Saudara Pengarang,
SAYA salah seorang penduduk Bugaya,
Semporna ingin bertanya kepada pihak berwajib khususnya Wakil Rakyat kami,
Datuk Ramli Marhaban dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Jabatan Air Semporna,
bilakah masalah air di kampung kami akan berakhir setelah RM25 juta
dibelanjakan untuk menaiktaraf sistem bekalan air di Bugaya?
Kalaupun ada air keluar hanya
seperti kencing kanak-kanak dan dicatu antara 4 hingga 5 jam sahaja, hendak
penuhkan dua tangki pun tidak sempat; berbanding dengan kampung-kampung di sekitar
Pekan Semporna yang keluar 24 jam.
Sedangkan kedudukan Kampung
Bugaya dengan Kampung Ayer, Kampung Panji, Kampung Simunul dan sebagainya
tidaklah sejauh mana dari Pekan Semporna; sepatutnya tidak mengalami masalah
bekalan air setelah tiga kali paip air ditukar.
Persoalannya berapa lama
lagi kami harus membeli air daripada lori tangki dan terus menderita kerana dua
wakil rakyat kami tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri; apatah lagi
telah banyak kali ditegur pengundi.
Sehubungan itu, menjelang
pilihanraya umum ke 13, sewajarnya Ketua Menteri dan Perdana Menteri memastikan
kedua wakil rakyat ini tidak lagi diberikan peluang mewakili BN melainkan jika
mahu Semporna jatuh ke tangan pembangkang kerana kami sudah bosan dengan janji
kosong mereka.
Salam Hormat,
MANGSA JANJI KOSONG BN
Hope that Datuk Ramli Marhaban, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and the Semporna Water Department will be able to give explanation regarding the water issues in the district.
ReplyDeleteHopefully clean water supply can be provided by the State Government before the next GE takes place.
ReplyDeletemaslaaj air yang dihadapi di Budaya kena diselesaikan segara, jgn biar ia terus membelenggu penduduk.
ReplyDeleteWakil rakyat Semporna perlu memastikan seluruh penduduk di kawasan jagaan mereka mendapat kemudahan asas yang sepatutnya.
ReplyDeletePerkara ini perlu diberi penjelasan oleh kedua2 wakil rakyat, agar rakyat tidak tertanya2.
ReplyDeleteMungkin ada masalah yang tidak dapat di elakkn dalam hal ini.
ReplyDeleteWR tidak harus mengetepikan keperluan yang rakyat perlukan.
ReplyDeletePenjelasan harus diberi terhadap isu ini. Peruntukan naik taraf telah diberi tetapi masalah masih belum selesai.
ReplyDeleteKeperluan asas harus sentiasa mencukupi.
ReplyDeleteAntara rakyat & wakil rakyat harua ada saluran untuk berkomunikasi jika adanya masalah.
ReplyDeletePersoalannya berapa lama lagi kami harus membeli air daripada lori tangki dan terus menderita kerana dua wakil rakyat kami tidak prihatin
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil serta merta. Mereka yang mendelita harus diberi bantuan yang berkesan.
Keadaan ekonomi sekarang harus la berjimat cermat, kerajaan bertanggungjawab meringankan beban. Bekalan air pun dibeli banyak guna duit
DeleteSemoga masalah air ini akan dapat diselesaikan. Wakil rakyat perlu melihat sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteShafie harus menjawab persoalan yang diisukan oleh pihak tertentu di Bugaya..
ReplyDeletejumpa la terus dengan jabatan air semporna.. dengar dulu penjelasan dari mereka dan fahami sedalam2nya jika penjelasan mereka berkenaan dengan masalah teknikal..
ReplyDelete