Oleh
: ALKAM AB LATIF
PUTRAJAYA
: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak polis
telah pun mengenal pasti lebih 100 individu yang boleh membantu bagi
membolehkan tindakan untuk menahan mereka yang melakukan rusuhan pada
perhimpunan ganas Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Saya
nyatakan bahawa pihak polis sudah pun puas hati menegnalpasti beberapa ramai
mereka yang boleh bantu kita dalam siasatan dan saya percaya masanya telah pun
tiba untuk kita mengambil tindakan khususnya tahanan terhadap mereka yang
betul-betul perusuh, mereka yang betul-betul saja nak porak perandakan negara
kita ini, mereka yang jelas ‘hijack’ perhimpunan Bersih 3.
“Saya
tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28
April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman
tetapi apabila di’hijack’ oleh golongan ini saya percaya bahawa mereka juga
mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan”,
katanya secara eksklusif kepada UMNO-Online di sini, kelmarin.
Justeru
beliau memberitahu Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan gambar-gambar
mereka yang dikehendaki untuk orang ramai tampil ke hadapan untuk membantu
pihak polis melakukan tangkapan.
“Ini
kerana niat kerajaaan daripada awal lagi untuk membenarkan mereka menyuarakan
apa jua yang tidak kena dan melalui akta baru kalau mereka terima stadium hari
tu tak jadi begini tapi apa nak buat apa yang berlaku telah pun berlaku…cuma
apa yang dilakukan sekarang ini untuk pastikan rule of law keadilan terhadap
polis saya, keadilan terhadap mereka
yang datang ke Bersih dengan cara aman, mereka ini menuntut bahawa orang-orang
yang ‘hijack’ Bersih 3.0 ini diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
“Dan
dalam hal ini polis akan teruskan siasatan mereka dan pihak peguam negara akan
memikirkan apa dakwaan yang boleh dibawa
terhadap mereka ini”, katanya.
Jelas
beliau lagi lebih seratus individu sudah dikenalpasti dan Polis Kuala Lumpur
hari ini akan menyiarkan lebih 40 gambar yang akan diedarkan kepada orang
ramai.
“Dalam
hal ini kita tak akan kompromi…. saya dah nyatakan dulu kepentingan nasional,
keselamatan negara dan juga ketenteram awam bila diimbangi dengan hak dan
kebebasan sentiasa ketenteraman awam dan
keseleamatan negara diutamakan.
“Ini
perlu disampaikan kepada semua pihak agar jangan ambil kesempatan untuk
agenda-agenda sempit mereka dalam kita nak merintis transformasi ini kerana
kita tahu dan kita boleh menanganinya”, ujar beliau.
Beliau
bagaimanapun percaya ada hikmah terhadap apa yang berlaku kerana ia membuktikan
kepada orang ramai bahawa hanya segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab
yang sememangnya sengaja untuk memporak perandakan dan menghuru-harakan sesuatu untuk
kepentingan sempit. (MediaUMNO)
mereka yang bertindak ganas ini perlu dikenakan tindakan undang2.
ReplyDeleteAgaknya apa hukuman yang akan mereka terima nanti?
DeleteKalau tiada individu2 ganas ni pasti keadaan tidak sekecoh ini. perlu contohi peserta perhimpunan Bersih di Sabah.
ReplyDeletePerempuan pun ada dalam senarai wanted. Ganas sungguh.
Deletebaguslah kalau Polis akan mengenal pasti mereka ini nanti.
ReplyDeleteTangkap mereka yang merusuh. Ambiga pun bersetuju untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang merusuh.
ReplyDeleteAmbiga sudah tentu setuju asalkan bukan dirinya yang kena tangkap.. sedangkan yang mulakan semua ini ada dia sendiri.. maknanya, seganas2 perusuh2 yang dikenalpasti ini, lagi ganas insan yang bernama Ambiga..
Deletesepatutnya kerajaan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap perusuh2 ganas, malah terhadap ketua mereka iaitu Ambiga.. perusuh2 ganas ini tidak akan merusuh jika bukan kerana Ambiga menghasut mereka untuk merusuh..
ReplyDeleteAmbiga sedar bahawa beliau tidak akan mempu mengawal perhimpunan yang disertai oleh ratusan ribu manusia.. seorang buat provokasi, yang lain juga akan ikut sama..
ReplyDelete