TERIMA KASIH....Intan menerima wang
ehsan daripada Nazmah.
Oleh
: SHAIMON S JUMADI
ATAS
keprihatinan terhadap mangsa rumah roboh di Kampung Bangau-Bangau, DUN
Senallang yang masalah mereka tidak pernah diambil tahu oleh Wakil Rakyatnya,
telah menerima bantuan dapur dan wang tunai daripada Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, kelmarin.
Ketuanya,
Nazmahwati Walli yang ditemani oleh beberapa orang Jawatankuasa Cabang PKR dan
Pengarah Jentera Pilihanraya ke 13 Semporna Semporna telah menyampaikan bantuan
tersebut kepada Sarbina Bti Tamban yang tinggal di sebuah rumah yang saling tak
tumpah seperti reban ayam di kampung yang sama.
Menurut
Sarbina, dia tinggal di kampung Bangau-Bangau sejak di zaman British lagi
sehinggalah sekarang tetapi tidak pernah mendapat pembelaan daripada mana-mana
pihak, termasuk UMNO.
Beliau
yang kini berusia lebih 56 tahun telah dikurniakan 5 orang anak hasil
perkongsian hidup dengan arwah suaminya di samping mempunyai cucu seramai 6
orang.
Dalam
kenyataannya kepada Sabahkini.Net, Nazmah antara lain menjelaskan tujuan
memberikan sumbangan tersebut adalah sebagai amal jariah PKR kepada golongan daif
yang memerlukan bantuan, sekadar untuk meringan sedikit bebanan hidup.
Nazmah
kemudian melawat ke Kampung Pulau Labuan Haji di DUN Sulabayan, hanya 20 minit perjalanan
dengan menggunakan bot laju.
SUMBANG....Nazmah memberi sumbangan
keperluan dapur kepada Sarbina.
Dalam
lawatan mengejut ke kampung berkenaan, Nazmah terus pergi ke rumah seorang
wanita kurang upaya berumur 80 tahun untuk menyerahkan bantuan dapur dan wang
tunai.
Warga
Emas itu, Intan Laujiani yang lumpuh sejak 10 tahun lalu juga tidak mendapat
pembelaan daripada mana-mana pihak dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
(JPKAS) juga turut menolak permohonannya untuk mendapatkan bantuan dengan
alasan menjengkelkan iaitu 'tidak memenui syarat'.
Kata Nazmah, keadaan
kehidupan keluarga tersebut semakin hari semakin terhimpit namun tiada sesiapa yang
mahu ambil tahu, termasuk Wakil Rakyat Sulabayan dan Ahli Parlimen Semporna
kerana masing-masing sibuk menanam pengaruh dan mengaut kekayaan untuk diri
sendiri.
harap PKR ikhlas dalam memberikan bantuan.
ReplyDeleteBantu bukan atas dasar politik tapi keprihatinan.
ReplyDeletePRU13 hampir menjelang, ramai pula yang prihatin.
DeleteKerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat.
ReplyDeletewakil rakyat harus rajin turun padang dan melawat penduduk di kawasannya.
DeleteKerajaan harus ikhlas untuk rakyat.
ReplyDeleteWR harus bertanggung jawab kepada rakyat yang memberi sokongan kepada mereka.
ReplyDeleteIni juga kelemahan yang mengabaikan keperluan rakyat yang betul-betul memerlukannya.
ReplyDeleteWR yang tidak bertanggungjawab harus disingkirkan.
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberikan bantuan kepada penduduk. Harap wakil rakyat yang terpilih akan datang dan turun padang melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk.
ReplyDeletebenarkah tidak ada pemimpin umno yang pedulikan mereka?? Nazmahwati yang melompat keluar dari umno ke PKR patut sedar bahawa pemimpin2 BN Sabah bertungkus lumus membantu rakyat yang benar2 memerlukan bantuan..
ReplyDeletesekiranya Nazmahwati berjaya menjadi calon untuk kawasan itu, adakah beliau akan mempunyai masa untuk berjumpa seorang demi seorang untuk mengetahui masalah mereka??
ReplyDeletedimana letaknya keikhlasan Nazmawati untuk membantu rakyat sekiranya setiap penerima bantuan itu akan diarahkan untuk mengucapkan sepatah dua kata yang bunyinya mengutuk, memaki dan menghina pemimpin2 parti lawan??
ReplyDelete