Friday, 17 June 2011

PERJANJIAN MALAYSIA BATAL DAN TIDAK SAH!



Saudara Pengarang,

SAYA baru pulang daripada London selepas menemui Queen Counsel Anthony Lester berhubung khidmat nasihat untuk merayu kajian semula Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

QC Anthony menasihati saya agar meneruskan Kempen Memungut Tandatangan untuk mendesak Kerajaan Malaysia ‘Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963’.

Menurut QC Anthony, Perjanjian Malaysia adalah ‘BATAL DAN TIDAK SAH’ apabila Brunei tidak menandatanganinya selepas 11 Jam dokumen tersebut disediakan dan Selepas Singapura menarik diri pada 1965.

Kami akan melancarkan ‘Pungutan Suara’ berkenaan pada 9 Julai 2011 di Batu Sumpah, Keningau sebelum diedarkan ke Sabah dan Sarawak untuk dikemukakan kepada Ratu Elizabeth Disember 2011 kelak.

Bagi pihak rakyat Sabah, saya mohon ehsan saudara dan Sabahkini.net membantu menjayakan usaha murni ini demi survival rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Salam Hormat,

DATUK PATRICK SINDU

Aktivis Masyarakat & Hak Asasi Manusia

17 comments:

  1. Untuk 'Pungutan Suara' rakyat perlu penjelasan lebih lanjut lagi akan hal.

    ReplyDelete
  2. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia akan membawa perkara ini menghadapi Queen Elizabeth. Kagum.

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya berjalan lancar. Selamat memperjuangkan hak orang Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Adakah maklumat ini benar atau sekadar khabar angin? Jika benar, perubahan besar mungkin akan berlaku.

    ReplyDelete
  5. Penjelasan lebih lanjut bersama bukti yang sahih diperlukan untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  6. wajarkah ada campurtangan pihak luar dalam soal ini?

    ReplyDelete
  7. semoga rakyat Sabah dan Sarawak dapat menuntut hak mereka.

    ReplyDelete
  8. rasanya penerangan yang lebih lanjut diperlukan.

    ReplyDelete
  9. apa tujuan sebenar mengkaji semula perjanjian Malaysia?? untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia??

    ReplyDelete
  10. perjanjian malaysia adalah batal dan tidak sah?

    ReplyDelete
  11. kajian semula perjanjian malaysia? maksudnya?

    ReplyDelete
  12. untuk membolehkan perjanjian malaysia dikaji semula, sekurang-kurangnya 60 peratus sokongan rakyat sabah diperlukan..maka pungutan suara dan tandatangan dilakukan..terpulang kepada inidvidu sama ada ingin menyokong atau tidak..

    ReplyDelete
  13. penjelasan mengenai sebab perjanjian malaysia itu adalah tidak sah dan batal harus dilakukan kerana bukan semua rakyat sabah yang sedar akan hal ini..

    ReplyDelete
  14. Mungkin benar juga kata QC Anthony..Oleh kerana Singapura menarik diri maka perjanjian baru perlu dilaksanakan. Perjanjian lama akan terbatal.

    ReplyDelete
  15. jika ia dikaji semulah dan disahkan terbatal, adakah negara Malaysia akan terbatal juga? kena beri penjelasan apakah tujuan utama ia hendak dikaji semula.

    ReplyDelete
  16. sangat mengelirukan...cuba bagi secara terperinci lagi perkara di atas..

    ReplyDelete
  17. tidak adapun kerajaan Sabah menyentuh mengenai perkara tersebut.

    ReplyDelete