Saturday 5 May 2012

TIADA PEMIMPIN UMNO PEDULIKAN MEREKA?






TERIMA KASIH....Intan menerima wang ehsan daripada Nazmah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

ATAS keprihatinan terhadap mangsa rumah roboh di Kampung Bangau-Bangau, DUN Senallang yang masalah mereka tidak pernah diambil tahu oleh Wakil Rakyatnya, telah menerima bantuan dapur dan wang tunai daripada Ketua Sri Kandi  PKR Cabang Semporna, kelmarin.

Ketuanya, Nazmahwati Walli yang ditemani oleh beberapa orang Jawatankuasa Cabang PKR dan Pengarah Jentera Pilihanraya ke 13 Semporna Semporna telah menyampaikan bantuan tersebut kepada Sarbina Bti Tamban yang tinggal di sebuah rumah yang saling tak tumpah seperti reban ayam di kampung yang sama.

Menurut Sarbina, dia tinggal di kampung Bangau-Bangau sejak di zaman British lagi sehinggalah sekarang tetapi tidak pernah mendapat pembelaan daripada mana-mana pihak, termasuk UMNO.

Beliau yang kini berusia lebih 56 tahun telah dikurniakan 5 orang anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya di samping mempunyai cucu seramai 6 orang.

Dalam kenyataannya kepada Sabahkini.Net, Nazmah antara lain menjelaskan tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah sebagai amal jariah PKR kepada golongan daif yang memerlukan bantuan, sekadar untuk meringan sedikit bebanan hidup.

Nazmah kemudian melawat ke Kampung Pulau Labuan Haji di DUN Sulabayan, hanya 20 minit perjalanan dengan menggunakan bot laju.




SUMBANG....Nazmah memberi sumbangan keperluan dapur kepada Sarbina.


Dalam lawatan mengejut ke kampung berkenaan, Nazmah terus pergi ke rumah seorang wanita kurang upaya berumur 80 tahun untuk menyerahkan bantuan dapur dan wang tunai.

Warga Emas itu, Intan Laujiani yang lumpuh sejak 10 tahun lalu juga tidak mendapat pembelaan daripada mana-mana pihak dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) juga turut menolak permohonannya untuk mendapatkan bantuan dengan alasan menjengkelkan iaitu 'tidak memenui syarat'.

Kata Nazmah, keadaan kehidupan keluarga tersebut semakin hari semakin terhimpit namun tiada sesiapa yang mahu ambil tahu, termasuk Wakil Rakyat Sulabayan dan Ahli Parlimen Semporna kerana masing-masing sibuk menanam pengaruh dan mengaut kekayaan untuk diri sendiri.

13 comments:

  1. harap PKR ikhlas dalam memberikan bantuan.

    ReplyDelete
  2. Bantu bukan atas dasar politik tapi keprihatinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU13 hampir menjelang, ramai pula yang prihatin.

      Delete
  3. Kerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakil rakyat harus rajin turun padang dan melawat penduduk di kawasannya.

      Delete
  4. Kerajaan harus ikhlas untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. WR harus bertanggung jawab kepada rakyat yang memberi sokongan kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. Ini juga kelemahan yang mengabaikan keperluan rakyat yang betul-betul memerlukannya.

    ReplyDelete
  7. WR yang tidak bertanggungjawab harus disingkirkan.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana memberikan bantuan kepada penduduk. Harap wakil rakyat yang terpilih akan datang dan turun padang melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  9. benarkah tidak ada pemimpin umno yang pedulikan mereka?? Nazmahwati yang melompat keluar dari umno ke PKR patut sedar bahawa pemimpin2 BN Sabah bertungkus lumus membantu rakyat yang benar2 memerlukan bantuan..

    ReplyDelete
  10. sekiranya Nazmahwati berjaya menjadi calon untuk kawasan itu, adakah beliau akan mempunyai masa untuk berjumpa seorang demi seorang untuk mengetahui masalah mereka??

    ReplyDelete
  11. dimana letaknya keikhlasan Nazmawati untuk membantu rakyat sekiranya setiap penerima bantuan itu akan diarahkan untuk mengucapkan sepatah dua kata yang bunyinya mengutuk, memaki dan menghina pemimpin2 parti lawan??

    ReplyDelete