan semua PATI2 tu perlu ditangkap dan dihantar balik ke negara asal mereka. senang lenangnya mereka berniaga sedangkan dokumen pengenalan diri pu tiada..

    ReplyDelete
  3. warga tempatan yang menyewakan gerai kepada PATI perlu dikenakan tindakan yang tegas.

    ReplyDelete
  4. PATI tersebut juga perlu ditangkap. kehadiran mereka menimbulkan banyak masalah.

    ReplyDelete
  5. masalah PATI takkan selesai jika orang tempatan sendiri membantu PATI.

    ReplyDelete
  6. masalahnya orang tempatan yang menyewakan hak mereka kepada PATI..bodoh punya orang..

    ReplyDelete
  7. tindakan harus diambil oelh pihak berkuasa bukan saja kepada PATI tetapi juga mereka (tempatan) yang menyewakan hak mereka kepada PATI..

    ReplyDelete
  8. masalah PATI tidak akan selesai selagi ada orang tempatan yang menjadi pembelot..sial...

    ReplyDelete
  9. pihak berkuasa juga berat tulang..seharusnya melakukan pemantauan setiap hari..

    ReplyDelete
  10. "terdapat 10 gerai lantai berlesen kepunyaan orang tempatan telah disewakan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan kadar bayaran sewaan RM10 sehari"


    They should prioritize the locals!

    ReplyDelete
  11. No wonder the PATI love it here in Sabah and refuse to go back.

    ReplyDelete
  12. ACtion should be taken to those who allow the PATI to rent. How to solve this PATI problem, when the locals themselves are not helping out.

    ReplyDelete
  13. PATI are the main reason for Sabah crime rate to increase. I hope this pati issue will solve.

    ReplyDelete
  14. Illegal immigrants should not be given permission to do business.

    ReplyDelete
  15. sebab itu ramai PATI di Sabah.. sebab rakyatnya terlalu baik. bukan setakat memberikan kemudahan berniaga, malah menyokong perniagaan mereka.. penawaran tidak akan wujud jika tidak ada permintaan..

    ReplyDelete
  16. "10 gerai lantai berlesen kepunyaan orang tempatan telah disewakan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan kadar bayaran sewaan RM10 sehari".

    Jadi ini salah siapa??Orang yang menyewakan itu yang patut disalahkan kerana membenarkan PATI berniaga. Harap pihak berkuasa akan membuat serbuan kepada mereka ini.

    ReplyDelete