TAWAU:
Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menggesa individu-individu
yang berhasrat menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 di Bahagian Kalabakan
supaya tidak mentafsir diri mereka sendiri sebagai ‘calon boleh menang’.
Katanya,
tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan dan perpecahan di
kalangan masyarakat, apatah lagi jika individu-individu terlibat berani menabur
janji yang tidak bukan-bukan, demi meraih sokongan untuk menjadi calon.
“Cuma
pucuk pimpinan parti sahaja yang boleh menentukan siapakah individu-individu
yang layak dianggap sebagai calon boleh menang dan istilah itu bukanlah
ditentukan oleh diri sendiri.
“Dan
di peringkat Umno Bahagian Kalabakan pula, saya sebagai Ketua Bahagian yang
melihat siapakah orang yang boleh dianggap sebagai ‘calon boleh menang’
berdasarkan kesungguhannya berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Berikutan
itu, beliau meminta tidak ada mana-mana individu cuba untuk melabelkan diri
mereka sendiri dengan gelaran terbabit, termasuklah individu-individu yang
bernaung di bawah Umno Bahagian Kalabakan.
Beliau
berkata demikian ketika ditemubual selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno
Kalabakan di Merotai, malam kelmarin.
“Kita
mahu melihat Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada PRU-13.
Itulah sebabnya kita mahu calon-calon yang dipilih nanti adalah mereka yang
boleh bekerja dan bukan hanya muncul ketika tiba musim pilihan raya,” katanya.
Menyentuh
mengenai kerusi DUN Merotai pula, beliau berkata pihaknya akur dengan apa juga
keputusan pucuk pimpinan parti berhubung calon yang bakal diletakkan di kerusi
tersebut.
Pelbagai
acara menarik diadakan di sepanjang berlangsungnya acara berkenaan termasuklah
majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan,
persembahan kebudayaan serta nyanyian dan banyak lagi.
Hadir
sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Haji Abdul Muis Picho,
ADUN Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat dan ADUN Merotai, Datuk Pang Yuk Ming.
Jangan siok sendiri bilang bah. Niat yang okhlas untuk berjuang demi rakyat nescaya akan memperoleh peluang tersebut.
ReplyDeletesamada mereka calon boleh menang atau tidak, biar rakyat tentukannya.
ReplyDeleteMereka yang tafsir diri sendiri sebagai 'calon boleh menang' tu yang kadang2 buat rakyat menyampah.cubalah rendah diri sikit. tinggikan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeleteThe party leaders will know who are the winnable candidates that is most suitable to be appointed during the next General Elections.
ReplyDeleteThose who didn't get chosen this time should not give up, instead they should work hard so that they will get a chance the next GE.
ReplyDeleteTumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat, rakyat akan memberi ganjaran melalui kertas undiannya.
ReplyDeleteMasing-masing merebut kerusi, jangan pula lupakan tanggung jawab terhadap rakyat.
ReplyDeleteSemoga golongan muda diberi peluang untuk bertanding.
ReplyDeletePerlu juga beri laluan kepada orang2 muda.
DeleteCalon yang disenaraikan harus berkebolehan dan bertanggung jawab.
ReplyDeleteBiarlah rakyat ynag membuat keputusan.
ReplyDeleteRakyat tahu menilai keadaan yang ada dan semua tu akan boleh diketahui pada PRU13.
DeleteJangan pula melupakan tanggung jawab kepada rakyat!
ReplyDeleteJika benar-benar mampu memberikanyan terbaik tidak mustahil akan menjadi calon yang boleh menang.
ReplyDeletebetul tu.. pucuk pimpinan tidak akan mensia-siakan mana2 calon yang terbukti banyak membantu rakyat dan menjadi pilihan rakyat..
Deletekalau mahu jawapan yang paling tepat, tanya penduduk dikawasan yang dia wakili.. penduduk lebih tahu siapa calon boleh menang..
ReplyDeleteCouldn't agree more with you. Only the people know is the winnable candidate. May the best man win in this coming election .
DeleteSabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteSabah Umno has submitted its list of candidates for the coming 13th general election to the Barisan Nasional (BN) leadership, its liaison chief Datuk Seri Musa Aman said.
ReplyDelete“We’ve submitted the names; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide,” Musa, who is Sabah Umno liaison chief, told reporters after chairing a good governance meeting here.
ReplyDeleteHowever, Musa declined to reveal if there were ‘new faces’ on the list, saying, “I cannot tell you now.”
ReplyDeleteMeanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.
ReplyDeleteMusa was speaking at a press conference after chairing the State Government Integrity in Governance Committee meeting at Wisma Innoprise.
ReplyDeleteHe said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.
ReplyDeleteMusa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.
ReplyDeleteHe said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.
ReplyDeleteApplications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance
ReplyDeleteMeanwhile, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan who was met after the meeting said the party had yet to submit its list of candidates.
ReplyDelete“We will be doing it soon and will leave it to the BN leadership to decide on the issue of the PBS’ status quo on seats allocation,” he said.
ReplyDeleteIn the 12th general election in 2008, Sabah BN won 59 of the 60 state constituencies and 24 of the 25 parliamentary seats.
ReplyDelete