SUMBANGAN....Najib
(tengah) memaparkan cek replika bagi sumbangan RM1.6 bilion yang dikatakan 'durian
runtuh' untuk peneroka Felda.
PORT DICKSON : Pemberian 'durian
runtuh' sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka Felda adalah bagi
menghargai pengorbanan mereka memajukan tanah rancangan agensi itu.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad berkata kehidupan peneroka Felda dahulu sebenarnya dalam
keadaan sukar semasa mereka mula meneroka tanah rancangan itu termasuk semasa
harga kelapa sawit dan getah rendah.
“Masa itu susah tetapi
mereka masih lagi bertahan. Cuba bayangkan semasa susah itu, semua peneroka ini
lari meninggalkan Felda... Felda (mungkin) tidak akan ada. Oleh itu, menerusi
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), kita memperoleh lebihan dan
sebahagian kecil itu kita pulangkan semula kepada peneroka,” katanya kepada
pemberita pada majlis penyampaian baucar bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) peringkat daerah Port Dickson, hari ini.
Dua hari lepas, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh RM15,000 untuk setiap
peneroka membabitkan lebih RM1.6 bilion serta beberapa insentif lain berikutan
penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, hujung bulan depan.
Mengenai dakwaan pembangkang
bahawa pemberian durian runtuh itu merupakan helah politik Barisan Nasional
(BN), Mohd Isa berkata perkara itu satu pembohongan dan tuduhan yang tidak
betul.
Katanya pembangkang membuat
dakwaan tersebut kerana bimbang sokongan rakyat terhadap mereka semakin
menurun.
“Pembangkang ini
macam-macam... sebenarnya dia tidak dapat memberi apa-apa sebab itu dia hanya
membuat pembohongan dan dakwaan yang tidak betul. Ada yang sebut pemberian
durian runtuh ini rasuah, kalau rasuah selalunya dibuat senyap-senyap. Tetapi
ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011.
“Macam mana ada rasuah kalau
7 Oktober 2011 Perdana Menteri telah umumkan semasa pembentangan bajet, kita
nak beri durian runtuh... itu bukan rasuah,” katanya.
Beliau menasihatkan
masyarakat peneroka supaya tidak terpedaya dengan dakwaan pembangkang yang cuba
mengelirukan pemikiran mereka.
“Harapan saya supaya
peneroka tidak dijadikan alat dengan gambaran yang hebat tapi sebenarnya tidak
ada apa,” katanya bahawa tanpa pemberian durian runtuh itu, Felda tetap
merupakan kubu kuat BN sejak dulu. (Bernama)
This is not meant to bribe the Felda Settlers because the money rightfully belong to them anyway. Congratulations for the settlers who will be getting RM15,000 in 3 phases soon.
ReplyDeleteFelda Settlers have gotten a profit of RM1.6 bilion this year, hopefully the Felda settlers will continue to get this sort of achievements in the future.
ReplyDeleteSikit2 tuduh rasuah. Patut bergembira la dengan nasib peneroka yang mendapat bayaran ini. Usaha mereka akhirnya berbaloi.
ReplyDeleteDiharap Felda sentiasa berusaha membela nasib peneroka dan bersihkan imej mereka daripada isu2 negatif.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa berusaha membantu Felda untuk membela nasib peneroka
Deletemmg ia bukan rasuah, ia adalah sumbangan kepada peneroka Felda atas jasa mereka terhadap Felda.
ReplyDeletePembangkang pasti akan mengambil peluang dalam memutar belitkan kenyataan yang bersih.
DeleteIni satu hadiah yang besar kepada warga Felda. Ini atas usaha Felda yang dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara.
ReplyDeletesyabas kepada Felda dan juga kerajaan pimpinan Najib..
ReplyDeletebermakna dakwaan pemimpin2 pembangkang kononnya penyenaraian FGVH ke bursa Malaysia akan merugikan para peneroka ternaya meleset.. sebaliknya membawa keuntungan kepada para peneroka..
ReplyDelete