SERAH.....
Kelihatan Sidum Manjin (kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Kita kepada
Mutang (kiri).
Oleh: JACKSON LU
KENINGAU: Bekas calon Parti
Keadilan Rakyat (PKR) kawasan DUN Sook pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun
2008), Sidum Manjin telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita)
pimpinan Dato’ Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Majlis penyerahan borang
keahlian untuk menyertai parti itu diterima oleh Ketua Penerangan Parti Kita
Negeri Sabah, Mutang Dawat @ Sylvester sejurus selepas satu mesyuarat
Jawatankuasa Zon Pedalaman parti itu selesai.
Sebelum Sidum menceburkan
diri dalam politik dan bertanding atas tiket PKR pada tahun 2008, beliau
merupakan seorang guru sekolah dan terpaksa melepaskan jawatan itu untuk terus
bergiat cergas dalam arena politik demi perjuangan untuk membela rakyat yang didakwanya
semakin terhimpit.
“Buat permulaan ini saya
serahkan permohonan kami seramai lima puluh orang untuk menyertai Parti Kita
dan selepas itu mungkin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah
kami....(bergantung)..setakat mana usaha kami untuk mencari dan mengesan mereka
dalam masa terdekat ini,” tegas Sidum.
Ditanya apakah yang
mendorongnya menyertai Parti Kita beliau berkata, " Saya tidak ditawarkan
apa apa ganjaran mahupun dorongan mana mana pihak tetapi saya melihat
perjuangan dan halatuju Parti Kita selari dengan citarasa perjuangan
saya...demi membela hak rakyat yang kini semakin terhakis," tambahnya.
Dalam pada itu, Ketua
Penerangan parti itu Mutang Dawat @
Sylvester ketika memberitahu media
bahawa Presidennya Dato’ Zaid Ibrahim dijangka akan melancarkan jentera
pilihanraya peringkat Negeri Sabah pada Mei 26, 2012 bertempat di Sanbay Hotel,
Sandakan jam 1 petang sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi pilihanraya
umum kali ke-13 akan datang ini.
Setibanya di Sabah, beliau
akan disambut oleh Pengerusi Perhubungan Parti Kita Sabah Datuk Pengiran Othman
Rauf dan beberapa pemimpin negeri parti itu yang kemudiannya akan mengadakan
perbincangan tertutup dengan pimpinan Negeri sebelum berangkat ke Sandakan
untuk melakukan pelancaran.
bukankah parti KITA dah dibubarkan? jika masih wujud pun, KITA takkan ada peluang di Sabah.
ReplyDeleterugi saja kau sertai KITA, lepas baik sertai parti lain yang lebih stabil.
ReplyDeleteKITA memang tidak popular di kalangan rakyat Sabah. saya dengar2 dulu pun macam KITA ni sudah dibubarkan tapi kenapa masih wujud lagi??
DeleteApa-apa sajalah. BN juga yang menang nanti.
ReplyDeleteParti KITA membingungkan. sekejap bubar, sekejap tidak. tidak konsisten dan rugi saja orang2 yang n=menyokong parti tu.
DeleteAda juga yang menyertai Kita.
ReplyDeleteAik. KITA bukan sudah bubar ka..?? aduii confuse aku..
ReplyDeletemacam mana dia boleh nampak hala tuju parti KITA yang baru saja melebarkan sayap di Sabah??
ReplyDeleteparti KITA pun ada hati mahu bertanding di Sabah ka?? tambah teruk la pembangkang Sabah kali ini..
ReplyDelete