Thursday, 3 May 2012

USNO, 'BERSIH OF THE YEAR'




KETIKA rakyat di Tanah Malaya sedang huru-hara berlumuran darah, berteriak kesakitan kerana rusuhan dan tembakan gas pemedih mata semasa Bersih 3.0 berlangsung di Kuala Lumpur 28 April 2012; rakyat Sabah yang berbilang kaum kelihatan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Padang Merdeka dengan penuh harmoni, riang ceria, gelak ketawa dalam suasana muhibbah dan setia kawan; baik sesama mereka atau dengan pasukan keselamatan.

Rakyat Sabah telah menjadi contoh terbaik bagi bersih 3.0 dalam mengutarakan isu rakyat dengan penuh disiplin; berucap dengan penuh semangat dan keikhlasan berjuang dengan penuh ketabahan dan bermasyarakat dengan penuh kehormonian.

Bersih Sabah yang dianjurkan dan dipengerusi oleh Andrew Ambrose @ Atama telah berjaya mengumpul Badan Politik dan NGO di Sabah untuk bekerjasama memperjuangkan hak rakyat agar dapat dilindungi berdasarkan 'Lunas-Lunas Demokrasi'.

Atama, seorang pemuda Sabah telah menjemput Barisan USNO dalam satu majlis di KDCA, Kota Kinabalu semasa pelancaran Album Lagu-Lagu Parti Star Sabah yang dihadiri oleh Pemimpin USNO, Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, kali ini bagi menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu.

USNO telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan ini bagi memperjuangkan hak mereka melalui 'Bersih 3.0' untuk mendapatkan kelulusan segera parti itu dengan menghantar perwakilan mereka dari Semporna, Tawau, Kunak, Sandakan, Kudat, Keningau dan Pensiangan.




Bersama NGO lain di Sabah, Amanah, Pertubuhan USDA, Golongan Belia, Pelajar, Pekebun, Nelayan, Usahawan serta pemandudriver teksi dan bas bersama dengan wakil parti-parti politik dari United Borneo Alliance (UBA-Usno-STAR), PR (PKR, PAS, DAP) dan SAPP telah turun ke padang merdeka bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Bersih 3.0 Sabah.

Perhimpunan yang turut dihadiri oleh ratusan anggota Polis, Bomba, Ambulan dan beratus-ratus kenderaan polis yang kebetulan berada di Padang Merdeka Kota Kinabalu itu boleh sahaja menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan huru-hara yang amat dasyhat dari perserta perhimpunan yang dianggarkan antara 7,000 hingga 10,000 orang itu.

Perhimpunan yang dihardiri oleh golongan professional seperti Peguam, Doktor, Jurutera, Pelajar, Golongan Usahawan serta rakyat biasa ini nampaknya sangat berdisiplin tinggi bagi memperjuangkan hak asasi rakyat di negeri ini.

USNO yang diwakili oleh Timbalan Presiden penajanya berucap dalam itu menuntut supaya Parti USNO dapat diluluskan segera bagi membenarkan mereka menyertai Pilihanraya PRU13 yang akan datang.

Antara lain, dalam ucapannya, Abdullah Sani beliau memaklumkan kebebasan berpersatuan dijamin dalam Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan mereka datang beramai-ramai ke Padang Merdeka pada hari itu melaungkan seruan MERDEKA sebanyak 3 kali, kerana di padang itulah pemimpin dan pengasas USNO mengistiharkan kemerdekaan Sabah pada 16 September 1963.



Selepas itu, Abdullah Sani menemui polis di Padang Merdeka dengan mengambil gambar kenangan bersama perserta Bersih Sabah bagi menandakan bahawa perjuangan tidak semestinya melalui keganasan dan boleh disuarakan melalui perasaan hormoni dan muhibbah oleh rakyat seperti mana gambar di atas sekali.

USNO yang pernah melalui peristiwa dasyhat perjuangan genting rusuhan kaum pada 1985 dan 1986 di Sabah apabila penyokongnya turun padang untuk memperjuangkan hak ahlinya, telah bertindak matang dan professional menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada kali ini dan layak mendapat anugerah 'BERSIH of The YEAR'.

Parti USNO yang dibubarkan pada 2004 oleh ROS kini sedang dipulihkan semula dan daftarkan oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada 2009 bagi memperjuangkan rakyat Sabah semula melalui perjuangan USNO yang pernah menjadi Parti Kemerdekaan Negeri ini.

19 comments:

  1. Kenapa USNO dibubarkan dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. USNO tidak lagi berupaya untuk membentuk kerajaan dan orang2 kuatnya pun sudah lari masuk parti lain.

      Delete
  2. "Bersih 3.0 di Padang Merdeka dengan penuh harmoni, riang ceria, gelak ketawa dalam suasana muhibbah dan setia kawan; baik sesama mereka atau dengan pasukan keselamatan."

    Ini satu petunjuk yang baik. Tahniah kepada warga Sabah kerana dapat mengawal tingkah laku mereka dan tidak sebabkan kekecohan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Malaya kena belajar dari Sabah bagaimana menjaga keamanan.

      Delete
    2. Orang Sabah kuat dengan adat dan budaya hormat menghormati mereka. Orang Sabah benci keganasan dan huru hara.

      Delete
    3. Warga Sabah yang bersikap rasional dan penuh dengan nilai hormat menghormati hak sesama.

      Delete
  3. Perhimpunan ini harus mengutamakan keselamatan.

    ReplyDelete
  4. keganasan bukan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  5. Ada juga pihak menggunakan peluang ini untuk membuat kekecohan.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. We would only know when election comes.

      Delete
  7. Sabah telah membuktikan Bersih juga boleh dijalankan dengan hati yang tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That something that we should be proud of. Sabah always practice harmony even in demo.

      Delete
  8. Look how harmonious and happy the peaceful rally has carried out in Sabah, I'm proud to see all participants cooperating with the organizers and the authorities to ensure a peaceful event.

    ReplyDelete
  9. Good job to the Sabah Bersih Organizers, the DBKK, the Sabah police as well as all participants for making this rally a success.

    ReplyDelete
  10. Perhimpunan aman yang perlu dicontohi di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, perhimpunan aman yang harus dicontohi.

      Delete
  11. syabas kepada peserta2 perhimpunan Bersih Sabah, anggota polis dan pihak DBKK.. syabas kerana berjaya memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman walaupun ada rungutan berkenaan dengan kesesakan lalu lintas ekoran sekatan jalanraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. West Malaysian should take Sabah as an example when it comes to doing BERSIH rally. No one was harm during the rally in sabah.

      Delete