Saudara Pengarang,
JALAN utama Kampung Ayer di
hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di
media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang
diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah
Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah
ini.
Maka benarlah kata orang
bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang
sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta
bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis;
tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang
aspal.
Jalan yang terletak
bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja
sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai
bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.
Kampung Ayer adalah kampung
tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang
diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari
ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti
mereka telah berhijrah dari kampung ini.
Namun, benarlah kata orang
sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka
dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat
berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG’ adalah tepat.
Jesteru itu saya mewakili penduduk
di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan
lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka
bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.
Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat
baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah
diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet
Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan
Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
Sekian,
Salam Hormat,
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL
SALLEH
keadaaan Semporna yang masih daif menjadi isu hangat pada masa ini.
ReplyDeleteWR Semporna harus bertanggung jawab dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
Deletewakil rakyat Semporna seharusnya membangunkan Semporna, janji2 pada rakyat harus ditunaikan.
ReplyDeleteKegagalan menunaikan janji akan membawa kesan negatif kepada kerajaan terutama PRU semakin dekat.
DeleteKeluar sudah isu kedaifan di Semporna lepas timbul skandal Shafie dan Zahida.
ReplyDeleteThe people representative in semporna must take action immediately to fulfil the promises that were given to the people. Time is running out.
ReplyDeleteBN will need to find a suitable candidate to represent the party- someone more reliable and responsible towards the people.
DeleteSemporna kaya dengan tempat pelancongan dan jadi tumpuan pelancong. Baiki infrastruktur dan sediakan kemudahan secukupnya.
ReplyDeleteMasalah ini mungkin tidak begitu serius sangat. Cuma pembangkang saja sengaja membesarkan isu ini.
ReplyDeleteTidak serius pun kena ambil tindakan. jangan tunggu sehingga mengancam nyawa baru dikatakan serius.
DeleteTindakan wajar harus diambil oleh pihak kerajaan.
ReplyDeletePeruntukan yang diberi perlu dan harus sampai ke tempat yang sepatutnya
DeleteShafiq have other commitment to do.
ReplyDeleteSejak isu skandal tu Semporna semakin popular.
ReplyDeletejalan itu tidak dibaik pulih mungkin sebab masih ada jalan yang lebih teruk dari itu dan lebih memerlukan dana..
ReplyDeletemewar2kan kononnya Shafie memberikan jutaan ringgit kepada Zahida seolah2 isu itu telah dibuktikan benar oleh mahkmah.. tapi sampai sekarang Shafie masih lagi pegang jawatan dalam kabinet.. kenapa perlu diawar2kan isu yang belum diputuskan atau dibuktikan benar??? terdesak??
ReplyDelete