Oleh : NUR NATASHA AIDA
ISMAIL
NIAT untuk membongkar
kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi
episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap
perakam VIDEO ITU tidak berhati perut.
Perakam video itu dan
merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau
menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
"Bukan sengaja saya
ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan
kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan
(ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera
bayinya, jadi saya terpaksa.
"Untuk mereka yang
tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya
bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang
saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat
linangan air matanya.
Beliau berkata pada malam
kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang
berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat
agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu
daripada berjumpa teman lelakinya.
"Mungkin marahkan saya
kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu
ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.
"Wanita itu kemudiannya
bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri
dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.
Beliau berkata selepas
bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik
berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu
bayi berkenaan.
Shima berkata wanita itu
merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.
"Saya kenal dia sebab
saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai
dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal
bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.
Beliau berkata sepanjang
wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan
boleh dikatakan agak sosial.
"Saya tidak kisah dia
tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya
baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan
sasaran.
"Saya pernah bertanya
kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya
itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.
Menurut laman sosial
Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, wanita yang mendera bayi
perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial,
sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta
Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.
Kes itu dilaporkan di Ibu
Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap
wanita itu dibuat pada hari sama.
Berikutan penyebaran video
penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang
ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. (Bernama)
jika kita tidak tahu situasi sebenar, jgnlah begitu mudah menghakimi seseorang, kerana perakam video tersebutlah bayi tersebut berjaya diselamatkan dari terus menjadi mangsa dera.
ReplyDeleteHope that the case will be investigated thoroughly so that the truth will be known.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
We should wait for further evidence on this issue before making any speculations.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Wanita yang mendera tu sudahpun menjalani hukuman. nasib baiklah ada yang merakam video tu kalau tidak mungkin bayi tu akan jadi sasaran sampai bila2. hmm..suami perempuan tu??
ReplyDeleteKalau belum sedia pikul tanggungjawab sebagai ibu tu lebih baiklah jangan jadi ibu. ni anak pula yang jadi mangsa bila ada masalah.
ReplyDeleteAda pro dan kontranya juga. Bayi dapat diselamatkan tetapi dalam masa yang sama bayi itu dibiarkan dipukul semasa rakaman dibuat. Lama lagi tu.
ReplyDeleteApa yang telah terjadi harus dijadikan iktibar.
ReplyDeleteBetul..Yang penting kita tidak boleh membuat andaian yang bukan-bukan jika tidak tahu apa cerita sebenarnya.
ReplyDeletepesalah sebenar ialah yang ada dalam video itu, bukan yang merakam..
ReplyDelete