POTONG......AZIZAH
bersama jemputan dan pemimpin NGOs wanita menyempurnakan uapacara memotong kek
sempena sambutan Hari Ibu pada Majlis Jalinan Kasih Bersama peserta-peserta
1Azam di Beaufort.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT : Wanita perlu
memiliki kualiti kepimpinan yang luar biasa sekiranya ingin muncul sebagai usahawan
yang disegani dan berjaya. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal
Pengguna sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan sejarah wanita telah
bertapak lama menjadi usahawan yang berjaya apabila pada zaman Rasulullah
terdapat seorang ahli perniagaan yang terkenal adalah wanita iaitu Saidatina
Khadijah Binti Khuwailid.
“Sekiranya kita menyorot
kembali sejarah perniagaan di dalam Islam, ia bermula dengan peranan yang
dimainkan oleh Rasulullah saw sebelum beliau diutuskan menjadi rasul. Di masa
kecilnya baginda telah di bawa oleh bapa saudaranya ke negeri syam untuk
berniaga. Ketika usianya meningkat 25 tahun, baginda telah diupah oleh seorang
ahli perniagaan wanita yang terkenal di Mekah iaitu Saidatina Khadijah Binti
Khuwailid yang selepas itu menjadi isteri baginda untuk menguruskan harta
perniagaannya,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketka merasmikan Majlis Jalinan Kasih Bersama peserta-peserta 1Azam anjuran
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK))
P. 177 Beaufort di Dewan Pa' Musa di sini, kelmarin.
Hadir sama Hadir sama,
Setiuasaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Asnimar Sukardi, Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin, Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, Datuk Siti Sapoo Ahok dan Pemimpin Kemajuan
Rakyat Dun Klias, Saidin Museh
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu kerajaan sentiasa komited membangunkan
keupayaan sosio ekonomi masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar
supaya tidak ketinggalan dalam mengecapi arus kemajuan negara yang semakin
pesat berkembang.
“Pelbagai bentuk bantuan
telah disedia dan disalurkan oleh pihak kerajaan melalui kementerian, jabatan
dan agensi-agensi berkaitan. Bantuan yang diberikan pula bukan sekadar dalam
bentuk sumbangan material malah bantuan berbentuk kemahiran yang boleh
dijadikan mata pencarian sekiranya segala ilmu yang diperolehi dimanfaatkan,”
katanya.
Sehubungan itu katanya
wanita perlu bijak merebut peluang-peluang yang disediakan oleh agensi-agensi
kerajaan seperti mengikuti program-program seminar kesedaran untuk membuka
minda, kursus-kursus keusahawanan dan kemahiran yang mampu menjana dan
meningkatkan ekonomi keluarga.
“Di samping itukemudahan-kemudahan
pinjaman untuk memulakan serta memajukan lagi perniagaan juga ada disediakan
menerusi Yayasan Usaha Maju (YUM), amanah ikhtiar malaysia (AIM), Tekun, Mara
dan sebagainya,” katanya sambil memberi tahu peranan pihak kementeriannya dalam
membantu usahawan wanita.
KENANGAN......AZIZAH
bersama peserta Azam Niaga bergambar kenangan selepas penyempurnaan simbolik
penyerahan barangan runcit kepada peserta.
“Melalui kementerian,
usaha-usaha bagi menyokong dan meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam
perniagaan turut menjadi fokus utama dalam pelaksanaan program-program di bawah
KPMHEP.
“Kementerian juga sedang
mempergiatkan usaha untuk membangunkan Hub Usahawan Wanita di Daerah Beaufort
ini. Dengan adanya hub usahawan ini nanti, ia akan menjadi pusat setempat
kepada usahawan-usahawan wanita memasarkan pelbagai produk atau hasil
perniagaan mereka. Malah, dengan penubuhan hub usahawan ini, ia akan
merancakkan lagi kepesatan perniagaan dan ekonomi di Daerah Beaufort,” katanya.
Majlis yang diserikan dengan
upacara memotong kek sempena sambutan Hari Ibu itu turut menyaksikan 11
pertubuhan wanita Dun Klias menerima sumbangan yang disampaikan Azizah.
NGOs yang menerima sumbangan
itu ialah Pewasa, Perkips, Perisma, Puteri Islam, Persatuan Jururawat Sabah
(Sana), Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Puspanita, Persatuan Wanita Cina
Beaufort, Pewanis, Persatuan Ibu Tunggal dan Yayasan Usaha Maju Kg Racangan
Klias.
golongan wanita juga harus maju ke depan dan boleh berjaya.
ReplyDeleteThere are more and more female entrepreneurs in the state. The micro-financing borrowers are mostly women and almost all of them managed to repay back the loans after they expand or set up their business.
ReplyDeleteMoney AIMing at the rural poor
ReplyDeleteShunned by the banks, thousands get millions of ringgit from microfinance
By Wan Ghazali Mansor
Suraini binti Samnu knew exactly where to go to when she needed 35,000 ringgit to expand her electrical supplies business in Kota Belud. She did not go to a bank or her relative. She went to Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), a non-governmental organisation that lends money to the poor.
Her loan application was approved in a matter of weeks; and it did not require complicated paperwork. Traditional banks would have rejected her application because they would consider her a bad credit risk. She was one of the Sabah's poor.
Miss Suraini, 35, remembers with gratitude her first loan from AIM ten years ago. It was just 1,000 ringgit to help her expand her thatched-roof sundry shop in Kampung Suan Punggul near Kuala Abai. That little money and a bit of business acumen saved her from poverty. Today, she is a successful electrical wiring contractor taking wiring jobs from offices, the local hospital and the town council. She has ten vehicles. A few of them are used by her 12 workers. Miss Suraini now wants to open a shop in Kota Marudu. And, of course, AIM will finance her.
Her success story is not unusual. Like many other borrowers, Miss Suraini speaks endearingly of AIM which started in the peninsular Selangor state in 1986. Modelled on the success of Bangladesh’s Grameen Bank, it offers collateral-free loans to thousands of rural Malaysian women trying to make ends meet by selling fruit, vegetables, poultry and anything that they can lay hands on. AIM gives them just a little more of a helping hand. With loans from as little as 100 ringgit to a maximum of 50,000 ringgit and a pay-back period of 25 to 150 weeks, many of these poor people have weaned themselves out of poverty. They get not just a chance to eke out a good living, but a springboard to start a profitable small business from sundry shops to building construction.
AIM is one of several microcredit schemes in Sabah that have been helping the rural people get out of the poverty trap. (Read Countdown to zero) Others are the Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (Tekun), Yayasan Usaha Maju (YUM), Bank Simpanan Nasional (BSN) and Agro Bank. Tekun and YUM are now government entities. Like AIM, they do not ask borrowers for collaterals or guarantors. Loan processing is simple and speedy. But only AIM reaches out to the people in the remotest areas of Sabah and Sarawak. Even then, its efforts are hampered by lack of roads and poor infrastructure in many rural areas.
Almost 100% of AIM’s borrowers are women; they seem to have better money sense and they repay their loans 99% of the time. Since 1997, AIM has given out 250m ringgit of loans to the poor in Sabah. Repayment at a high 95% will make commercial banks struggling with non-performing loans envious. Individuals who earn 179 ringgit a month or a household with a monthly income of 897 ringgit can apply for these loans.
AIM’s success lies in its friendly approach. Every borrower is known as a “Sahabat” (friend in Malay). Four friends form a kind of mentoring group. They help each other out by brainstorming for business ideas and discussing their problems. Several groups will evolve into a centre which will be supervised by an AIM field officer. The borrowers in a group are responsible for each other’s debts and in this way AIM is assured of a high rate of loan repayment.
As of June this year, there are 13 AIM branches comprising 9,485 groups in 11,073 centres in Sabah. Nationwide, AIM has 191,000 borrowers in 84 branches that have given 3.3 billion ringgit to the poor. It charges a one-time service fee of 10% on loans. – Insight Sabah
http://m.insightsabah.gov.my/article/read/14
Sekarang ni bukan lagi zaman 'wanita hanya layak untuk kerja di dapur' saja. ramai yang sudah mencapai kejayaan dalam banyak bidang. kerajaan pun sudah salurkan banyak bantuan dan program2 untuk kaum wanita ni.
ReplyDeleteSekarang equality gender dipraktikkan.
DeleteAzizah kembali aktif selepas kemalangan tempoh hari. memang wanita yang berkualiti luar biasa.
ReplyDeleteGolongan wanita yang ada sekarang ini lebih jauh berbeza sebelum ini. Mereka lebih mengutamakan kerjaya mereka.
ReplyDeletesekarang ini pun telah ramai golongan wanita yang berjaya bukan sahaja dalam bidang perniagaan, malah dalam pelbagai bidang yang selama ini dimonopoli oleh golongan lelaki..
ReplyDeletecuma yang dikesalkan, bila ibubapa terlibat dengan banyak komitmen kerja/perniagaan, yang jadi mangsa adalah anak2.. sebaik2nya, kejayaan itu perlu dikecapi bukan sahaja di luar rumah, malah didalam rumah..
ReplyDelete