DISELAMATKAN…
antara 22 wanita yang berjaya diselamatkan oleh Imigresen.
KOTA KINABALU: Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah menyelamatkan 22 wanita dari Filipina yang
dipercayai diperdagangkan oleh satu sindiket pelacuran di Penampang, dekat sini
petang Selasa.
Pengarah Jabatan Imigresen
Sabah Mohammad Mentek berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 35
tahun itu diselamatkan dalam serbuan antara pukul 1.30 dan 2.30 petang di dua
rumah hasil intipan selama sebulan selepas menerima maklumat orang awam.
Beliau berkata kesemua
wanita itu tidak mempunyai dokumen dan mereka dibawa masuk ke Kota Kinabalu
menerusi jalan laut dari Lahad Datu dan Sandakan dengan dijanjikan pekerjaan
sebagai pelayan restoran di negeri ini.
“Setelah diperdaya oleh
sindiket itu dan diugut menggunakan kekasaran, kesemua mangsa dipaksa
menjalankan aktiviti pelacuran bagi membayar balik kos pengangkutan mereka ke
sini,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Mohammad berkata dalam
serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang rakyat Filipina berusia 38 tahun
yang bertugas sebagai pemandu menghantar wanita terbabit ke hotel dan salon
yang dijadikan sebagai transit.
Beliau berkata pihaknya juga
menyita sebuah kereta Proton Saga yang diguna untuk membawa kumpulan gadis
berkenaan.
Mohammad berkata siasatan
awal mendapati kebanyakan gadis itu telah berada di sekitar negeri ini untuk
tempoh sebulan hingga lima bulan.
Beliau berkata pihaknya
telah mengenal pasti tiga lelaki tempatan yang terlibat dengan kegiatan tidak
bermoral itu.
“Ini merupakan kes kedua di
bawah Akta Anti Pemerdagangan (ATIP) di Sabah, selepas kejadian pertama di
Tawau yang melibatkan sembilan warga asing diperdagangkan,” katanya.
Disease.
ReplyDeleteSabah recorded 31 cases of human trafficking involving 87 victims between 2008 and 2011, among the lowest in the country. The 87 victims constitute only 9% of the total national figure of human trafficking between 2008 and 2011. 9% is only a small figure but it is still a transnational crime with drugs topping the list followed by human trafficking and smuggling.
DeleteMemang perlu rondaan dan siasatan yang kerap di Penampang ni sebab bukan saja aktiviti pelacuran malah kegiatan perjudian juga semakin menjadi-jadi.
ReplyDeleteWanita jangan mudah terpedaya dengan ejen-ejen pekerjaan yang menawarkan pekerjaan di luar negeri/negara yang menjanjikan tawaran2 menarik seperti gaji, pelbagai bonus dsbg..
ReplyDeleteInilah bila dijanjikan pelbagai perkara manis-manis mendorong mereka ini terpedaya.
ReplyDeleteHuman trafficking semakin parah dan membimbangkan.
ReplyDeletesiapa la orang tempatan tu ya.. bikin malau orang sabah saja..
ReplyDeletepihak imigresen dan polis Marin perlu juga membuat rondaan di kawasan2 perairan yang menjadi laluan mereka untuk sampai ke negeri ini..
ReplyDelete