Saturday, 2 June 2012

KUARI PASIR HARAM JEJASKAN NELAYAN DI TUARAN



TERJEJAS....Peter menunjukkan kawasan Muara Kuala Sabandar yang terjejas teruk.

TUARAN : Masyarakat nelayan tradisional sekitar daerah ini terutama yang berada di sekitar Sabandar mengesa pihak tertentu agar dapat memberi penjelasan berhubung isu pengorekan pasir terutama di muara Kuala Sabandar yang di dakwa menjejaskan hasil harian mereka.
Selain itu, aktiviti pengorekan pasir itu juga dilihat sudah tidak terkawal apabila pihak pengusaha telah meluaskan kerja-kerja pengorekan mereka hingga ke persisiran pantai Sabandar dan keadaan ini telah menjejaskan ecosistem pantai berkenaan.
Salah seorang nelayan tradisional, Adin, berkata beliau kini hanya mampu memperolehi hasil pendapatan dari penangkapan ikan di kawasan itu dalam sekitar RM 10 ke RM15 sehari berbanding sebelum aktiviti pengorekan pasir dijalankan di kawasan itu iaitu sekitar RM50 sehari dan keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Tinjauan yang di buat melalui jalan darat dan laut oleh Pengerusi DAP Tuaran merangkap Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew mendapati lebih kurang 10 hektar kawasan terjejas teruk melibatkan  Muara Kuala Sabandar akibat aktiviti yang tidak terkawal ini.
Sehubungan itu Peter meminta kerjasama semua pihak terutama Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Pegawai Daerah Tuaran turun meninjau sendiri kawasan tersebut untuk membuat penilaian dan membuat tindakan sewajarnya.

“Keadaan sudah amat kritikal dan saya pasti untuk pulih mengambil masa yang amat panjang, ini kerana pasir yang dipam kini telah sampai ke tebing pantai Sabandar. Ini juga melibatkan pasir laut yang disedut dan dijual atas nama pasir sungai. Pengguna juga sudah pasti terpedaya dengan taktik kotor pengusaha," kata Peter.

13 comments:

  1. The illegal sand mining activities in Kuala Sabandar must be given attention from the authorities as it is affecting the fishermen in that areas.

    ReplyDelete
  2. The more we wait, the worst the situation will get, hope that investigation will be done as soon as possible. This not only affect the livelihood of the fishermen but also the ecosystem balance.

    ReplyDelete
  3. kena beri perhatian akan hal ini, pengorekan pasir tidak boleh dilakukan sewenang-wenang, ia menjejaskan penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  4. Do not sideline the livelihood of the fisherman and ecosystem balance for the sake of money only.

    ReplyDelete
  5. Aktiviti ini menjejas ekosistem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik cari penyelesaian kepada masalah tu

      Delete
  6. Aktiviti mereka harus dipantau.

    ReplyDelete
  7. Jika aktiviti tidka diambil tindakan yang wajar, ini akan menjejas pendapatan hasil laut juga.

    ReplyDelete
  8. Jika benar itu aktiviti haram. Rasanya pihak bertanggungjawab perlu menjalankan siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laporkan pada polis untuk ambil tindakan

      Delete
  9. Aktiviti kuari pasir secara haram ini telah menjejaskan hasil pendapatan harian bagi nelayan dikawasan tersebut. Maka rasanya aktiviti ini perlu dihentikan.

    ReplyDelete
  10. skandal pengorekan pasir di selangor, DAP diam pula..

    ReplyDelete
  11. sejak bila aktiviti pengorekan pasir ini berlaku? kenapa tidak ada aduan sebelum ini? kenapa hanya setelah aktiviti itu menjejakan punca pendapatan penduduk sekitar, baru la disiarkan di media??

    ReplyDelete