ROSAK....Kerosakan
bangku plastik menyebabkan penuntut tidak selesa belajar.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KEKURANGAN kemudahan asas
seperti kerusi dan meja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinusa 1, Batu 7, Jalan
Sungei Kayu Sandakan adalah punca kurangnya keselasaan para penuntut menumpukan
perhatian dalam pelajaran masing-masing.
Guru Penolong Kanan SMK Tinusa
1 yang namanya tidak mahu disiarkan mengadu kepada Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Haji Juslie KK Ajirol yang dibawa untuk melihat sendiri situasi di beberapa kelas
sekolah berkenaan, meminta jasa baik kerajaan untuk membantu menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi sejak dua tahun lalu.
Dalam taklimat balas, Juslie
telah memberikan jaminan akan membawa perkara ini kepada Menteri Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pengarah Pelajaran Negeri untuk
mengeluarkan peruntukan khas bagi menyelesaikan masalah prasarana dan logistik yang
dihadapi sekolah berkenaan.
"Saya beri jaminan
bahawa masalah sekolah SMK Tinusa 1 ini akan diajukan kepada Menteri Pelajaran agar
segala kerosakan dan kekurangan fasiliti ini dapat di atasi segera," kata Juslie
sejurus selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan 1,300 unit Komputer 1 Malaysia.
Juslie berkata, peruntukan
Parlimen boleh disalurkan tetapi bukan kepada sekolah berkenaan; sebaliknya
kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan badan-badan NGO lain sahaja bagi
mengelak kecelaruan akauntabiliti kerajaan.
KENANGAN
....Juslie bergambar dengan para penerima Komputer 1Malaysia.
HADIR...
Lebih 3,000 yang hadir untuk memeriahkan majlis dan mendapatkan komputer
1Malaysia.
Tambah Juslie lagi, daripada
jumlah 1,300 unit komputer yang diagehkan itu, 1,150 adalah untuk orang awam
dan selebihnya 150 adalah untuk penunut sekolah menengah berkenaan.
Majlis Penyerahan Komputer 1
Malaysia Peringkat Parlimen Libaran yang diadakan di Dewan SMK Tinusa 1 telah
di hadiri lebih 3,000 orang; 70 peratus daripadanya adalah pengundi kawasan Libaran
yang membabitkan DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga.
Turut hadir pada majlis
tersebut Timbalan Pengarah SKMM negeri Sabah Aaron Tan, Pengetua SMK Tinusa 1
dan pegawai-Pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.
prasarana di sekolah haruslah lengkap bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
ReplyDeletekadang2 vandalisme di kalangan pelajar menyebabkan kerusi,meja dan kemudahan lain pelajar rosak.
ReplyDeleteitu salah satu sebab jg, para pelajar pun perlulah ada nilai sivik dan menjaga kemudahan sekolah dgn baik.
Deletepembetulan.... masalah bukan sejak dua tahun lalu... tetapi bekalan kerusi tersebut yang telah berusia dua tahun.
ReplyDeletesalah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kerosakan kerusi ialah pergerakan kerusi yang terlalu dinamik... tidak ada bekalan kerusi di dewan serbaguna sekolah. sedangkan penggunaan dewan agak aktif... untuk itu pihak sekolah memohon dari YB Datuk Juslie agar dapat memberikan sumbangan kerusi khusus tuk kegunaan dewan dan ini akan dapat mengurangkan kemungkinan kerusi sekolah rosak
Diharap masalah yang dialami di sekolah ini dapat diberi perhatian.
ReplyDeleteSemoga peruntukkan untuk memperbaiki prasarana sekolah akan diberikan.
ReplyDeletememang patut kerajaan memenuhi segala kekurangan di semua sekolah2 di Sabah.. dan para pelajar juga perlu sentiasa diingatkan supaya menjaga peralatan sekolah dengan baik..
ReplyDelete