Thursday 24 May 2012

JANJI KOSONG WAKIL RAKYAT SEMPORNA




Saudara Pengarang,

JALAN utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.

Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.

Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.

Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.

Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG’ adalah tepat.

Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.

Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
Sekian,

Salam Hormat,

ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

16 comments:

  1. keadaaan Semporna yang masih daif menjadi isu hangat pada masa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WR Semporna harus bertanggung jawab dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
  2. wakil rakyat Semporna seharusnya membangunkan Semporna, janji2 pada rakyat harus ditunaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegagalan menunaikan janji akan membawa kesan negatif kepada kerajaan terutama PRU semakin dekat.

      Delete
  3. Keluar sudah isu kedaifan di Semporna lepas timbul skandal Shafie dan Zahida.

    ReplyDelete
  4. The people representative in semporna must take action immediately to fulfil the promises that were given to the people. Time is running out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN will need to find a suitable candidate to represent the party- someone more reliable and responsible towards the people.

      Delete
  5. Semporna kaya dengan tempat pelancongan dan jadi tumpuan pelancong. Baiki infrastruktur dan sediakan kemudahan secukupnya.

    ReplyDelete
  6. Masalah ini mungkin tidak begitu serius sangat. Cuma pembangkang saja sengaja membesarkan isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak serius pun kena ambil tindakan. jangan tunggu sehingga mengancam nyawa baru dikatakan serius.

      Delete
  7. Tindakan wajar harus diambil oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan yang diberi perlu dan harus sampai ke tempat yang sepatutnya

      Delete
  8. Shafiq have other commitment to do.

    ReplyDelete
  9. Sejak isu skandal tu Semporna semakin popular.

    ReplyDelete
  10. jalan itu tidak dibaik pulih mungkin sebab masih ada jalan yang lebih teruk dari itu dan lebih memerlukan dana..

    ReplyDelete
  11. mewar2kan kononnya Shafie memberikan jutaan ringgit kepada Zahida seolah2 isu itu telah dibuktikan benar oleh mahkmah.. tapi sampai sekarang Shafie masih lagi pegang jawatan dalam kabinet.. kenapa perlu diawar2kan isu yang belum diputuskan atau dibuktikan benar??? terdesak??

    ReplyDelete