Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
SEKUMPULAN peniaga ibu kota berkumpul
di hadapan Kompleks Pertama di pusat bandar raya bagi menuntut pampasan dan
ganti rugi kerana didakwa kerugian susulan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu
lalu.
Peniaga sekitar Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Masjid India, Sogo, Kompleks Pertama dan Campbell hadir menuntut
pampasan tersebut dan membantah perhimpunan BERSIH diadakan di kawasan mereka
selepas ini.
"Kami peniaga, tidak
mahu BERSIH ini dijadikan acara di hadapan tempat perniagaan kami. Ia dibuat,
dan telah menjejaskan perniagaan kami.
"Kami tetap menolak
BERSIH (siri) satu, dua, tiga dan empat. Kami akan menentang BERSIH atau pihak
yang mengganggu ketenteraman hingga ke darah titisan terakhir," kata
peniaga Ikhlas Ridzuan.
Bahkan, beliau yang berniaga
di Kompleks Pertama sejak 36 tahun lalu, turut menempelak perhimpunan BERSIH
dengan menyifatkannya sebagai 'busuk'.
"Nama sahaja BERSIH
tapi busuk. Kami tidak akan terima lagi sampah yang ke-empat," katanya.
Beliau juga menggesa Datuk
Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail supaya mengambil berat terhadap
rintihan peniaga di kawasan perniagaan mereka itu - yang sering menjadi tempat
demonstrasi - yang didakwanya "sudah terjejas teruk".
Beliau turut menggesa supaya
"orang lain jangan kacau tempat" mereka untuk menjalankan perniagaan
mereka.
Manakala seorang lagi
peniaga di Kompleks Pertama Zainul Hanapiah Ahmad pula mendakwa sejak
perhimpunan BERSIH yang pertama, peniaga di kawasan sekitar itu "tidak
boleh menjalankan perniagaan" mereka.
Apatah lagi, katanya,
ura-ura perhimpunan seumpama itu akan diadakan buat kali yang keempat.
"Kita bantah
perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan. Saya berharap pihak berkuasa mengambil
tindakan tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan," katanya.
Sementara itu, Presiden
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan
Abdullah mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mengambil tindakan terhadap pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.
"Jangan tangkap ikan
bilis sahaja... Peniaga takut nak keluar (untuk berniaga) dan menjejaskan
perniagaan mereka," katanya sambil memberi amaran tidak akan mengundi
Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum jika perhimpunan ini diadakan.
Mohd Ridzuan juga berkata
beliau tidak teragak-agak untuk "duduk" bersama-sama dengan peniaga
sekitar Kuala Lumpur, di hadapan rumah Ambiga bagi menuntut pampasan di atas
kerugian yang dialami dan membantah sekiranya BERSIH 4 diadakan.
Bercakap kepada media
selepas perhimpunan tersebut , Mohd Ridzuan menjelaskan pihaknya akan berhimpun
secara aman di rumah pemimpin BERSIH itu hanya untuk tujuan tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya akan
membatalkan hasrat tersebut sekiranya Kementerian Dalam Negeri mengambil
tindakan terhadap Ambiga.
"Wujud pula nak buat
BERSIH 4, kita minta peniaga bangkit menentangnya... Kami merayu kepada polis
supaya mengambil tindakan kepada Ambiga.
"Jangan lari, kami
kejar untuk dapatkan pampasan," katanya sambil merayu kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak membantu peniaga di situ.
Dalam perkembangan
berkaitan, IKHLAS membuka kaunter untuk mengumpulkan para peniaga yang didakwa
terjejas akibat perhimpunan tersebut.
Setakat ini, pihaknya kini
telah mengumpul kira-kira 200 peniaga dalam tempoh dua hari bermula semalam.
Mereka akan berada di kompleks tersebut selama seminggu.
Mohd Ridzuan berkata selepas
itu mereka akan mengkaji jumlah kerugian yang dialami oleh peniaga sebelum
membuat laporan polis.
Menurutnya, pada BERSIH 2.0
mereka merekodkan sebanyak 317 peniaga telah membuat laporan polis. Jumlah
kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak lebih RM800,000.
Dalam perhimpunan yang
diadakan, mereka turut merentangkan kain pemidang membantah BERSIH 3.0.
bersih harus bertangungjawab kerugian yang dialami peniaga oleh mereka.
ReplyDeleteLebih banyak kesan negatif perhimpunan Bersih ni.
ReplyDeleteTidak tahu sama ada perjuangan mereka berjaya atau tidak
DeleteKerugian berlaku apabila Bersih diadakan. Maka kita harap pihak penganjur akan membayar ganti rugi atas kerugian yang dialami..
ReplyDeleteBukan semua menyokong perjuangan Bersih. Menganggu business saja
ReplyDeleteAmbiga yang mendapat dana asing untuk menghuru harakan negara ini patut tidak mempunyai masalah untuk membayar ganti rugi itu..
ReplyDeleteNik Aziz kata dia sanggup membiayai peserta2 perhimpunan jika tujuan mereka untuk menumbangkan kerajaan.. jadi bagaimana pula dengan peniaga2 yang mengalami kerugian?? kenapa Nik Aziz tidak keluarkan dana untuk membayar kerugian yang ditanggung oleh para peniaga??
ReplyDelete