Thursday, 3 May 2012

HINDARKAN KEGANASAN KETIKA BERHIMPUN






PANDANGAN…Datuk Juslie sedang meluahkan pandangan peribadi berhubung isu Perhimpunan Bersih 3.0.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto :SAFFIE S JUMADI

RAKYAT Malaysia sewajarnya tidak mencontohi keganasan yang berlaku semasa pehimpunan aman seperti yang berlaku di luar negara kerana rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai serta harmoni; malah menolak sebarang perselisihan atau pergaduhan kaum.

Walaupun pada mulanya niat dan hasrat untuk mengadakan perhimpunan aman bertujuan baik tetapi akhirnya akan menimbulkan ketegangan kerana orang ramai yang menyertai perhimpunan tidak sama haluan; malah mempunyai pelbagai karenah, maka kesudahannya tercetuslah pergeseran dan pergaduhan antara satu sama lain akibat sikap agresif sehingga mencelakakan peserta perhimpunan aman.

Ahli Dewan Rakyat Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirul meluahkan isi hatinya dalam satu temu ramah khas dengan Sabahkini.Net yang diadakan di Lobi Hotel D North Star, Bandar Prima, Sandakan kelmarin berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Juslie, Jawatankuasa Pelaksana Perhimpunan Bersih 3.0 pernah menjelaskan tujuan mereka mengadakan perhimpunan umum itu bertujuan untuk menyuarakan rasa tidak kepuasan hati terhadap beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan tidak akan timbul sebarang pergaduhan antara satu sama lain.

Namun pihak penganjur mendakwa rusuhan yang berlaku pada perhimpunan tersebut dilakukan oleh orang tertentu yang sengaja mahu mewujudkan suasana mengacau bilau; maka perhimpunan aman tersebut telah mencetuskan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku dan meledakkan adrenalin semua pihak.

“Walaupun SPR telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk menambaik pelaksanaan proses pilihanraya dan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang dan Bersih 3.0, tetapi mungkin kerana alasan masih terdapat 40,000 pemilih berdaftar yang diragui tidak dapat dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana masalah locus-standi, maka mereka meneruskan Bersih 3.0," kata Juslie yang memaklumkan beberapa sesi perbincangan sebelum ini menemui jalan buntu.





Juslie menambah dalam beberapa sesi pertemuan tersebut, SPR telah menjelaskan dengan terperinci bahawa pemilih tersebut bukan pengundi hantu atau pengundi bertindih ini adalah ekoran di kalangan mereka yang tidak aktif seperti OKU, orang tua atau pemilih yang memang tidak aktif dalam setiap menjelangnya pilihanraya; tetapi Bersih enggan menerima penjelasan tersebut.

Katanya lagi, SPR telahpun mempamerkan nama-nama pemilih yang bertahun-tahun tidak aktif mungkin disebabkan mereka uzur lanjut usia, terutama yang tinggal di pedalaman, tetapi tidak ada sebarang bantahan diterima.

"Oleh itu, saya menyeru agar mereka menjadi parti pembangkang yang sihat, bukannya menghasut dan meracuni fikiran generasi muda menjadi pengganas dalam negara sendiri kerana perbuatan pembangkang sering mencetuskan huru-hara mencerminkan satu budaya samseng," ujar Juslie yang mengutuk tindakan subversif berkenaan yang diwujudkan oleh golongan oportunis yang anti kerajaan, anti pembangunan dan anti kedamaian.

12 comments:

  1. Ambiga pun dikalahkan oleh KJ dalam debat yang diadakan. Apa lagi yang Bersih tidak dapat terima kenyataan ni?

    ReplyDelete
  2. SPR kena berusaha lebih untuk pastikan PRU kali ini lebih telus dan adil.

    ReplyDelete
  3. setiap perhimpunan kena dijalankan dgn aman. perhimpunan ganas bukan budaya kita.

    ReplyDelete
  4. Tidak dinafikan pembangkang ni memanipulasi perhimpunan Bersih untuk kepentingan politik mereka malah sampai membuat provokasi.

    ReplyDelete
  5. Ada juga peserta Bersih yang disewa/diupah. betulkah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu tu untuk kepentingan politik pihak2 tertentu

      Delete
  6. Ini yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sungguh mengecewakan.

    ReplyDelete
  7. Keganasan harus dielak berlaku dalam negara kita, apa yang berlaku di luar negara tidak sepatutnya diamalkan di M'sia.

    ReplyDelete
  8. Ambiga dan pemimpin2 Pakatan sebenarnya tahu bahawa perhimpunan yang disertai ratusan ribu rakyat pasti akan menimbulkan kekecohan.. bukan senang mengawal tindak tanduk mereka.. seorang buat provokasi, semua ikut tindakan yang sama..

    ReplyDelete
  9. sungguh malang nasib para peserta perhimpunan.. mereka terpaksa berpanas terik bertarung dengan pihak polis semata2 untuk membantu Anwar mendapatkan jawatan PM serta membantu pemimpin2 pembangkang yang lain untuk mendapatkan jawatan kabinet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wonder if its worthy doing all that just so Anwar could become the PM .

      Delete