Wednesday, 2 May 2012

RM40 JUTA BINA SEMULA KLINIK NABAWAN




NABAWAN: Klinik Kesihatan Daerah Nabawan Jenis 4, yang terbengkalai tahun lalu kini dibina semula bermula Jun ini dan dinaiktaraf menjadi Mini Hospital yang bernilai lebih kurang RM40 juta berbanding sebelum ini RM30 juta.

Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Liow Tiong Lai berkata, menaik taraf Klinik Jenis 4 itu kepada Mini Hospital akan memberi kemudahan kepada lebih 32,000 penduduk di daerah ini.

Katanya, Klinik Kesihatan Jenis 4 daerah itu tidak dapat disiapkan pada musim lalu kerana kontraktor yang dipilih gagal melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti yang dikehendaki.

“Bagaimanapun penduduk di daerah ini boleh bernafas lega apabila ia dibina semula dan sekali gus di naik taraf sebagai,” katanya semasa berucap dalam rangka lawatan kerja di tapak pembinaan Mini Hospital itu kelmarin.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat peka dengan isu kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi seluruh rakyat di negara ini terutamanya dari segi peralatan dan rawatan yang berkualiti serta tidak membebankan kos.

“Berikutan dengan naik taraf sebagai Mini Hospital sudah tentu kemudahannya akan bertambah dan bilangan doktor dan kakitangan juga akan ditambah,” katanya.

Katanya, pembinaan Mini Hospital yang kini dibina oleh pemaju berwibawa di kawasan Pedalaman itu dijangka akan siap dalam tempoh 15 bulan.

Liow turut meminta kerjasama dari semua pihak terutama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan agar perjalanan kerja-kerja pembinaan Mini Hospital itu dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Hadir sama Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey A Suan, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Ibrahim, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Edward Kok Hai dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Kerja Kesihatan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Azman Abdul Manaf, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sementara itu, di Hospital Keningau, Menteri Kesihatan itu meluluskan peruntukan pembelian mesin Ultra Sound bernilai RM400,000 dan empat buah mesin Hemodiolisis bernilai lebih kurang RM160,000 bagi menambah kemudahan hospital berkenaan.

Di Keningau, Liow disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pengarah Hospital Keningau, Dr. Adnan Musa Balidran dan pemimpin-pemimpin parti komponen di kawasan ini.

Dalam masa yang sama, Liow merasmikan Farmasi Pandu Lalu Hospital Keningau yang memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan ubat.

Liow berkata, dalam sistem Farmasi Pandu Lalu, para pesakit boleh mendapatkan ubat melalui pesanan telefon dan SMS.

Katanya, selain Farmasi Pandu Lalu, para pesakit juga boleh mendapatkan ubat melalui pos.

34 comments:

  1. Pemilihan kontraktor amat penting agar projek tidak terbengkalai dan sebabkan kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek terbangkalai merugikan, moga projek ini dpt disiapkan segera.

      Delete
    2. Ini berkemungkinan satu kelemahan semasa dalam pemilihan kontraktor.

      Delete
  2. Pengurusan yang tidak baik menyebabkan pembaziran wang dan masa.

    ReplyDelete
  3. Kontraktor yang gagal menguruskan projek dengan baik harus dikenakan denda atau tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree, those contractors who failed to complete the project as agreed in the contract should be fined and pay compensation for wasting the people's time and money.

      Delete
  4. "dalam sistem Farmasi Pandu Lalu, para pesakit boleh mendapatkan ubat melalui pesanan telefon dan SMS."

    Syabas dan semoga sistem baru ini mendapat sambutan dan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit.

    ReplyDelete
  5. Semoga projek pembangunan ini dapat habis mengikut jadual.

    ReplyDelete
  6. Hopefully this project will be completed as planned, this hospital will benefit the 32,000 citizens in the Nabawan district.

    ReplyDelete
  7. Elakkan pembaziran terutama kontraktor yang tidak bertanggung jawab harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  8. Projek yang tergendala harus dipercepatkan kerjanya.

    ReplyDelete
  9. Kontraktor yang gagal menguruskan projek harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  10. Hospital Keningau, Menteri Kesihatan itu meluluskan peruntukan pembelian mesin Ultra Sound bernilai RM400,000 dan empat buah mesin Hemodiolisis bernilai lebih kurang RM160,000 bagi menambah kemudahan hospital berkenaan.

    Terbukti kerajaan mengambil berat dan memberi perkhidmatan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap klinik tu dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekitar.

      Delete
  11. Kerajaan sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Usaha ini harus berterusan.

    ReplyDelete
  12. Kontraktor harus sentiasa memastikan projek diuruskan dengan baik dan habis dlm tempoh.

    ReplyDelete
  13. Semoga peruntukkan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan klinik nabawan ini.

    ReplyDelete
  14. Peruntukan yang diberi harus digunakan sebaik mungkin untuk projek tu

    ReplyDelete
  15. ada apa2 tindakan dikenakan terhadap pihak kontraktor yang gagal?? sepatutnya kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mana2 kontraktor yang gagal melaksanakan projek2 kerajaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The contractors that failed to do their job should be blacklisted,fine and sentence to jail for few years. They are consider a fraud and should be punished heavily.

      Delete
  16. apa2pun saya harap projek mini hospital ini dapat dijalankan tanpa menghadapi sebarang masalah samada terbengkalai atau tertunda..

    ReplyDelete
  17. In order for this project to work, the government must ensure that the appointed contractors is doing their job and not delaying their work.

    ReplyDelete
  18. Ministry of Health Malaysia is deeply committed to improving the quality of health services in the State.

    ReplyDelete
  19. Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, said various measures are being implemented to achieve the goal of providing better service to the people of Sabah.

    ReplyDelete
  20. She added that among the steps to improve the quality of health services would be the deployment of family health specialists in health clinics.

    ReplyDelete
  21. Health services in various health clinics have been enhanced with the deployment of family health specialist. At the present moment, there are 13 family health specialist emplaced in health clinics in Telupid, Beluran, Lahad Datu, Semporna, Menggatal, Luyang, Penampang, Putatan, Sandakan, Tamparuli, Tuaran, Apin-Apin, Keningau; Nabawan, Beaufort and Apas Balung, Tawau.

    ReplyDelete
  22. She disclosed that the emplacement of family health specialist had contributed to the improvement in the quality of clinical services.

    ReplyDelete
  23. This is beneficial to the community where the health clinics operate because patients received quality treatment and counseling which is efficient and effective.

    ReplyDelete
  24. Patients would not be required to be referred to the hospital and thus reduce the costs incurred by the patient.

    ReplyDelete
  25. Rosnah added that the Medical Department, Sabah plans to put at least one family health specialist in areas that do not have one as in Tawau, Kunak, Beluran, Kudat, Pitas, Tenom and Kinabatangan by the year 2013. She said this in a statement here yesterday.

    ReplyDelete
  26. According to Rosnah for Sabah, until today, six 1Malaysia Clinics (K1M) are fully operational with two in Penampang (in Bundusan Square and Taman Ketiau), one in Taman Pengalat Besar in Papar, one in Bandar Sri Indah in Tawau district, one at Maju Shopping Centre in Kudat district and one in Taman Sri Rugading Tuaran district.

    ReplyDelete
  27. She disclosed that another clinic is in the process of being set up in Marudu district. For the information of all, there are actually two 1Malaysia Clinics operating in 2010, which is in Sulaman Central, Kota Kinabalu and another at Bandar Leila, Sandakan that is now being upgraded to a health clinic because of the increasing number of patients coming for treatment at the clinics.

    ReplyDelete
  28. With the upgrade to the status of health clinic, a medical officer would be stationed at each of the clinics. For the year 2012, the Ministry of Health will establish 13 1Malaysia clinics in Sabah, of which six will be in Kota Kinabalu district, 2 in Penampang district, 2 in Sandakan and one each in Beaufort, Tawau and Keningau.

    ReplyDelete
  29. If the plan to create 1Malaysia clinics materialize, Sabah will have 20 1Malaysia clinics making it the state with the most numbers of 1Malaysia clinics in Malaysia.

    ReplyDelete