Oleh : SHAIMON S JUMADI
"IZINKAN saya berkongsi
sedikit sebanyak tentang objektif penubuhan Program Ihsan Samudera ini supaya
kita semua sedar dan lebih menghargai usaha kerajaan dengan pimpinan yang ada
sekarang dalam memastikan setiap golongan masyarakat tidak kira di mana juga
tinggal, mahupun di setiap pelusuk ceruk mana sekalipun, kerajaan akan sentiasa
mempastikan kehidupan dan nasib rakyatnya terus mendapat pembelaaan yang
sewajarnya."
Program Ihsan Samudera ini diwujudkan
dengan fokus lebih menjurus kepada pelaksanaan program dan aktiviti khidmat
masyarakat yang merangkumi pelbagai aspek yang berkonsepkan turun padang dalam
usaha untuk mendekati rakyat, sambil menyelami jiwa dan seterusnya membantu
sedaya upaya untuk meringankan beban masyarakat setempat.
Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal berkata demikian ketika berucap
di majlis Program Ihsan Samudera anjuran bersama IMDB dan Yayasan FELDA di
Dewan Masyarakat Semporna, kelmarin.
Kata Shafie program sebegini
yang didokong sepenuhnya oleh Yayasan IMBD dengan usahasama Yayasan FELDA dan
beberapa agensi kerajaan negeri serta kerajaan Pusat. Antara lain matlamat
perlaksanaan program ini adalah untuk member khidmat secara bersepadu dan
melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meneruskan usaha kempen
gaya hidup sihat di kalangan masyarakat ataupun komuniti di Malaysia.
Di samping itu, kata Shafie,
kerajaan juga mengharapkan agar konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long
learning) ini dapat dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti perlu secara
berkala di kalangan masyarakat.
“Saya difahamkan populasi
masyarakat nelayan dan keluarga kini dianggarkan sudah pun mencecah 500 ribu
orang dengan 77,820 orang yang telah didaftarkan dan daripada jumlah ini
seramai 12,000 orang nelayan datangnya dari daerah Semporna.
"Ini jelas menunjukkan
bahawa majoriti penduduk Semporna ini menjalankan aktiviti perikanan sebagai
sumber utama mata pencarian harian dan juga sara hidup dan selain itu pada
ketika ini sahaja terdapat 86 Persatuan Nelayan Kawasan yang masih aktif di
seluruh negara,” ujar Shafie.
Shafie menambahkata,
kewujudan Program Ihsan Samudera ini juga adalah bertujuan untuk mengurangkan
jurang pendapatan secara khususnya dan memperbaiki gaya hidup masyarakat
persisir pantai secara amnya kerana kebanyakan mereka merupakan nelayan
tradisional yang berada di bawah paras kemiskinan.
Dalam pada itu, sebanyak 30 unit
Enjin Bot berkuasa 15 kuda dan 500 set tali tangsi telah diageh-agehkan kepada
nelayan.
Seramai 1,000 Keluarga Isi
Rumah juga turut menerima sumbangan dan anak-anak kaum nelayan yang bersekolah
rendah seramai 1,890 orang masing-masing menerima bantuan dua pasang kasut
sekolah, alat-alat tulis, baju seragam sekolah, beg sekolah dan juga buku
tulis.
Manakala murid-murid sekolah
rendah juga menerima wang saku RM100 setiap seorang, pemeriksaan mata atau
membuat kaca mata percuma serta pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan seramai
15 orang doktor dan peruntukan yang dikendalikan oleh Yayasan 1MDB untuk para
nelayan di seluruh negara dianggarkan 1.5 juta.
Turut hadir pada majlis
tersebut ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marhaban; Pengarah Program Ihsan Samudera
1MDB Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan Pegawai Daerah (DO) Semporna Mohd Ibnu
Abdul Kadir Baba.
Training program on fishery will be useful for the Semporna folks since most of them depended on fishing for their livelihood.
ReplyDeleteKerajaan harus prihatin rakyat dan sentiasa mendengari keperluan rakyat yang medelita.
DeleteHope that the supply of Engine boats will help the local fishermen improve their livelihood.
ReplyDeleteBersyukurlah dengan pemberian yang diberi oleh kerajaan. kalau tidak puas hati, bukan tunjuk perasaan dengan demo sampai berlaku huru hara satu negara.
ReplyDeleteAda segelintar yang tidak menghargai pemberian kerajaan.tau cakap sahaja.
DeleteThese fishermen are blessing to us, we should take notice of them.
ReplyDeletetheir children's education should be taken care of. the standard living should be increased too.
ReplyDeletebyk bantuan kerajaan telah berikan pada rakyat, rakyat kena hargainya.
ReplyDeleteBantuan yang di beri kerajaan sangat di hargai oleh rakyat.
ReplyDeleteSemoga program yang dianjurkan mencapai matlamat.
ReplyDeleteTaraf hidup golongan ini terutaman generasi muda harus diberi peluang pendidikan.
ReplyDeleteBantuan sebegini sememangnya dapat mengurangk sedikit masalah yang dihadapi oleh para Nelayan. Maka harapan penduduk sepaya merekan akan terus dibela nasib mereka.
ReplyDeleteBantuan sebegini sememangnya dapat mengurangk sedikit masalah yang dihadapi oleh para Nelayan. Maka harapan penduduk sepaya merekan akan terus dibela nasib mereka.
ReplyDeleteBantuan yang diberi kepada nelayan2 dapat membantu keluar dari garis kemiskinan
ReplyDeleteKerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat menaikan taraf hidup
ReplyDeletesaya harap Program Ihsan Samudera ini mampu mencapai objektif mereka dalam mengurangkan jurang pendapatan dan memperbaiki gaya hidup masyarakat persisir pantai..
ReplyDeleteHe said the allocation was meant for poor fishermen from 43 parliamentary constituencies who were eligible to receive the home-repair aid.
ReplyDeleteEligible fisherman in the peninsula will be given an allocation up to RM10,000 each, while those in Sabah and Sarawak will receive up to RM12,000 each, to repair their houses.
ReplyDeleteHe said the allocation was meant for poor fishermen from 43 parliamentary constituencies who were eligible to receive the home-repair aid.
ReplyDeleteThe minister said upon completion of the home-repair aid distribution, the government would begin the distribution of the financil aid to help eligible fishermen to build a new house.
ReplyDeleteAn allocation of RM40,000 each will be given to eligible fishermen in the peninsula, while those in Sabah and Sarawak will be given an allocation of RM50,000 each, but they have to meet certain requirements such as having a valid land title for the house.
ReplyDeleteHe also said the government had also approved an allocation of RM20 million for Perak and RM13 million for Perlis to built fishermen housing complex in the states.
ReplyDelete