KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim
sering menonjolkan dirinya di pentas antarabangsa sebagai pejuang hebat
Malaysia, yang sering mendesak untuk perubahan terhadap rejim yang dianggapnya
bersikap kuku besi dan enggan memenuhi kehendak rakyat.
Selepas Bersih 2.0 tahun
lepas, lagaknya sebagai mangsa begitu meyakinkan, menggerakkan rakan-rakannya
dalam media asing untuk menyerang kerajaan kerana mengambil 'tindakan kejam'
terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.
Tetapi selepas peranannya
dipersoalkan dalam Bersih 3.0, bintang Anwar kelihatan suram. Sebenarnya, banyak
hal yang jauh meleset; jauh daripada usaha menggembar-gemburkan beliau sebagai
seorang demokrat, ramai yang kini menuduh Anwar menghasut supaya timbul
keganasan.
Rakaman video daripada
Bersih 3.0 yang dimuat turun dalam YouTube menunjukkan Anwar membuat isyarat
tangan kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Dalam tempoh beberapa saat,
penyokong PKR merempuh halangan yang diletakkan polis dan meluru ke Dataran
Merdeka, mendorong polis untuk membalas dengan melepaskan gas pemedih mata dan
semburan air untuk mencegah rempuhan.
Dalam temu bual dengan Radio
Australia pada Selasa, Anwar menafikan bahawa isyarat tangannya merupakan satu
tanda kepada penunjuk perasaan untuk melanggar halangan sebaliknya mendakwa
maksudnya tidak masuk akal, "berunding dengan polis".
Orang ramai akan membuat
keputuan mereka sendiri mengenai apa yang benar tetapi setakat ini hanya
beberapa kerat sahaja pemerhati luar yang nampak yakin.
"Tuan Anwar perlu
membuat banyak penjelasan", itu merupakan keputusan The Economist dan, di
Malaysia, peranan Anwar dalam Bersih 3.0 terus dikritik daripada pelbagai
spektrum politik.
Pada satu sidang akhbar PKR
Isnin lepas, pengeluar filem bebas Benji Lim menuduh Anwar membahayakan nyawa
para penunjuk perasaan selain menjejaskan matlamat Bersih. Tunjuk perasaan itu
"dirampas sepenuhnya oleh pembangkang" katanya sebelum dibawa keluar
dari bilik persidangan itu.
Malah ketua penganjur Bersih
3.0 Ambiga Sreenevasan yang mengeluh kerana Bersih dipolitikkan oleh
pemimpin-pemimpin pembangkang, memberitahu wartawan bahawa beliau "tidak
dapat kawal apa yang dikata mereka".
Anwar menolak sebarang
kritikan mengenai tingkah lakunya. Sebaliknya, pada sidang akhbar itu, beliau
menyerang kerajaan dengan menuduh pemimpin Barisan Nasional berkelakuan seperti
Stalin dan Hitler.
Beliau sebaliknya
mencadangkan nasibnya adalah menyamai mangsa kem pengasingan Nazi - satu
dakwaan yang amat dahsyat kerana beliau bercakap tepat pada hari ulang tahun
kematian Hitler.
Episod ini, pada apa sahaja
cara, juga menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai Anwar sendiri dan rakan
pembangkang yang menjadi sekutunya.
Bolehkah seseorang yang
'merampas' satu perhimpunan aman untuk kepentingan politik mereka, layak untuk
memimpin sebuah negara dengan penduduk 28 juta orang?
Adakah mereka mempunyai
kepimpinan yang mantap dan berhemat yang diperlukan untuk membawa kepada perkembangan
ekonomi negara kita?
Bagi mereka yang mengenali
ahli politik pembangkang secara rapat, katakan mengenai perkara ini mengenai
apa yang berlaku pada 28 April itu tidak mengejutkan.
Kali ini, ahli politik
pembangkang ditangkap dalam rakaman filem, yang akan menjadi saksi atas
tindakan-tindakan mereka.
Pemerhati politik berkata
Anwar kerap dilihat mengamalkan "politik isyarat tangan", yang hanya
hebat pada pandangan ramai tetapi tidak dapat menawarkan apa yang sepatutnya
menjadi keperluan pengundi terutama berhubung hala tuju yang jelas mengenai
transformasi.
Akhirnya, ramai orang akan
berkata, "politik isyarat tangan" Anwar nampaknya memakan diri.
Jangan terkejut melihat beliau menghabiskan masa sepanjang minggu dan bulan
akan datang bagi menjelaskan apa sebenarnya maksud isyarat tangan pada
perhimpunan itu. (Bernama)
Thanggam Raju, who is now in the police lockup at the Balai Polis Jinjang was said to open the barricade gates to Dataran Merdeka after receiving instructions from Azmin and Anwar.
ReplyDeleteIf the Bersih Rally participants did not open the barricade and enter Dataran Merdeka, the police will not resort to using tear gas and water cannons on the protesters. The court has given orders for the Dataran Merdeka to be barricaded for 4 days, this is against the court's orders. They police will not be able to do anything to the protesters if they stay out side the barricade. But once they crossed it, the police can take action.
ReplyDeleteAnwar mmg suka buat kecoh, sebelum ini pun byk kekecohan berlaku kerananya.
ReplyDeleteSelepas tu Anwar akan berputar belit cerita, macam2 la isu keluar
DeleteAnwar pelakon yang sangat merbahaya. Pelakon politik..
ReplyDeleteSaya tidak hairan sekiranya Anwar adalah dalang kejadian rusuhan tu
ReplyDeletemacam mana sekalipun bukti didedahkan, saya yakin Anwar tetap akan nafikan.. beliau satu2nya pemimpin politik yang paling liat mengaku kesalahan.. beliau lebih sanggup mengarahkan penyokong2nya untuk berhimpun semata2 untuk mempertahankan beliau..
ReplyDeleteAnwar memang suka perhimpunan seperti ini.. tidak mustahil beliau yang mengarahkan peserta2 perhimpunan untuk bertindak ganas.. begitu juga ketika beliau mengadakan ceramah dengan mahasiswa.. beberapa hari selepas itu timbul ancaman bunuh, menurunkan bendera Najib dan perhimpunan..
ReplyDelete