KUALA TERENGGANU : Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi
peluang kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali
membersihkan namanya berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya.
"Saya tak ada hak untuk
bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri
peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip
Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan
ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh
Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas
kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang
mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri,
Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.
"Saya tak nak komen
sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita
(PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi
yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.
"(Yang penting) beri
peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan,
mana boleh menuduh saja-saja," katanya.
Mengenai ura-ura beberapa
lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan
didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan
sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.
"Berdosa, kalau tuduh
orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa,
apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya. (Bernama)
Just let Azmin Ali clarify about this video, he should be allowed to defend himself regarding this sort of allegation against him.
ReplyDeleteWhy if someone from BN-UMNO is involved in this sort of issues, people will automatically assumed its true, while someone from Pakatan Rakyat was involved, they will say this is all a rumor and people shouldn't make baseless accusations?
ReplyDeleteKalau mahu menolak pemimpin pun janganlah guna cara yang kotor. gunakan hak anda sebagai pengundi.
ReplyDeleteTu isu dalaman PKR. Orang PKR sendiri buat untuk menjatuhkan Azmin.
DeleteAzmin perlu perjelaskan hal ini dan buktikan dia tak terlibat.
ReplyDeleteTerpulang yang penting sekarang bukti ada pada seseorang mengenai perkara ini.
ReplyDelete"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu,"
ReplyDeletemacam mana pula dengan tuduhan terhadap Najib, Shafie dan beberapa pemimpin BN yang lain?? kenapa Hadi tidak jelaskan bahawa menuduh itu satu dosa lebih2 lagi tidak ada saksi??
berkenaan dengan skandal seks Azmin ini, baik Azmin sendiri percepatkan tindakan undang2 beliau.. jangan tunggu lama2..
ReplyDelete