KULIM : Siasatan menyeluruh
untuk mengenal pasti dalang yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan melalui
perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas telah bermula, kata
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berharap orang ramai
terus menyalur maklumat kepada polis bagi mempercepatkan siasatan supaya
keselamatan negara tidak tergugat dan terus terancam.
"Beberapa tangkapan
baru telah dibuat selepas gambar-gambar perusuh BERSIH 3.0 disiarkan dan kita
juga menerima panggilan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai kejadian
itu.
"Ini petanda baik
rakyat Malaysia mencintai keamanan dan tidak mahu keselamatan negara
diganggu-gugat," katanya kepada pemberita pada program turun padang Polis
Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kulim di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian
ketika diminta mengulas pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Jumaat lepas bahawa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong
pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk
menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Mengenai tuduhan pembangkang
dalam blog-blog bahawa polis turut terlibat sebagai peserta perhimpunan itu
untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, Ismail meminta supaya tuduhan-tuduhan
tidak berasas dan tanpa fakta dihentikan.
"Jangan buat tuduhan
karut....kena la bertanggungjawab. Bagaimanapun setiap tuduhan akan
disiasat," katanya.
Mengenai program kepolisan,'
beliau berkata program itu termasuk turun padang akan diteruskan ke seluruh
negara kerana ia didapati berkesan mendapatkan pandangan rakyat dalam pelbagai
isu termasuk khidmat PDRM.
"PDRM tidak boleh
dipandang dengan satu imej (iaitu) hanya menanti aduan baru hendak ambil
tindakan atau duduk dalam pejabat. Imej ini hanya memisahkan agensi itu dengan
rakyat.
"Perjumpaan tidak
formal seperti ini lebih berkesan di samping membuahkan hasil lebih baik,"
tambahnya.
Dalam program hari ini,
Ismail disertai Pengarah Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk
Salleh Mat Rashid, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan pegawai-pegawai
kanan polis mengayuh basikal dari Hotel Seri Malaysia ke pasar awam pekan Kulim
untuk beramah mesra dan menyampaikan buah tangan kepada orang ramai yang
ditemui.
Orang ramai turut dihiburkan
oleh pasukan pancaragam Polis Kontinjen Kedah dan persembahan mini-tatu oleh
sembilan anggota polis trafik yang menunggang motosikal berkuasa 1,300cc. (Bernama)
Hopefully those who know something about this issue will help speed up the investigation by providing information.
ReplyDeleteThis is what happened when the Bersih Rally's true purpose and objectives are forgotten. The rally is to fight for democratic rights and fairer, cleaner election system. Since when it turns into a rally to fall the government?
ReplyDeleteTidak dinafikan perhimpunan Bersih ni memang dimanipulasi oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan politik.
ReplyDeletePihak pembangkang memang ambil kesempatan dalam perhimpunan tu, tu yang buat Anwar suka sangat tu..
Deleteperhimpunan seperti ini jgn dilangsungkan lagi, ganggu ketenteraman saja.
ReplyDeleteSiasat jangan tidak siasat mengenai kekecohan yang berlaku dalam BERSIH itu. Ambiga sepatutnya perlu disalahkan juga atas apa yang berlaku.
ReplyDeleteTu perhimpun secara aman atau ada ucapan politik lagi.
ReplyDeleteentah apa yang si Anuar tengah ucap tu.. berbisa betul ucapan dia sampai peserta2 perhimpunan sanggup merempuh sekatan polis dan bertarung dengan polis..
Deletesaya lebih suka jika Ambiga dan Anwar yang ditangkap.. bukan peserta2 perhimpunan yang ganas..
ReplyDelete