Monday 7 May 2012

NASIB NELAYAN SENTIASA DIBELA



Oleh : SHAIMON S JUMADI

"IZINKAN saya berkongsi sedikit sebanyak tentang objektif penubuhan Program Ihsan Samudera ini supaya kita semua sedar dan lebih menghargai usaha kerajaan dengan pimpinan yang ada sekarang dalam memastikan setiap golongan masyarakat tidak kira di mana juga tinggal, mahupun di setiap pelusuk ceruk mana sekalipun, kerajaan akan sentiasa mempastikan kehidupan dan nasib rakyatnya terus mendapat pembelaaan yang sewajarnya."

Program Ihsan Samudera ini diwujudkan dengan fokus lebih menjurus kepada pelaksanaan program dan aktiviti khidmat masyarakat yang merangkumi pelbagai aspek yang berkonsepkan turun padang dalam usaha untuk mendekati rakyat, sambil menyelami jiwa dan seterusnya membantu sedaya upaya untuk meringankan beban masyarakat setempat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal berkata demikian ketika berucap di majlis Program Ihsan Samudera anjuran bersama IMDB dan Yayasan FELDA di Dewan Masyarakat Semporna, kelmarin.

Kata Shafie program sebegini yang didokong sepenuhnya oleh Yayasan IMBD dengan usahasama Yayasan FELDA dan beberapa agensi kerajaan negeri serta kerajaan Pusat. Antara lain matlamat perlaksanaan program ini adalah untuk member khidmat secara bersepadu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meneruskan usaha kempen gaya hidup sihat di kalangan masyarakat ataupun komuniti di Malaysia.

Di samping itu, kata Shafie, kerajaan juga mengharapkan agar konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) ini dapat dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti perlu secara berkala di kalangan masyarakat.

“Saya difahamkan populasi masyarakat nelayan dan keluarga kini dianggarkan sudah pun mencecah 500 ribu orang dengan 77,820 orang yang telah didaftarkan dan daripada jumlah ini seramai 12,000 orang nelayan datangnya dari daerah Semporna.

"Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti penduduk Semporna ini menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber utama mata pencarian harian dan juga sara hidup dan selain itu pada ketika ini sahaja terdapat 86 Persatuan Nelayan Kawasan yang masih aktif di seluruh negara,” ujar Shafie.

Shafie menambahkata, kewujudan Program Ihsan Samudera ini juga adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan secara khususnya dan memperbaiki gaya hidup masyarakat persisir pantai secara amnya kerana kebanyakan mereka merupakan nelayan tradisional yang berada di bawah paras kemiskinan.

Dalam pada itu, sebanyak 30 unit Enjin Bot berkuasa 15 kuda dan 500 set tali tangsi telah diageh-agehkan kepada nelayan.

Seramai 1,000 Keluarga Isi Rumah juga turut menerima sumbangan dan anak-anak kaum nelayan yang bersekolah rendah seramai 1,890 orang masing-masing menerima bantuan dua pasang kasut sekolah, alat-alat tulis, baju seragam sekolah, beg sekolah dan juga buku tulis.

Manakala murid-murid sekolah rendah juga menerima wang saku RM100 setiap seorang, pemeriksaan mata atau membuat kaca mata percuma serta pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan seramai 15 orang doktor dan peruntukan yang dikendalikan oleh Yayasan 1MDB untuk para nelayan di seluruh negara dianggarkan 1.5 juta.

Turut hadir pada majlis tersebut ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marhaban; Pengarah Program Ihsan Samudera 1MDB Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan Pegawai Daerah (DO) Semporna Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba.

22 comments:

  1. Training program on fishery will be useful for the Semporna folks since most of them depended on fishing for their livelihood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus prihatin rakyat dan sentiasa mendengari keperluan rakyat yang medelita.

      Delete
  2. Hope that the supply of Engine boats will help the local fishermen improve their livelihood.

    ReplyDelete
  3. Bersyukurlah dengan pemberian yang diberi oleh kerajaan. kalau tidak puas hati, bukan tunjuk perasaan dengan demo sampai berlaku huru hara satu negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada segelintar yang tidak menghargai pemberian kerajaan.tau cakap sahaja.

      Delete
  4. These fishermen are blessing to us, we should take notice of them.

    ReplyDelete
  5. their children's education should be taken care of. the standard living should be increased too.

    ReplyDelete
  6. byk bantuan kerajaan telah berikan pada rakyat, rakyat kena hargainya.

    ReplyDelete
  7. Bantuan yang di beri kerajaan sangat di hargai oleh rakyat.

    ReplyDelete
  8. Semoga program yang dianjurkan mencapai matlamat.

    ReplyDelete
  9. Taraf hidup golongan ini terutaman generasi muda harus diberi peluang pendidikan.

    ReplyDelete
  10. Bantuan sebegini sememangnya dapat mengurangk sedikit masalah yang dihadapi oleh para Nelayan. Maka harapan penduduk sepaya merekan akan terus dibela nasib mereka.

    ReplyDelete
  11. Bantuan sebegini sememangnya dapat mengurangk sedikit masalah yang dihadapi oleh para Nelayan. Maka harapan penduduk sepaya merekan akan terus dibela nasib mereka.

    ReplyDelete
  12. Bantuan yang diberi kepada nelayan2 dapat membantu keluar dari garis kemiskinan

    ReplyDelete
  13. Kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat menaikan taraf hidup

    ReplyDelete
  14. saya harap Program Ihsan Samudera ini mampu mencapai objektif mereka dalam mengurangkan jurang pendapatan dan memperbaiki gaya hidup masyarakat persisir pantai..

    ReplyDelete
  15. He said the allocation was meant for poor fishermen from 43 parliamentary constituencies who were eligible to receive the home-repair aid.

    ReplyDelete
  16. Eligible fisherman in the peninsula will be given an allocation up to RM10,000 each, while those in Sabah and Sarawak will receive up to RM12,000 each, to repair their houses.

    ReplyDelete
  17. He said the allocation was meant for poor fishermen from 43 parliamentary constituencies who were eligible to receive the home-repair aid.

    ReplyDelete
  18. The minister said upon completion of the home-repair aid distribution, the government would begin the distribution of the financil aid to help eligible fishermen to build a new house.

    ReplyDelete
  19. An allocation of RM40,000 each will be given to eligible fishermen in the peninsula, while those in Sabah and Sarawak will be given an allocation of RM50,000 each, but they have to meet certain requirements such as having a valid land title for the house.

    ReplyDelete
  20. He also said the government had also approved an allocation of RM20 million for Perak and RM13 million for Perlis to built fishermen housing complex in the states.

    ReplyDelete