Wednesday 2 May 2012

JANGAN TAFSIR DIRI, 'CALON BOLEH MENANG!'



TAWAU: Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menggesa individu-individu yang berhasrat menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 di Bahagian Kalabakan supaya tidak mentafsir diri mereka sendiri sebagai ‘calon boleh menang’.

Katanya, tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat, apatah lagi jika individu-individu terlibat berani menabur janji yang tidak bukan-bukan, demi meraih sokongan untuk menjadi calon.

“Cuma pucuk pimpinan parti sahaja yang boleh menentukan siapakah individu-individu yang layak dianggap sebagai calon boleh menang dan istilah itu bukanlah ditentukan oleh diri sendiri.

“Dan di peringkat Umno Bahagian Kalabakan pula, saya sebagai Ketua Bahagian yang melihat siapakah orang yang boleh dianggap sebagai ‘calon boleh menang’ berdasarkan kesungguhannya berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta tidak ada mana-mana individu cuba untuk melabelkan diri mereka sendiri dengan gelaran terbabit, termasuklah individu-individu yang bernaung di bawah Umno Bahagian Kalabakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno Kalabakan di Merotai, malam kelmarin.

“Kita mahu melihat Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada PRU-13. Itulah sebabnya kita mahu calon-calon yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh bekerja dan bukan hanya muncul ketika tiba musim pilihan raya,” katanya.

Menyentuh mengenai kerusi DUN Merotai pula, beliau berkata pihaknya akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti berhubung calon yang bakal diletakkan di kerusi tersebut.

Pelbagai acara menarik diadakan di sepanjang berlangsungnya acara berkenaan termasuklah majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan, persembahan kebudayaan serta nyanyian dan banyak lagi.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Haji Abdul Muis Picho, ADUN Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat dan ADUN Merotai, Datuk Pang Yuk Ming.

30 comments:

  1. Jangan siok sendiri bilang bah. Niat yang okhlas untuk berjuang demi rakyat nescaya akan memperoleh peluang tersebut.

    ReplyDelete
  2. samada mereka calon boleh menang atau tidak, biar rakyat tentukannya.

    ReplyDelete
  3. Mereka yang tafsir diri sendiri sebagai 'calon boleh menang' tu yang kadang2 buat rakyat menyampah.cubalah rendah diri sikit. tinggikan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  4. The party leaders will know who are the winnable candidates that is most suitable to be appointed during the next General Elections.

    ReplyDelete
  5. Those who didn't get chosen this time should not give up, instead they should work hard so that they will get a chance the next GE.

    ReplyDelete
  6. Tumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat, rakyat akan memberi ganjaran melalui kertas undiannya.

    ReplyDelete
  7. Masing-masing merebut kerusi, jangan pula lupakan tanggung jawab terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  8. Semoga golongan muda diberi peluang untuk bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu juga beri laluan kepada orang2 muda.

      Delete
  9. Calon yang disenaraikan harus berkebolehan dan bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  10. Biarlah rakyat ynag membuat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tahu menilai keadaan yang ada dan semua tu akan boleh diketahui pada PRU13.

      Delete
  11. Jangan pula melupakan tanggung jawab kepada rakyat!

    ReplyDelete
  12. Jika benar-benar mampu memberikanyan terbaik tidak mustahil akan menjadi calon yang boleh menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. pucuk pimpinan tidak akan mensia-siakan mana2 calon yang terbukti banyak membantu rakyat dan menjadi pilihan rakyat..

      Delete
  13. kalau mahu jawapan yang paling tepat, tanya penduduk dikawasan yang dia wakili.. penduduk lebih tahu siapa calon boleh menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Couldn't agree more with you. Only the people know is the winnable candidate. May the best man win in this coming election .

      Delete
  14. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  15. Sabah Umno has submitted its list of candidates for the coming 13th general election to the Barisan Nasional (BN) leadership, its liaison chief Datuk Seri Musa Aman said.

    ReplyDelete
  16. “We’ve submitted the names; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide,” Musa, who is Sabah Umno liaison chief, told reporters after chairing a good governance meeting here.

    ReplyDelete
  17. However, Musa declined to reveal if there were ‘new faces’ on the list, saying, “I cannot tell you now.”

    ReplyDelete
  18. Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

    ReplyDelete
  19. Musa was speaking at a press conference after chairing the State Government Integrity in Governance Committee meeting at Wisma Innoprise.

    ReplyDelete
  20. He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

    ReplyDelete
  21. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

    ReplyDelete
  22. He said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.

    ReplyDelete
  23. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance

    ReplyDelete
  24. Meanwhile, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan who was met after the meeting said the party had yet to submit its list of candidates.

    ReplyDelete
  25. “We will be doing it soon and will leave it to the BN leadership to decide on the issue of the PBS’ status quo on seats allocation,” he said.

    ReplyDelete
  26. In the 12th general election in 2008, Sabah BN won 59 of the 60 state constituencies and 24 of the 25 parliamentary seats.

    ReplyDelete