UNTUNG......UDA
Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza.
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Konglomerat
hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemukakan cadangan untuk
memiliki Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) dan pembangunan Yayasan Selangor
sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan Jalan Bukit Bintang bagi
cadangan pembangunan projek stesen My Rapid Transit (MRT), di kawasan tumpuan
beli belah berkenaan, kata sumber.
Pemaju hartanah dan pemilik
rangkaian hotel yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang turut
memiliki pegangan utama dalam projek bersama MMC-Gamuda turut mempunyai projek
pembinaan terowong sepanjang 51km Sungai Buloh-Kajang fasa pertama MRT yang
dijadualkan siap pada 2017.
“TCB telah mengemukakan
tawaran untuk kedua-dua bangunan namun ia masih lagi dipertimbangkan,” kata
sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain turut
mengesahkan cadangan berkenaan telah pun dihantar kepada kerajaan Selangor,
Yayasan Selangor, bagi pembinaan bangunan 12 tingkat di Jalan Bukit Bintang dan
Jalan Sultan Ismail, serta pemilik BB Plaza, UDA Holdings Bhd yang mana milik
penuh Kementerian Kewangan (MoF).
UDA Holdings memperolehi
RM25 juta setahun daripada BB Plaza, sementara Yayasan Selangor bercadang untuk
menaik taraf bangunannya kepada pembinaan hotel dan kawasan untuk pintu masuk
stesen.
Namun, tidak jelas sama ada
TCB telah membuat cadangan khusus tentang rancangan pembangunan semula untuk
kedua-dua bangunan namun syarikat tersebut baru-baru ini telah memperolehi
sejunlah RM510 juta daripada penjualan Menara Tun Razak kepada Tradewinds (M)
Bhd. Syed Mokhtar memiliki saham 42.97 peratus, dan 71.48 peratus dalam
Tradewinds dan TCB.
Beliau telah menjadi seorang
ahli perniagaan ternama selepas memiliki beberapa syarikat termasuk memperolehi
pembuat kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad awal tahun ini melalui
DRB-Hicom Bhd dan juga Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd turut berjaya memiliki
projek penswastaan Penang Port Sdn Bhd.
Hubungan politik taikun
DRB-Hicom ini juga turut menyaksikan beliau berjaya memiliki perkhidmatan pos
di negara ini apabila mengambil alih Pos Malaysia Bhd tahun lalu daripada
Khazanah Nasional Bhd, syarikat milik negara, yang juga merupakan pemilik Proton
sebelum ini.
UDA Holdings telah terikat
selama 40 tahun dengan BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga
menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah
utama bandaraya ini.
Sekitar 50 ahli perniagaan
mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah semalam, mendakwa
mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd
dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.
UDA Holdings menjelaskan
mereka masih samar-samar dengan nasib BB Plaza yang dijangka akan dikosongkan
tahun hadapan bagi memulakan kerja terhadap pembinaan MRT Lembah Klang.
Pemilik pusat beli belah
berkenaan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mereka tidak memperolehi
sebarang notis daripada MoF sama ada BB
Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain. MRT Corp
menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun
mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.
“Bagaimanapun, UDA telah
mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee,
Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT
Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.
Mereka juga turut menambah,
penyewa yang lain, yang masih beroperasi di dalam bangunan tersebut boleh
meneruskan urusan perniagaan mereka sehingga notis dikeluarkan.
The Malaysian Insider telah
melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa
BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang
dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.
BB Plaza menempatkan
majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan
berhampiran.
Apabila dihubungi, Pengerusi
UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Malaysian Insider perbincangan masih
dijalankan sama ada BBP akan dijual kepada MRT Corp untuk dibangunkan.
MRT Corp telah berunding
berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan
pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka
bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.
The Malaysian Insider pada
21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah
memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang
berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek
insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada
2017.
Semoga memperoleh jalan penyelesaian.
ReplyDeletekita tgklah samada dia berjaya miliki BB Plaza atau tidak.
ReplyDeleteyang penting pemilikan dibuat jalan yang betul dan sah.
DeleteMungkin dia akan lebih kaya kalau mampu miliki BB Plaza
DeleteJika ada persetujuan kedua-dua pihak rasanya tidak ada masalah mengenai perkara ini.
ReplyDeleteBanyaknya syarikat tapi masih mahu BB plaza
ReplyDeletekalau sudah kaya tu, rajin2 la buat derma..
ReplyDelete