KUALA TERENGGANU : Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak pernah menyebut akan
meminda perlembagaan berkaitan agama Islam sekiranya pakatan pembangkang menang
pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya laporan beberapa
akhbar tempatan baru-baru ini yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak
betul.
"Saya tak sebut (pinda
Perlembagaan), Perlembagaan yang itu juga. Tak betul, tak betul," katanya
kepada pemberita selepas mengadakan ceramah umum bersama bekas Menteri
Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di
sini semalam.
Abdul Hadi berkata maksud
sebenar beliau ialah pembangkang khususnya PAS mahu memperkasakan Islam sebagai
agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Ini kerana, katanya, agama
Islam sebagai addin sepatutnya dipraktikkan umat Islam dengan sebenar-benarnya
sehingga mampu menjadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam.
Laporan itu menyebut Abdul
Hadi sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang
ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin,
iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.
Abdul Hadi juga disebut
berkata, Perlembagaan Persekutuan sekarang yang dirangka oleh orang bukan Islam
mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam. (Bernama)
Hopefully PAS will not practice extremist religion on the country since we are a multi racial country.
ReplyDeleteI agree with Datuk Najib Razak's 1 Malaysia concept to have equal treatment for all races.
ReplyDeletePAS tumpukan pada perjuangan sebenar mereka.
ReplyDeleteJangan sampai perkara ini mencetuskan ketidakpuasan hati penganut agama lain.
ReplyDeleteBanyak sangat perubahan yang diimpikan oleh PR untuk dilaksanakan kalau menang PRU.
ReplyDeleteMungkin Hadi tidak sedar apa yang dia pernah cakap sebelum ini.
ReplyDeleteMakin tua, makin nyayuk..hehehe
Deletebebelit-belit pula, mungkin orang yang mendengar ucapan beliau bermaksud macam tu
ReplyDeleteHadi ni memang terkenal buat kenyataan tanpa guna otak.. mulut dia lebih laju dari otak dia berfikir.. bila PAS kalah di Sarawak, adakah patut dia hina penduduk asli Sarawak yang tidak mengundi PAS kononnya masih kolot dan pakai cawat..
ReplyDeletelain kali, kalau tidak mahu kenyataan disalah tafsir, berhati2 la ketika buat kenyataan.. jangan main bedal saja..
ReplyDelete