Friday, 4 May 2012

DAP BURU PEMINJAM PENDIDIKAN NEGERI?






Oleh : AZLINA ROSDY

PULAU PINANG : “UMNO Pulau Pinang mencabar Kerajaan Negeri ini di bawah pimpinan DAP agar menghapuskan dahulu pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri dan kemudian barulah boleh mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional).

“Jangan hanya pandai memperalatkan mahasiswa agar mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN tetapi mereka sendiri mengambil pendekatan menyiarkan nama peminjam tegar untuk mengutip hutang.

“Pelik betul cara mereka ini. Seharusnya mereka menunjukkan contoh dahulu dengan menghapuskan pinjaman pendidikan negeri bermula di Negeri Pulau Pinang dan diikuti oleh negeri pembangkang yang lain. Kemudian barulah boleh mendesak kerajaan dalam isu PTPTN,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyiarkan nama peminjam pendidikan kerajaan negeri tersebut.

Sambil menyifatkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng ibarat diktator, beliau menjelaskan seharusnya kerajaan negeri mempraktikkan apa yang didesak kepada Kerajaan Pusat berhubung isu PTPTN.

“Lagipun saya amat pasti hutang tersebut tidak mencecah angka billion. Hanya jutaan ringgit. Merekakan mahu pelajaran percuma sehingga sanggup memperalatkan pelajar IPT dan IPTS. Inilah masa terbaik untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemimpin yang cakap serupa bikin.

“Selama ini apa yang mereka cakap tidak seiring dengan kelakuan mereka. Gunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa selama ini dakwaan mereka tidak pernah mengotakan janji adalah tidak benar. Saya ingin lihat adakah mereka berani untuk memansuhkan semua pinjaman tersebut. Jangan hanya pandai cakap sahaja,” bidas beliau lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu memansuhkan PTPTN jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kerana kononnya pendirian pakatan pembangkang mahu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.

“Saya berharap agar mahasiswa yang selama ini terpengaruh dengan omong kosong pembangkang agar berfikir semula. Adakah kita mahu pemimpin seperti ini yang sering tipu sana tipu sini semata-mata inginkan kuasa dalam politik. Apa sahaja janji mereka adalah satu penipuan.

“Contoh terbaik, jika benar mereka ikhlas untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hutang pendidikan kerajaan negeri ini dihapuskan terlebih dahulu,” jelasnya lagi. (MediaUMNO)

9 comments:

  1. DAP tak mampu nak lakukannya. mereka saja nak tmbulkan isu ini untuk tarik undi peminjam.

    ReplyDelete
  2. Mahasiswa perlu bersyukur dengan PTPTN yang disediakan oleh kerajaan sebab di negara jiran seperti Indonesia, hanya orang2 tertentu yang akan diberikan pinjaman seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Mustahil pembangkang dapat berikan pendidikan percuma kepada rakyat. Kerajaan pun sudah lama laksanakan ini kalau memang ia sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh tapi hanay sementara saja.

      Delete
  4. Beranikah DAP melakukannya?? Cuba kita tengok DAP beranikah buat semua itu.

    ReplyDelete
  5. PTPTN hanya mainan politik pembangkang saja untuk menarik sokongan dan undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu cadangan ini diumumkan bila PRU semakin hampir.. langkah terdesak Anwar yang beriya2 mahu jadi perdana menteri..

      Delete
  6. kerajaan negeri Pakatan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memulakan pendidikan percuma di negeri2 mereka.. bagaimana pula MB selangor boleh memperuntukkan rm10 juta untuk syarikat2 GLC melaksanakan gaji minimum rm1500?? dan bagaimana MB selangor boleh menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda?? ini jelas menunjukkan kerajaan negeri mampu melaksanakan pendidikan percuma di negeri mereka tanpa perlu menunggu untuk merampas Puterajaya..

    ReplyDelete
  7. janji pakatan untuk memberikan pendidikan percuma juga bukanlah pendidikan percuma yang dibayangkan oleh semua rakyat di negara ini.. pendidikan percuma mereka hanya terhad kepada pelajar2 IPTA, manakala pelajar2 IPTS masih perlu memohon pinjaman.. bolehkah ianya dikatakan sebagai pendidikan percuma untuk rakyat jika hanya sebahagian sahaja yang menikmatinya??

    ReplyDelete