Oleh : YAP SIONG HAN
PENAMPANG: Pengerusi
Perhubungan MIC Sabah, Datuk V Jothi merayu kepada kerajaan Sabah agar
mempercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap (PR) kepada masyarakat
India yang bermastautin di Sabah lebih daripada 40 tahun.
Katanya, ramai dalam
kalangan masyarakat kaum India di Sabah mempersoalkan kelambatan itu yang mana
mengikut perjanjian terdahulu yang mengatakan bahawa mereka (kaum India) yang
sudah menetap di Sabah lebih daripada dua tahun, layak untuk mendapatkan status
penduduk tetap.
“Pihak saya juga telah
mengenal pasti seramai 202 orang yang berhijrah ke Sabah pada tahun 1967 dan
telah menghantar senarai nama itu kepada kerajaan negeri bagi permohonan status
penduduk tetap.
“Walaupun perkara ini sudah
lama berlaku, tetapi masih terdapat beberapa ahli jawatankuasa tertinggi dalam
MIC Sabah mempersoalkan kelambatan pemberian status itu.
“Sebelum ini, seramai 82
orang India telah dikenal pasti dan senarai itu telah diserahkan kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Musa Hj Aman,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini
kelmarin.
Jothi berharap Kerajaan
Sabah menyegerakan usaha itu bagi meleraikan pelbagai soalan yang dilontarkan
kepadanya oleh masyarakat India di Sabah berhubung kelewatan itu.
“Saya merayu agar
dipercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap. Kita tidak bermaksud
bahawa kerajaan Sabah tidak mengambil berat mengenai perkara ini, sebenarnya
kerajaan memang prihatin, tetapi bukanlah mengambil masa 10 tahun…jadi ia perlu
disegarakan,” jelasnya.
Sementara itu, Jothi
menyokong kenyataan yang dikeluarkan Pemuda MIC Sabah berkaitan permintaan satu
kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau jawatan Senator.
Katanya, permintaan itu
tidak melampau memandangkan MIC sudah bertapak di Sabah selama 15 tahun.
Beliau berkata MIC tidak
meminta sesuatu yang berlebihan tetapi semuanya terpulang kepada kerajaan
negeri untuk mempertimbangkan.
“Pemberian jawatan
seumpamanya akan memberi kelebihan kepada MIC berkhidmat dengan lebih baik
kepada rakyat di samping menaikkan imej MIC di sini.
“Masyarakat India disini
sudah lama menunggu perkara itu dan ia adalah adil jika dipertimbangkan.
Bagaimanapun, kami tetap akan menyokong semua komponen Barisan Nasional
walaupun kami tidak diberikan keistimewaan itu,” katanya. (theborneopost)
Many of them have lived in Sabah for many years and has contribute to the country. They already consider themselves as citizens of this country.
ReplyDeleteHope that the Sabah government will make due consideration for this issue.
ReplyDeletejika mereka layak, mereka akan dpt jg status tersebut.
ReplyDeleteKaum India tu tiadakah yang dapat projek IC?
DeleteRCI saja yang mampu menyiasat semua tu
DeleteDikatakan 300 ribu penduduk Malaysia keturunan India tiada sijil kelahiran dan kad pengenalan.
ReplyDeleteUntuk mendapatkan status PR rasanya perlulah mencapai syarat yang telah ditetapkan.
ReplyDeleteStatus PR bukan sembarang boleh diluluskan harus mengikuti prosedur yang sepatutnya
ReplyDeletehanya jika Pakatan memerintah barulah kita berpeluang melihat ramai penduduk Sabah berstatus PR.. jangankan kaum India, warga asing juga akan diberikan status PR..
ReplyDelete