Thursday 10 May 2012

PERUNTUKAN PARLIMEN BEAUFORT DISEKAT?




Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID


AHLI PARLIMEN Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan rasa kesal dan kecewanya atas tindakan beberapa pihak yang menyekat peruntukan Parlimen yang diperuntukan di kawasan beliau yang sehingga kini gagal disalurkan.

Katanya, sepatutnya peruntukan yang telah pun disediakan oleh kerajaan kepada setaip ahli Parlimen di negeri ini telahpun dikeluarkan bagi membolehkan permohonan projek-projek pembangunan yang dminta oleh rakyat dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Sehingga sekarang (bulan April) kita belum menerima sebarang peruntukan tersebut, sedangkan kita maklum ianya telahpun disediakan oleh kerajaan untuk diageh-agehkan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keperluan rakyat sebagaimana senarai permohonan projek pembangunan yang perlu diberikan keutamaan untuk dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Juara Rakyat dan Hari Keluarga PIBG Gerakan Daya Wawasan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Temporong di Kuala Penyu baru-baru ini.

Difahamkan setiap Kawasan Parlimen menerima lebih dari RM 1 juta setiap tahun khususnya untuk membayai perlaksanaan projek pembangunan di kawasan yang mereka wakili dan negeri Sabah peruntukan tersebut disalurkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah untuk diageh-agehan mengikut kawasan Parlimen di negeri ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kelewatan menyalurkan peruntukan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat gagal diambil tindakan segara untuk dilaksanakan menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu, terkilan dan melahirkan rasa marah mereka kepada pemimpin.

"Perlu diingat peruntukan tersebut bukan untuk kegunaan peribadi pemimpin melainkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan rakyat" katanya.

Beliau yang tidak memahami kenapa berlaku kelewatan menyediakan peruntukan di kawasan Parlimen Beaufort sedangkan di lain-lain kawasan Parlimen telah pun disalurkan berharap pihak yang berkenaan lebih profesional dan proaktif menangani kelewatan tersebut.

Ketika diajukan pertanyaan berhubung dengan pelbagai spekulasi yang mengaitkan beliau akan menyertai parti lain termasuk dalam beberapa siri ucapannya yang dilabelkan sebagai mengkritik kerajaan, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau adalah wakil rakyat BN yang mewakili rakyat untuk menyampaikan masalah rakyat .

"Saya bukan wakil rakyat dari parti pembangkang kenapa perlu ada sekatan terhadap peruntukan di kawasan Parlimen saya, perlu saya tegaskan kita akan menghadapi pilihanraya Umum ke 13. Kelewatan kita mengatasi masalah terutamanya dalam memenuhi keperluan pembangunan rakyat akan turut menjejaskan reputasi BN," tegas Lajim.

Tambahnya Slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" perlu dihayati bukan sahaja oleh pemimpin, bahkan oleh jabatan serta pegawai kerajaan sebagai pelaksana di peringkat bawahan."

"Jangan sampai rakyat melahirkan protes mereka terhadap tuntutan keperluan pembangunan yang mereka harapkan dari kerajaan selama ini, sehingga mereka beralih arah dalam pilihanraya umum akan datang yang boleh menjejaskan kredibiliti pemimpin dan kerajaan," katanya.

(NOTA PENULIS: Semoga Kenyataan Lajim ini diambil serius oleh semua pihak khususnya kerajaan, kerana jika tidak, maka rakyat menderita dan pilihanraya pasti dijadikan medan oleh rakyat untuk melepaskan rasa tidak puas hati sebagaimana berlaku pada PRU 12 pada Mac 2008 apabila BN tewas di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan.)

15 comments:

  1. Hopefully the State Government will give attention to the restriction of funds on Beaufort district. Developments need to go on especially when nearing the next General Elections.

    ReplyDelete
  2. All People's Representatives needs fulfill their responsibility to the people under their leadership so that they will regain the people's support come the next general elections.

    ReplyDelete
  3. "Saya bukan wakil rakyat dari parti pembangkang kenapa perlu ada sekatan terhadap peruntukan di kawasan Parlimen saya,"

    Adakah ini bermakna bahawa sekatan akan berlaku jika kawasan itu diwakili oleh pembangkang?

    ReplyDelete
  4. Segerakan pemberian peruntukan sebelum isu ini semakin dikontrovesikan oleh pihak pembangkang. Beri penjelasan kenapa kelewatan ini berlaku untuk elak salah faham.

    ReplyDelete
  5. setiap kawasan mmg ada peruntukkannya, ia seharusnya digunakan dgn baik, peruntukan tambahan boleh diminta jika perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan harus sampai waktunya yang telah diperuntukan..

      Delete
  6. takkan tiada peruntukan langsung, mesti ada juga diberikan, gunakan peruntukan yang ada dgn baik.

    ReplyDelete
  7. Elakkan pembaziran peruntukan yang diberi.

    ReplyDelete
  8. Kenapa disekat? Harus memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  9. "Saya bukan wakil rakyat dari parti pembangkang kenapa perlu ada sekatan terhadap peruntukan di kawasan Parlimen saya"

    Harus membuat yang terbaik untuk setiap bandar untuk pembangunan yang lebih seimbang.

    ReplyDelete
  10. Jika peruntukan tidak sampai ke tangan pada masa yang tepat, masalah akan terjadi-jadi sebab pembangunan masih berterusan.

    ReplyDelete
  11. Pasti ada pihak mengambil kesempatan. Harus disiasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan mungkin perlu, mungkin ada beberapa tempat juga berlaku perkara yang sama

      Delete
  12. Perkara ini perlu diselesaikan sebaiknya. Mungkin ada kesilapan yang berlaku.

    ReplyDelete
  13. siapa yang berkuasa sekat peruntukkan?? kenapa tidak laporkan terus kepada menteri2 persekutuan atau Najib??

    ReplyDelete