KETUA pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran
kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anwar menyatakan demikian
kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh
pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik Anwar
sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh
setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya
menawan Putrajaya.
Skim pinjaman itu akan
digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian
tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.
Beliau juga mengulangi
tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas
Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.
Kenyataannya itu menerima
kritikan keras daripada setiausaha pengelola kebangsaan MCA Datuk Tee Siew
Kiong yang berkata Anwar bertindak dengan tidak bertanggungjawab melalui
saranannya kepada peminjam untuk melanggar undang-undang.
"Demi meraih sokongan
daripada pengundi muda, Anwar menggunakan langkah populis untuk mendapatkan
undi dalam cita-citanya untuk mengambil alih sebagai perdana menteri.
"Apa yang menyedihkan,
beliau nampaknya bangga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.
"Hanya pemimpin
(Pakatan Rakyat) yang berani menunjukkan keingkaran kepada undang-undang
seperti itu.
Anwar buat dulu pendidikan percuma di Selangor.
ReplyDeleteBiar Anwar yang bayar la kalau begitu..
ReplyDeleteNow Khalid blamed PTPTN for freezing the new student's application, but they are the ones who wanted to abolish the PTPTN.
ReplyDeletePKR said if they form the government, the students will have free education, can they explain how they are going to accomplish this?
ReplyDeleteAnwar cakap tidak serupa bikin. Dia saja mahu mendapat sokongan daripada golongan muda menyokongnya.Tapi tidak semudah itu untuk memperdayakan rakyat.
ReplyDeletePendidikan percuma merupakan cabaran, silap2 hari bulan boleh muflis negara.
DeleteMungkin PTPTN perlu menyelesaikan mengenai pinjaman pendidikan ini. Jangan memberikan beban kepada peminjam sendiri.
ReplyDeleteThen they should not complain so much when the PTPTN loan was suspended.
ReplyDeleteAnwar sudah nyayuk..
ReplyDeletebukan setakat nyanyuk, malah semakin terdesak.. tidak cukup mengarahkan pelajar2 melakukan ancaman bunuh kepada PM, mengarahkan rakyat berperang dengan polis dan sekarang cuba pula menipu rakyat dengan pelbagai janji2 "luar biasa".. jika Anwar bersungguh2 mahu memberikan pendidikan percuma, kenapa tidak laksanakan di negeri Selangor??
Deletependidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia?? bagaimana pula ada pemimpin2 Pakatan yang mejelaskan pendidikan percuma ini hanya untuk pelajar2 IPTA?? bukankah kenyataan Anwar ini sangat2 mengelirukan??
ReplyDeletekononnya Anwar mahu hapuskan pinjaman, tapi pemimpin2 Pakatan yang lain pula menjelaskan pelajar2 IPTS masih perlu memohon pinjaman.. macam mana ni?? mana satu yang betul??
ReplyDelete