Wednesday 15 June 2011

PAIRIN BELUM MAHU BERUNDUR



PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan masih belum bersedia untuk bersara dari politik. Sebaliknya beliau masih ghairah untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat.

"Saya dinasihatkan oleh penyokong saya bahawa bukan masa lagi untuk saya bersara. Saya bekerja keras untuk berada dalam keadaan sihat dan masih sanggup memberi khidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kelmarin selepas pulang dari Kuala Lumpur.

Pairin diminta mengulas sebuah laporan Bernama Ahad lalu yang menyatakan PBS mungkin melihat perubahan pada kepimpinan tertinggi parti dan dikatakan bersedia untuk pelan peralihan kuasa dalam parti.

Pairin, tokoh politik veteran berusia 71 tahun itu, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata beliau tidak terkejut dengan spekulasi mengenai persaraan beliau yang sering dilaporkan di media.

"Saya tidak tahu bagaimana ia tercetus. Tetapi saya belum membuat sebarang pengumuman awam," katanya.

Bagaimanapun, ketika ini, Pairin mahu memberi tumpuan kepada persediaan masa depan parti dan persiapan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita semua membuat spekulasi tarikh pilihan raya, kawasan mana kita akan tandingi dan sebagainya. Jadi saya fikir nampaknya keadaan teruja ini berterusan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan melepaskan salah satu daripada kerusi pilihan rayanya, Pairin berkata isu itu belum dibincangkan lagi. Pairin merupakan Anggota Parlimen Keningau dan wakil rakyat Tambunan sejak 35 tahun lalu.(BERNAMA)

16 comments:

  1. Harap Pairin akan lebih berusaha lagi untuk memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  2. Biarlah Pairin yang tentukan bila beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan itu kepada ahli PBS yang lain. Tidak ada gunanya kita mendesak lagipun beliau masih mampu untuk terus berkhidmat.

    ReplyDelete
  3. Pairin akan tetap melepaskan jawatan itu, hanya menunggu masa yang sesuai. Harap sekalian bersabar dan jangan menyebarkan sebarang maklumat yang bukan dari mulut Pairin.

    ReplyDelete
  4. Good luck and all the best to Pairin.

    ReplyDelete
  5. mungkin usianya yang sudah semakin meningkat menyebabkan ada pihak yang membuat spekulasi tentang persaraan beliau. apapun, yang pasti Pairin sudah membuat pengakuan bahawa belum tiba masanya untuk beliau berundur.

    ReplyDelete
  6. semoga Pairin terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah terutama KDM.

    ReplyDelete
  7. dia berundur atau tidak, tidak ada juga kesannya kepada rakyat Sabah. jadi terpulanglah dengan beliau samada mahu berundur atau tidak.. isu ini tidak perlulah dimain2kan sangat..

    ReplyDelete
  8. apa yang tercetus sebelum ini cumalah spekulasi semata-mata.

    ReplyDelete
  9. Pairin sudah menjawab persoalan ini dan diharap tiada lagi spekulasi dibuat.

    ReplyDelete
  10. Harap lebih banyak bantuan dapat diberikan oleh Pairin kepada rakyat sebelum persaraannya.

    ReplyDelete
  11. telah diketahui bahawa Pairin takkan berundur.

    ReplyDelete
  12. Buat apa nak berundur kalau masih ramai yg menyokong...

    ReplyDelete
  13. Ya sangat setuju Lucas. Nak cakap apa lagi kalau masih ada penyokong yang ramai. hihihi

    ReplyDelete
  14. Tapi kalau Pairin belum bersedia nak bersara, biarkanlah dia. Selagi dia masih mampu jalankan t/jawab apa salahnnya kan. hehe

    ReplyDelete
  15. It wholly up to Pairin whether he wants to retire.

    ReplyDelete
  16. Sudah pasti Pairin tidak akan berundur begitu saja. Apa yang didengar sebelum ini hanyalah spekulasi semata-mata.

    ReplyDelete