Sunday 6 May 2012

BEKALAN AIR BUGAYA MASIH MERUNCING



Saudara Pengarang,

SAYA salah seorang penduduk Bugaya, Semporna ingin bertanya kepada pihak berwajib khususnya Wakil Rakyat kami, Datuk Ramli Marhaban dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Jabatan Air Semporna, bilakah masalah air di kampung kami akan berakhir setelah RM25 juta dibelanjakan untuk menaiktaraf sistem bekalan air di Bugaya?

Kalaupun ada air keluar hanya seperti kencing kanak-kanak dan dicatu antara 4 hingga 5 jam sahaja, hendak penuhkan dua tangki pun tidak sempat; berbanding dengan kampung-kampung di sekitar Pekan Semporna yang keluar 24 jam.

Sedangkan kedudukan Kampung Bugaya dengan Kampung Ayer, Kampung Panji, Kampung Simunul dan sebagainya tidaklah sejauh mana dari Pekan Semporna; sepatutnya tidak mengalami masalah bekalan air setelah tiga kali paip air ditukar.

Persoalannya berapa lama lagi kami harus membeli air daripada lori tangki dan terus menderita kerana dua wakil rakyat kami tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri; apatah lagi telah banyak kali ditegur pengundi.

Sehubungan itu, menjelang pilihanraya umum ke 13, sewajarnya Ketua Menteri dan Perdana Menteri memastikan kedua wakil rakyat ini tidak lagi diberikan peluang mewakili BN melainkan jika mahu Semporna jatuh ke tangan pembangkang kerana kami sudah bosan dengan janji kosong mereka.

Salam Hormat,

MANGSA JANJI KOSONG BN

15 comments:

  1. Hope that Datuk Ramli Marhaban, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and the Semporna Water Department will be able to give explanation regarding the water issues in the district.

    ReplyDelete
  2. Hopefully clean water supply can be provided by the State Government before the next GE takes place.

    ReplyDelete
  3. maslaaj air yang dihadapi di Budaya kena diselesaikan segara, jgn biar ia terus membelenggu penduduk.

    ReplyDelete
  4. Wakil rakyat Semporna perlu memastikan seluruh penduduk di kawasan jagaan mereka mendapat kemudahan asas yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. Perkara ini perlu diberi penjelasan oleh kedua2 wakil rakyat, agar rakyat tidak tertanya2.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada masalah yang tidak dapat di elakkn dalam hal ini.

    ReplyDelete
  7. WR tidak harus mengetepikan keperluan yang rakyat perlukan.

    ReplyDelete
  8. Penjelasan harus diberi terhadap isu ini. Peruntukan naik taraf telah diberi tetapi masalah masih belum selesai.

    ReplyDelete
  9. Keperluan asas harus sentiasa mencukupi.

    ReplyDelete
  10. Antara rakyat & wakil rakyat harua ada saluran untuk berkomunikasi jika adanya masalah.

    ReplyDelete
  11. Persoalannya berapa lama lagi kami harus membeli air daripada lori tangki dan terus menderita kerana dua wakil rakyat kami tidak prihatin

    Tindakan wajar harus diambil serta merta. Mereka yang mendelita harus diberi bantuan yang berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan ekonomi sekarang harus la berjimat cermat, kerajaan bertanggungjawab meringankan beban. Bekalan air pun dibeli banyak guna duit

      Delete
  12. Semoga masalah air ini akan dapat diselesaikan. Wakil rakyat perlu melihat sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  13. Shafie harus menjawab persoalan yang diisukan oleh pihak tertentu di Bugaya..

    ReplyDelete
  14. jumpa la terus dengan jabatan air semporna.. dengar dulu penjelasan dari mereka dan fahami sedalam2nya jika penjelasan mereka berkenaan dengan masalah teknikal..

    ReplyDelete