Saudara
Pengarang,
KEHADIRAN
ramai rakyat Sabah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur membanggakan saya kerana
mereka sanggup berhijrah mencari pengalaman dan bekerja sebagai 'Tukang Urut'
di puluhan Pusat Urut Refleksologi di Bintang Walk yang dibuka 24 jam.
Sejak
dua tahun lalu, saya sering mengunjungi Pusat Urut berkenaan bersama keluarga
untuk mendapatkan perkhidmatan refleksologi di sebuah Pusat Urut yang terkenal
dan salah satu yang tertua di Bukit Bintang.
Malangnya,
baru-baru ini, seorang Tukang Urut Lelaki daripada Sabah (gambar) telah
mengambil kesempatan meraba peha dan pangkal peha dengan memasukkan tangannya
di bawah tuala yang diletakkan di atas peha saya ketika saya hampir terlelap.
Ketika
diurut, saya mengenakan seluar pendek yang disediakan oleh Pusat Urut berkenaan
agar mudah diurut dan bukannya untuk memberi kesempatan kepada Tukang Urut
meraba saya.
Saya
mengadu kepada suami yang juga terlelap kerana diurut oleh salah seorang Tukang
Urut daripada Sandakan, tetapi Tukang Urut 'Miang' berkenaan menafikan beliau
meraba saya, tetapi mengakui 'terpegang' atas peha saya dengan berlapik tuala yang disediakan Pusat Urut tersebut.
MENGELAK.....Tukang urut miang ini cuba mengelak
gambarnya dirakam dengan telefon bimbit selepas kemiangan disedari saya.
Persoalannya,
kenapa Urut Tapak Kaki boleh sampai ke Peha dan Pangkal Peha? Bukankah
Refleksologi hanya sampai ke lutut sahaja, melainkan jika diminta oleh
pelanggan sampai ke atas lutut? Saya lantas meminta Tukang Urut Miang itu berhenti mengurut saya 20 minit lebih awal kerana tidak selesa diperlakukan sedemikian rupa.
Sejak
dua tahun lalu, tidak pernah ada Tukang Urut yang kurang ajar seperti Tukang
Urut ini yang cuba membela diri dengan meminta saya menonton rakaman CCTV.
Malangnya Pemilik Pusat Urut berkenaan agak temberang dan hampir bertengkar
dengan suami saya yang bercadang untuk membuat laporan polis.
Setelah
pertengkaran kecil tersebut reda, kami dibenarkan menonton CCTV yang dipasang
di Premis Urut berkenaan, namun gagal melihat 'Aksi Miang' Tukang Urut tersebut
kerana lokasinya terlindung; seolah-olah CCTV hanya menjadi hiasan atau mainan
kanak-kanak.
Saya
bukanlah jenis cerewet kerana sering mengamalkan kesaksamaan gender dan suami
mengizinkan saya diurut oleh Tukang Urut 'lelaki' disebabkan kebanyakan Tukang
Urut Wanita hanya 'amatur' dan bukannya professional.
Sehubungan
itu, saya menggesa agar Pusat Urut berkenaan mengetatkan Kod Etika dengan tidak
membenarkan Tukang Urut memegang bahagian lutut ke atas melainkan tapak kaki
dan betis.
CCTV
hendaklah dipasang di sudut yang jelas dan bukannya terselindung oleh bangku,
penghadang atau langsir bagi memastikan tidak ada Tukang Urut Miang membuli
pelanggan yang mungkin terlelap ketika diurut.
Malah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga hendaklah memastikan semua Tukang Urut
mendapat latihan secukupnya bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan di
atas kelonggaran penguatkuasaan.
Kepada
Tukang Urut Miang, walaupun anda tidak mengaku dan dibela oleh CCTV hiasan majikan
anda, tetapi CCTV Tuhan tidak pernah padam. Hukum karma pasti akan menimpa
anda. Jika tidak kepada anak isteri, mungkin kepada cucu cicit anda. Bertaubatlah!
Jangan
malukan rakyat Sabah kerana saya mengganggap semua rakyat Sabah yang berhijrah
daripada Sabah untuk menyara kehidupan mereka adalah DUTA yang perlu menjaga
nama baik dan imej rakyat Sabah yang sopan dan berbudi bahasa.
Salam
Hormat,
MANGSA
BULI REFLEKSOLOGI
lain kali jgn pakai seluar pendek.. pakailah seluar panjang.
ReplyDeletehaha..lagi bagus jangan minta urut.beli saja mesin urut.
DeleteApalah guna CCTV kalau begitu??
ReplyDeleteKebenaran tidak pasti lagi susah juga mahu percaya kalau kita tidak nampak sendiri.
ReplyDeletesentimen kenegerian tu peperempuan. Mungkin dia mengigau tu.
DeleteKnapa hari tu Terus tak mahu repot saja sedangkan Ada CCTV .lagipun you punya suami Ada d sebelah you.lagipun you nak Cakap dekat sini.siapa nak pcaya you. Knapa org ramai d sekeliling you pun dia nak raba..kalau say nak Percaya mana pergi bukti video tu yg you rakam tempoh hari.,
ReplyDelete"kebanyakan Tukang Urut Wanita hanya 'amatur' dan bukannya professional".
ReplyDeleteAda juga tukang urut wanita, kenapa sendiri pun gatal juga mengizinkan lelaki yang mengurut.
nasihat kepada semua wanita, gunalah khidmat tukang urut wanita.. kalau tidak ada tukang urut wanita, tidak payah la berurut..
ReplyDeletebagaimana jika benar tukang urut itu tidak bersalah?? bukankah pengadu telahpun 'menghukum' beliau dengan mengaibkan nama beliau beserta dengan gambar beliau melalui media??
ReplyDelete