SENGAT....... KK Soromon
yang menjadi mangsa sengatan tebuan menunjukkan kepada KK Udin sebahagian bekas
sengatan tebuan.
Oleh: JACKSON LU
TENOM: Ketua Kampung (K.K)
Kg Motolop Pangie, Soromon bin Tandon 48 dan seorang lagi anak lelakinya dalam
lingkungan umur 18 tahun nyaris maut apabila disengat tebuan jenis ‘Sulun’
ketika melakukan kerja kerja menebas ladang miliknya.
Soromon disengat sebanyak 36
kali manakala anaknya sebanyak 31 kali menyebabkan kedua duanya lemah tidak
bermaya pada ketika itu.
Kedua dua mereka telah
dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut untuk beberapa hari. Bagaimana
pun selepas diberi rawatan keadaan
mereka terus stabil tetapi masih kelihatan
lemah dan trauma di atas kejadian itu.
Insiden tersebut berlaku
pada Jumaat kira kira jam 10 pagi dimana kedua duanya terpaksa diusung sejauh 5
kilometer untuk sampai ke stesen keritapi Pangi atas bantuan penduduk kampong
disitu.
Disebabkan jadual
perkhidmatan keritapi disitu agak terhad untuk ke pekan Tenom, memaksa kedua
duanya menaiki ‘troli buatan sendiri’ untuk sampai ke stesen penjana elektrik
hydro di Batu 83, yang kemudiannya menggunakan kenderaan lain membawa mereka ke
hospital untuk rawatan kecemasan.
“Saya bersyukur kepada Tuhan
kerana masih dapat diselamatkan...malah saya tidak berdaya langsung untuk
melawan bisa sengatan itu,” kata KK Soromon.
“Terima kasih juga kepada
kakitangan SESB di stesen penjana elektrik hydro kerana membenarkan kenderaan
yang mengangkut saya ke hospital melalui jalanraya mereka sejauh lebih kurang 5
km lagi,” tambah KK Soromon yang masih kelihatan lemah ketika ditemui di wad
hospital pada Sabtu.
Dalam pada itu, pemimpin
masyarakat Kg Pangie-Rayoh, K.K Udin Bangkiwoh ketika melawat kedua dua mangsa
sengatan tebuan itu pada Sabtu berkata, insiden tersebut merupakan salah satu
bukti terbaru yang jelas keperluan jalanraya menghubungkan antara Pangie dengan
pekan atau sekurang kurangnya sebuah Klinik Kesihatan dibina di Pangie.
“Kita sudah serik dengan
kejadian kejadian kecemasan seperti ini yang pernah berlaku sebelum ini yang hampir hampir meragut nyawa
manusia...(Jadi)..itu sebabnya kami berulangkali minta kerajaan ambil perhatian
permintaan kami dan saya fikir ini bukan sesuatu yang remeh...tetapi ini serius
melibatkan nyawa kami,” tegas KK Udin.
mmg bahaya tebuan itu, sangat berbisa, silap2 boleh membawa maut. tapi nasib baik mereka selamat,
ReplyDeleteBahayanya. Nasib baik KK Soromon selamat.
ReplyDeleteNasib antibodi kuat. kalau tidak memang tidak bernyawa sudah tu.
ReplyDeleteYang penting mereka ini selamat atas serang tabuan tersebut.
ReplyDeletesyukur la kedua2nya selamat.. ada kes yang hanya disengat sekali saja pun meninggal dunia..
ReplyDeletesaya harap kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan penduduk kampung untuk memiliki jalanraya di kampung tersebut.. memang sukar berhadapan dengan saat2 kecemasan jika tidak ada jalanraya..
ReplyDelete