Thursday 21 June 2012

AIRASIA TIDAK ANJUR LOTERI, BAUCER





AIRASIA berkata ia tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran sebarang program loteri atau baucer.

"Kami mendapat tahu bahawa orang ramai dan penumpang kami telah menerima emel yang menjemput mereka mengambil bahagian dalam program loteri atau program Baucar Membeli-belah 1Malaysia yang didakwa dianjurkan oleh AirAsia," kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan.

Program loteri itu datang daripada satu entiti yang memanggil dirinya "AirAsia (Ibu pejabat serantau Asia-Pasifik) dengan alamat Tingkat bawah, Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah, katanya.
   
Entiti itu membuat dakwaan palsu bahawa ia menganjurkan "Program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2012" dengan hadiah tunai US$130,000 bagi pihak AirAsia.
   
Program Baucar Membeli-belah 1Malaysia itu pula menawarkan baucar AirAsia bernilai RM5,000 dan memujuk penumpang untuk memberikan butiran peribadi mereka.

AirAsia menafikan penganjuran apa-apa program dan ia tidak memberi tanggungjawab kepada mana-mana syarikat, organisasi dan syarikat perjudian untuk menganjurkan apa-apa program loteri atau baucar bagi pihaknya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia telah membuat laporan polis dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak lama lagi tentang perkara itu. (Bernama)

8 comments:

  1. pasti ada pihak sengaja gunakan nama Airasia untuk mengaut keuntungan, kita sebaiknya merujuk kepada pihak terbabit sebelum mendedahkan maklumat peribadi kita.

    ReplyDelete
  2. Irresponsible act done by the intelligent people (hackers etc).

    ReplyDelete
  3. Memang banyak yang menumpang nama untuk dapat keuntungan. semoga siasatan dapat menjelaskan perkara ni.

    ReplyDelete
  4. Jadi jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang cuba membuat kegiatan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persaingan sangat sengit sehinggakan ada yang cuma menjatuhkan Airasia.

      Delete
  5. Baguslah kalau Airasia telah menjelaskan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Apa tujuan orang yang menyebarkan perkara tu

    ReplyDelete
  7. pihak Airasia perlu buat laporan polis.. penipuan seperti ini sudah banyak kali berlaku.. ada pihak yang menggunakan nama Petronal, supermarket dan sebagainya.. so kepada orang awam, berhati2 la dan jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda..

    ReplyDelete